Friday, September 30, 2011

Hari Lahir 2011

1- Alhamdulillah. Rasmi menjadi 24 tahun pada 28 Sept yang lalu. Moga Allah berkati umur dan diampuni segala dosa-dosa yang lalu. Moga hari-hari mendatang lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya.


2- Meletakkan fokus dan target jangka pendek yang perlu dicapai dalam masa 5 tahun dari sekarang. Berkerja sebagai seorang Dr yang berdedikasi. Berumah tangga. Memiliki sebuah kereta dan rumah sendiri. Komited dgn i-medik jika Allah izinkan utk terus berada dalam jalan ini.


3- Terima kasih kepada kawan-kawan yang wish di FB, sms dan mendoakan. Moga Allah kabulkan doa-doa kalian.


4- Terima kasih kepada emak dan baba yang telah membesarkan sehingga ke hari ini. Terima kasih atas ingatan sms. Bila cakap kat mak tahun depan nak sambut besday berdua dgn isteri mak balas: "ewah-ewah".hehe. Doakan cheq grad dgn cemerlang tahun depan. 


5- Moga terus dedikasi, berdisiplin, maju ke hadapan dalam hari-hari yang mendatang. 


Sekian.


ps: Hari-hari lahir yg lalu
2008
2009
2010

Wednesday, September 28, 2011

Exam, kahwin, baby, selamat datang

1- Alhamdulillah. Hari ni setel exam round OnG. Exam round terakhir sepanjang 6 tahun aku berada di sini. Doakan keputusannya baik-baik saja. Kejutan soalan tadi masih lagi menghadirkan sejenis trauma kepada kami.

2- Secara rasminya, study leave selama 1 bulan lebih telah bermula. Doakan kami dapat menjalani kehidupan yang tabah sepanjang waktu study week ini. Doakan istiqamah+sentiasa bersemangat mcm Ajut+ positif+ berjiwa besar+ jadi rajin+berdisiplin

3- Tahniah kepada rakan-rakan yang telah mendirikan rumahtangga di sepanjang bulan Syawal. Warouq [Cairo] dan Dian. Syafiq Affandi+zaujah. Azizi. Mukmin. Syamil [Tanta]. Hanif Mahmud dan Nada, Aiman dan Tasnim, Kak Pipah dan pasangan, jr2 mans dll. Moga Allah berkati hubungan perkahwinan kalian, dikurniakan family yang bahagia, anak-anak yang soleh solehah dan berkekalan hingga ke syurga.

4- Tahniah juga kpd Kaklong dan Abg Nizam yang bernikah 2/9/2011. Akhirnya aku ada juga seorang abang. Moga rumahtangga kalian berbahagia sampai ke syurga. Kepada Abg Nizam, bertabahlah dikau tatkala ditinggalkan isteri yang meneruskan pengajian di negera India sana. InshaAllah nnt Tuhan balas pengorbanan kalian dengan rezeki dan Rahmat yang tidak disangka-sangka di hari mendatang.

5- Tahniah kepada Basyirah dan Azfar, schoolmate atas kelahiran cahaya mata, Iman Zulfa. Moga pengarang jantung hati kalian menjadi mujahidah agama dan anak solehah. Amin. 


6- Tahniah kepada graduan dentistry 1st batch Mans U, Raja Affan, Yazmeen dan Ain Azmi yang telah pulang ke Malaysia semalam. Moga Allah permudahkan kami utk ikut jejak kejayaan kalian juga. Selamat berkhidmat kepada masyarakat Tanah Melayu pula!

7- Selamat datang kepada Jr-jr baru. Selamat meneruskan pengajian dalam bidang perubatan. Selamat menjadi mahasiswa universiti kehidupan.

8- Tahniah kepada diri sendiri kerana bakal menghabiskan pengajian tak lama lagi. Sila berusaha dengan gigih, tabah, rajin, berdisiplin dan penuh tekun serta dedikasi. Cepatlah grad laju-laju.

Sekian



Saturday, September 24, 2011

Taadud itu berbilang-bilang..

Halwa telinga setiap kali sesi pengajian baru dan lepas cuti summer: 

Taadud Jemaah. 

Samada kita yang tak boleh menerima kepelbagaian@ pihak lain yang menyebabkan perpecahan?

Bukan semua orang yang tak ikut kita itu salah
Bukan semua yang kita buat itu betul

Kalau mati nanti, Tuhan tak tanya pun kau ikut jemaah mana
Tapi Tuhan tanya apa yang kau dah sumbangkan utk Islam?


We Are 1Ummah!

ps:
Isu budak-budak jemaah oriented. Semangat tgh berkobar. Futur pun tak berkunjung tiba lg

Thursday, September 15, 2011

Mahasiswa dan Politik vs Mahasiswa Muslim dan Politik

Salam.

Berkenaan tajuk. Rasanya jelas dan terang antara tujuan, kehendak, matlamat antara kedua-dua perbezaan yang disebutkan. Mahasiswa dan mahasiswa Muslim. Sudah tentu mahasiswa Muslim perlu lebih jelas matlamat dan halatuju politiknya berbanding mahasiswa biasa kan? Atau bagaimana?

