"Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Kota, Taiping itu merupakan johan bagi kategori sekolah rendah dan kategori sekolah rendah bandar.
''Saya sudah membaca sebanyak 740 buah buku dari tahun satu hingga tahun enam yang kebanyakan penulisannya dalam bahasa Melayu," katanya ketika ditemui selepas program Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh Nailam Negeri Perak 2010 di sini. "
http://tehranifaisal.blogspot.com/ 20feb 2010-03-01
740 buah buku setahun…
Maksudnya? Purata setahun ialah 120 buku lebih. Banyak tu. Kira macam luar biasa utk sorang budak sekolah rendah. Dulu masa zaman kecik-kecik, rajin jugaklah aku membaca buku sebab nak penuhkan buku program NILAM. Kalau menang dapat duit. Boleh beli kereta Tamia. Kadang-kadang buku tak baca pun. Just salin tajuk, pengarang, jumlah mukasurat, nama sykt penerbitan dan cetakan bila. Main cengelat sikit.Haha.
Tapi bila dah zaman belia remajaa ni, bilangan buku yang dibaca pun semakin berkurang. Adakah sebab sudah tiada program NILAM? Atau malas? Atau busy sampai takde masa membaca? Purata buku yang aku baca setahun ialah…tak sampai 10 buku. Kalau termasuk buku Medic, banyak jugaklah. Dalam 20 buah. Itupun buku Medic, bukan baca semua pun. Mesti ada part nak kena syattab ‘skip’.Kadang-kadang beli note luar. Baca sebab susunan grafik dalam buku menyerabutkan.
Statistik tahun 1997 menunjukkan purata rakyat Malaysia hanya baca sehelai muka surat buku dalam setahun. Statistik 2002 pula, statistik tu dikatakan ‘meningkat’ kepada dua muka surat setahun. Menurut pemerhatian, statistik tahun 1997 dan 2002 tu masih releven sampai la ni.
Sumber http://pmr.penerangan.gov.my/chainmorad/?p=725
Kalau tak silap, dulu ada terbaca statistic yg dikeluarkan di sebuah laman web. Penduduk Malaysia adalah rakyat yang paling kurang membaca. Purata sehelai setahun? PURATA ok. Penduduk Malaysia berapa juta?
Nak baca buku malas. Nak beli apatah lagi. Sayang duit. Masalah sekarang bukan lagi kepada sykt-sykt pengedar, pencetak, atau penerbitan. Buku-buku dash macam kaler. Warna-warni. Grafik dah mantap. Susunatur huruf dah menarik. Font dah macam-macam. Macam-macam terjemahan dah ada. Melayu-BI-Tamil-Mandarin-Korea-Jepun. Semua ada.Tapi masalah sekarang dalam diri kita kot. MALAS MEMBACA.
Oh ye.Zaman sekarang dunia dah maju. Orang baca surat khabar pun tak guna kertas lagi kan sekarang? Semua online. Maklumat dihujung jari. Apa kata kita tambahkan pengetahuan kita dengan membaca. Jadi, kepada yang memang boleh lekat depan internet 24-7 tu, jomlah kita banyakkan membaca melalui blog-blog, artikel,jurnal,PDF dll yang boleh didapati di internet. Moh le kite membaca..
ps: aku dah dapat stok buku baru. Thanks ShafiqMansor
2 comments:
aku ajin nak beli buku..
tak sabarnya nak tunggu pesta buku ni..
tapi... aku tak berapa rajin nak baca.. hohoho..
oo. kalau camtu. ko belikan aku buku. nnt aku bacakan utk ko.haha
Post a Comment