Monday, January 31, 2011

Doakan kawan-kawan yang saya sayang

Pohon dari pembaca blog ini untuk mendoakan keselamatan kawan-kawan kita yang belajar di Mesir. Keadaan semasa tegang. Perintah berkurung di beberapa bandar besar seperti Kaherah. Doakan juga andai kedaan menjadi tegang, kerajaan Malaysia dapat evacuate SEMUA RAKYAT MALAYSIA  secara lancar tanpa ada sebarang masalah. Doakan mereka. Doakan.


Moga Allah beri kekuatan kepada kalian.


Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesung-guhnya kita adalah orang-orang yang kembali kepada-Nya. Mereka itulah yang menda-pat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk".


Serius, aku harap sgt. Doakan mereka.


ps: Nak jalan-jalan pun dah tak berapa nak best. Seorg kwn begitu besarnya nilai bagi aku. Sangat terkilan tidak dapat bersama-sama mereka di Mesir. Aku sayaannggg semua. Ajut, Moa, Pah, Poci, kwn2 sebatch, junior2 Mans, Cai semua. Allah maakom.

Wednesday, January 26, 2011

Semasa| Revolusi Mesir

25/1/2011. Selasa. Sepatutnya Hari Polis negara Mesir. Tapi polis tetap kena kerja. Malang.


Demonstrasi sana-sini di Mesir. Kononnya revolusi sedang berlaku. Rakyat bangkit menentang kerajaan yang didakwa korupsi. Menindas rakyat miskin. Membebankan rakyat dan macam-macam lagi. Adik Mesir, kerajaan Tunisia telah tumbang minggu lalu. Maka dengan semangatnya, penduduk Mesir meyebarkan bara semangat revolusi ini ke negara mereka.


Sekarang: 
Sedang membaca laporan akhbar-akhbar harian Mesir, IkhwanOnline dan beberapa agensi berita international. 


Malas komen. Sedang menunggu keputusan dari riot-riot ini. Dan mengikuti perkembangan Tunisia juga selepas revolusi mereka berjaya. Nak tengok kerajaan macam mana pula yang akan naik selepas ini. Still yang sama ttp diketui orang lain atau bagaimana?


Orang di bandar Cairo dan Alex berhati-hati..







ps: Stress Twitter di Mesir kena blok.
Baba menulis lanjutan Melayu Islam di sini. TQ

Monday, January 24, 2011

...


Next Journey
Next Travel
Next Level
Next Step

Wednesday, January 19, 2011

Perkongsian| Melayu Islam dan Islam Untuk Semua

[Terbaca satu tag kawan-kawan di FB berkenaan isu politik hari ini. Melayu Islam bla..bla..masuk pula bab PAS, UMNO, DAP dll.] 

Cuma hanya mengutarakan beberapa pendapat ringkas dan singkat berkenaan isu Islam dan Melayu di tanah air berdasarkan sedikit pembacaan dan kefahaman.

Selalunya akan timbul isu Islam bukan untuk ummat Melayu Malaysia sahaja dan lahirlah satu lagi pengusung bendera Islam For All. Maka bagi aku, kedua-duanya adalah mempunyai sisi baik dan saling melengkapi antara satu sama lain. Bukan satu pihak berhujah dan berusaha memantap dan memartabatkan bangsa, tetapi dalam masa yang sama, satu lagi puak cuba menggoyah iman dan menipiskan serta memandang remeh usaha sekelompok golongan yg berusaha memertabatkan bangsa Melayu, dengan tujuan supaya bangsa Melayu ini kembali menaikkan Islam yang dahulunya pernah mekar di Tanah Melayu itu sendiri serta mengembalikan semula penguasaan, kedaulatan dan kemuliaan Islam itu sendiri dalam setiap aspek kehidupan harian kita.

Pendapat saya

Adakah bangsa lain di bumi Melayu ini yang beragama Islam tidak layak untuk berjuang memartabatkan Islam?
-soalan masyhur yg saya petik dari beberapa blog-

Berdasarkan pemerhatian, pembacaan dan pergaulan serta sedikit kefahaman, masalah yang mungkin timbul di sini ialah apabila kurang memahami ideologi [?] atau resolusi pada kenyataan Melayu sepakat untuk menaikkan Islam. Timbul salah faham di sini yang mengatakan bahawa ISLAM ADALAH UNTUK BANGSA MELAYU SAHAJA DI MALAYSIA. Mungkin. Itu pada pendapat saya. Kalau silap faham ini yang didebatkan dan dihangatkan isunya, maka saya juga turut menentang ideologi, cara dan resolusi ini untuk mengembalikan Islam di Malaysia.

Namun, ia bukanlah sebegitu. Kita ulit kembali sejarah silam kedatangan Islam ke TM. Apabila Islam mula berkembangtebar di Tanah Melayu [TM], masuk melalui pedagang Arab di Melaka, maka disitu bermulalah segala-galanya tentang Islam dalam masyarakat Melayu. Islam telah diterima sedikit sebanyak oleh masyarakat Melayu dalam kehidupan harian mereka. Perkembangan Islam ini kemudiannya menjadi rancak apabila SULTAN yang memerintah Melaka mula menerima dan seterusnya mengucap syahadat, mengangkat kalimah Allah, mengaku bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Rakyat yang sememangnya setia dan taat kepada SULTAN, turut mengucap syahadah dan menganuti agama Islam sehingga ke hari ini. Justeru, proses asimilasi Islam [Islamisasi?] dalam kehidupan masyarakat Melayu Islam berlaku bermula dari pengislaman rakyat dan sultan ini.

Realiti hari ini

Kalau sekarang kita boleh berbangga apabila membaca buku teks Sejarah tentang kedatangan Islam. berbangga kerana Sultan negeri kita adalah yang pertama memeluk Islam. Nenek moyang kita turut memeluk Islam. Cuma sekarang, saya cuba untuk melontarkan persoalan: ADAKAH HARI INI KITA BERBANGGA DENGAN ISLAM YANG KITA ADA? YANG PERNAH DIGEMILANGKAN OLEH BANGSA MELAYU KITA SENDIRI? 

Maka, saya pasti, jawapannya adalah TIDAK. Mustahil dan pelik untuk mengataka YA untuk persoalan ini. Kerana pada hari ini, Islam yang kita anuti kebanyakan hanyalah ISLAM WARISAN NENEK MOYANG atau ISLAM DI ATAS KAD PENGENALAN semata-mata. 

Justeru, lahir golongan-golongan yang sedar akan kepincangan ini dan cuba untuk memartabatkan ISLAM semula untuk DIGEMILANGKAN DAN DIANGKAT KEDAULATAN nya kembali di negara kita terutamanya dan alam ini.

Maka ada golongan yang melihat medan politik sebagai cara yang sesuai untuk mereka. Ada yang melihat bahawa, dengan membina individu-individu yang kuat dan jelas kefahaman Islam mereka melalui pentarbiyahan akan mampu mengembalikan kembali Islam di Malaysia. Ada yang melalui program-program keagamaan. Dan pelbagai cara lain lagi yang dapat kita lihat di Malaysia sekarang.

Kesimpulannya, setiap individu, kumpulan dan bangsa akan terlibat secara langsung, dengan apa-apa cara sekalipun [dengan kefahaman dan cara mereka] untuk kembali menegakkan ISLAM di Malaysia.

Kefahaman saya

Usaha menjayakan agenda Islam yang besar hendaklah bermula dengan membangunkan sebuah bangsa yang berpegang kuat dengan Islam. Inilah agenda yang patut kita bersatu diatasnya. Perjuangan memartabatkan bangsa adalah proses awal kepada fasa seterusnya dalam amal islami yang besar ini. Ini jauh dari kefahaman Asobiyyah yang berasaskan jahiliyyah. 
-petikan dari Blog Dr Zaki Ibrahim-

Sudah tentu saya amat berasa bangga andainya satu hari nanti, saya sebagai BANGSA MELAYU adalah antara penyumbang kepada kebangkitan ISLAM di tanah air saya dan alam ini keseluruhannya suatu hari nanti. Disamping usaha MASYARAKAT ISLAM lain dari pelbagai bangsa dan negara lain yang turut beriringan dengan usaha saya ini. Maka ini adalah SATU SOLUSI yang  diketengahkan oleh satu golongan ini yang saya lihat sering kali disalah erti dan salah tafsirkan.

Dan dalam masa yang sama, apabila kefahaman tentang Islam telah membumi dan menyubur dalam bangsa saya sendiri dan jahiliah telah dikikis dalam setiap individu dalam bangsa saya sendiri, sudah tentu saya MAHU BERKONGSI NIKMAT ISLAM YANG SAYA RASA dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia yang BELUM LAGI menganut Islam. Bukankah dengan perasaan ingin berkongsi agama yang saya fahami ini dengan bangsa lain telah melengkapi ciri-ciri ISLAM FOR ALL?

Ada Sinergi bukan kedua-dua slogan ini? =)

Tinggalkan yang sia-sia

Hari ini kita banyak berdebat tentang pelbagai isu dan perkara sehingga akhirnya, yang tinggal pada kita adalah saki-baki air liur hasil perdebatan itu. Perdebatan yang tidak langsung menatijahkan sebarang amal. Bahkan, lebih malang lagi, hanya menyuburkan rasa dengki, benci, marah dan buruk sangka sesama saudara Islam kita sendiri. Maka, perdebatan sebeginilah antara perkara sia-sia yang perlu kita tinggalkan andainya perdebatan itu tiada keperluan.

JANGANLAH BANYAK BERDEBAT DALAM APA PERKARA SEKALIPUN KERANA PERTENGKARAN KOSONG TIDAK MENDATANGKAN SEBARANG KEBAIKAN -IHAB

Al-Quran panduan kita

“Dan jika kamu berpaling Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, kemudian mereka tidak menjadi seperti kamu.”  (Surah Muhammad: 38).
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, jangan kamu bertelagah sesama sendiri,nescaya kamu akan gagal, dan akan hilanglah kekuatan kamu semua, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar.” (al-Anfal: 46).


Usaha kita

Persoalan yang seringkali saya utarakan kepada diri saya yang semakin menginjak usia dari hari ke hari. 

APA YANG TELAH SAYA BUAT DAN SUMBANGKAN UNTUK ISLAM SEPANJANG HIDUP SAYA?

Dan saya seringkali terhenti pada persoalan ini...

"YA Allah, Kau golongkanlah kami dari golongan orang yang berusaha mengembalikan martabatkan agama Islam-Mu"

Allahua'lam. Sekian.

-SB-


ps:
-saya bukan org yang layak menulis isu ini.
-Saya senang dengan golongan yg telah saya kenal lama ini.
-Pemikiran merentas batas politik bukan?
-saya menulis dengan cara yang mudah difahami org biasa.
-Saya berlindung dgn nama Allah dari kesalahan yang saya lakukan dalam penulisan ini

Sunday, January 16, 2011

Selamat Exam!

Kepada yang sedang dan akan menduduki peperiksaan, selamat maju jaya aku ucapkan.


Sentiasa berdoa supaya kita dikurniakan ilmu yang berkat dan bermanfaat.Dipermudahkan semua urusan. Diberi kelapangan ketika menjawab soalan. Dikuatkan ingatan. Diingatkan apa yang kita terlupa. Dan berdoalan agar semua usaha yang kita buat ini diterima oleh Allah sebagai amal soleh yang akan memberatkan timbangan kebaikan kita di akhirat kelak.



‘Letter to A Muslim Student’ by IHAB:
1. O my brother, excel in your observance of Allah (swt) in all your dealings. Understand that He (swt) keeps watch over you, sees you and encompasses all that is of concern to you - wherever you are. He knows the treachery of your eyes and all that your heart conceals. Strive not to let Allah (swt) see you, except that He is pleased with you.
Do not be unmindful in your observance of the One (glorified and exalted is He), otherwise Satan will infiltrate you and you will be overcome by the whispers of your whims and desires. Believe, my dearest brother, that whenever a heart is conscious of Allah’s observance, it will never be approached by Satan. However, once it departs from Allah’s awareness, evil will be attracted to it and it will be inhabited by whims and desires. So, consolidate your heart with the observance of Allah and in vigil seek refuge from your surroundings and do not be among the unmindful.
Allah menilai USAHA kita. Bukan keputusan dari semua usaha kita. 

ps: peringatan utk diri sendiri juga

Saturday, January 8, 2011

Pengalaman| Kafilah Tibbiah, Syannisah 2011

Semalam, Jumaat 7/11/2010 aku telah berkesempatan untuk mengikuti program Kafilah Tibbiah anjuran Mans U di perkampungan Arab bernama Syannisah. Syannisah terletak di Markaz Agga di pinggir bandar Mansurah. Perjalanan kami bermula pada pukul 945 pagi dari tempat berkumpul, Mans U. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 25 minit.

Di sana, kami diberi kebebasan untuk memilih bahagian pemeriksaan mengikut kehendak hati. Antara pemeriksaan yang dijalankan ialah Surgery [Garahah], Internal Medicine [Batnah], Paediatrics, Dermatology [Jildiah], ENT [anfu uzun], Rheumatology, Neurology, Urology [masalik], Ophtalmology [Ramad] dan beberapa lagi pemeriksaan kesihatan lain. Kami berpeluang untuk melihat doktor Mans U merawat pesakit dengan lebih dekat dan berpeluang untuk belajar pelbagai ilmu baru di sana.

Pilihan pertama aku ialah Surgery dan ENT. Malangnya pada awal pagi, hanya ada seorang ptn yg datang untuk pemeriksaan "Carpal Tunnel Syndrome". Sesi Surgery akhirnya beralih menjadi sesi soalan oral [syafawi] oleh Dr yng bertugas! Huh! Trauma. Berpeluh jugaklah nak menjawab soalan yang diajukan. Soalan bertubi-tubi itu telah berjaya kami elakkan [aku, Azrul, Khalil Palestin] dengan beberapa patah jawapan dan senyuman blur. Akhirnya sesi oral ditamatkan setelah cubaan aku bertanya tentang post-graduate study berjaya. Maka sesi oral beralih menjadi sesi penerangan dari Dr pula. Lepas habis Dr memberi penerangan, kami lekas-lekas cabut ke bahagian lain pula. 

Sesi pemeriksaan berhenti untuk solat Jumaat dan bersambung semula selepas itu hingga jam 2 ptg. Selepas itu, sedikit jamuan diadakan untuk kami dan cenderamata buku Arab kepada semua peserta dan Dr-Dr.

Sekian.

ps: 
-Amacam? Ada mcm karangan laporan format UPSR?
-Syannisah tu nama KG ok. Bukan nama aku+nama sapa2. Kalau nama aku+nama sesorang dia jadi nama lain.

-----Galeri----

Geng Saudi.

Konvoi para Dr di belakang bas kami

Konvoi Dr. Macam nak g kenduri kawin

International student. Malaysia-Saudi-Palestine

Tempat pemeriksaan. Ni gambar lepas habis semua pemeriksaan. Gambar sewaktu pemeriksaan tak sempat dipukul akibat khusyuk melihat dan belajar dr Dr-Dr yg ada. 

Dr Neuro e Khalil

Dr Tropical dse

Dr Neuro and his ptn


Dr yang meng'oral' kami bertubi-tubi


Jamuan ringan. Fatirah-Gibnah Adim-Asal iswid-Asal biasa-Batang sayur. Tipikal Egyptian meal







Bebdk thn 6. Makin besar, makin macam-macam. Hereditary dse dari batch-batch sebelum ni jugak rasanya.


Baju merah yg tengah tu. Gigi sangat cantik.haha

Bro Muhammad dan kanak-kanak rebina

Kanak-kanak rebina yg happy selalu


Pemandangan Syanniah. Ni gambar waktu dalam perjalanan pulang

Awan mendung. Dan hujan renyai-renyai turun sekejap selama 10 minit. mansurah kembali sejuk.

Sekian

Wednesday, January 5, 2011

Hepi Besday Adek


Selamat Hari Jadi yg ke-10
5/1/2011
Tahun ni jadik ketua kelas ke?

ps: Saja boh gambar sunat dia

Monday, January 3, 2011

...

Entah kenapa dalam kelas tadi, perkataan ini sentiasa berlegaran dalam pemikiran aku. Berterusan sehingga akhirnya aku terpaksa untuk mencari maksudnya melalu Google.Dan membuat status YM. Aku tetap tak berapa nak faham sampailah Shafiq menegur dan menerangkan maksudnya tadi.

A friend in need is a friend indeed
 
So, that gives us four options:
1. A friend, (when you are) in need, is indeed a true friend. ('indeed')
2. A friend, (when you are) in need, is someone who is prepared to act to show it ('in deed')
3. A friend, (who is) in need, is indeed a true friend. ('indeed')
4. A friend, (who is) in need, is someone who is prepared to act to show it ('in deed')
sumber:sini

Dan ini penyejuk untuk jiwa aku hari ini.

“dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28).

Aku ok. Share motivasi anyone?