Terbaca pos baru di PERUBATAN dan pos di blog Dato Saifuddin Abdullah [Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia] bertajuk:

BENARKAN PELAJAR IPT ANGGOTAI PARTI POLITIK

Dato Saifuddin sememangnya antara tokoh yang dijulang oleh mahasiswa sekarang kerana keselarian cara fikirnya dengan jiwa seorang mahasiswa. Cuma terlintas dan terfikir di benak fikiran apakah yang akan terjadi jika mahasiswa dibenarkan berpolitik [dalam konteks politik kepartian]?

1- Adakah ia patut atau tidak?
2- Apakah basic ilmu yang perlu ada kepada seorg mahasiswa sebelum beliau terlibat dgn politik kepartian.

Rasanya sangat jelas dalam waktu sekarang ini, politik kepartian lebih tertumpu dan terarah kepada untuk 'mendapatkan kuasa politik supaya boleh memerintah dan berkuasa' berbanding untuk 'mengatur cara hidup manusia dgn sebaik-baiknya'. Dan tidak salah untuk dikatakan politik dan agama sudah pun jauh dipisahkan hatta jika parti melaungkan slogan perjuangan Islam.

Jadi, bagaimana mungkin seorang mahasiswa mampu menjadi mahasiswa yang MATANG BERPOLITIK sedangkan suasana di sekeliling sudah tidak dapat membentuk dia utk menjadi seorg yang matang dan dia sudah pun mengikut acuan parti politik yang salah? sejak dari awal lagi? 

Politik skala kecil

Melihat politik dalam skala kecil sebagai seorang mahasiswa. Politik berpersatuan. Mungkin ini cermin diri terbaik untuk mengetahui 'cara fikir', tasawwur atau gambaran sebenar mahasiswa tentang politik. 

1- Berapa ramai wakil pelajar yang sudah menjadikan persatuan hak milik peribadi mereka sehinggakan hak-hak ahli ditolak dan ditepis sewenang-wenangnya? Program-program disusun mengikut kehendak mereka. Cadangan ahli dipinggir begitu sahaja. Persatuan bersifat kenegerian. Kroni diambil untuk berkhidmat dan emegang jawatan penting sedangkan yang bukan kroni dipaksa dikerah mengikut program yang telah disusun.

2- Sedangkan pertembungan antara persatuan pun ramai yang sudah melatah, inikan pula pertembungan parti politik kelak. Berapa ramai pemimpin persatuan yang menyalahkan persatuan lain kerana 'merebut' ahli dan menyebabkan 'perpecahan kesatuan' berbanding mereka yang duduk dan bermuhasabah 'mengapa ahli tidak ikut kita dan dimanakah kelemahan yang perlu kita perbaiki supaya persatuan diterima dan disayangi oleh ahli'?

3- Mampukah kita untuk menerima kepelbagaian hujah dan pendapat dari pelbagai pihak sedangkan dalam berpersatuan pun kita sudah membina tembok dan jurang yang besar dalam menerima kepelbagaian yang disebutkan tadi? Atau lebih spesifiknya, pendapat kita sahajalah yang betul, tepat dan bernas.

4- Pemimpin yang tidak tetap pendirian dan agenda hanyut dengan isu-isu dan mainan politik pihak lain. Akhirnya halatuju persatuan/organisasi juga terumbang ambing ibarat kapal tanpa nakhoda 

5- [Lain-lain hal dalam politik persatuan yang boleh dilihat sendiri]

Ini baru skala kecil dalam politik berpersatuan mahasiswa. Sudah pun banyak kepincangan yang boleh disenaraikan. Bagaimanakah nanti agaknya keadaan 'mahasiswa' apabila beliau terlibat dgn politik kepartian nanti? Semakin baikkah atau semakin burukkah jadinya?


Nafas baru dalam politik

Justeru, satu nafas perlu diberikan kepada politik agar ia lebih relevan, segar lebih bermatlamat dan yang penting mampu untuk melahirkan mahasiswa bijak pandai yang matang berpolitik dan seterusnya mampu untuk menjadi pelapis kepimpinan negara pada masa akan datang. [tertarik dengan buku "Politik Baru"-Dato Saifuddin. Apa isinya ya?]

Matang bukan hanya diperlukan apabila sudah terlibat dgn politik sahaja, tetapi SEBELUM itu lagi. Fikrah/idea yang bernas takkan datang kalau hidup sebagai mahasiswa kucar-kacir, tidak berdisiplin dan kurang membaca buku/artikel/kertas kerja dsb. Ilmu pengetahuan adalah satu perkara kritikal yang perlu dikuasai oleh mahasiswa. Takut-takut nanti bila sudah jadi pemimpin besar, segalanya cakapnya kosong dan ideanya tidak bernas dek disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan dan pengalaman. Akhirnya segala cakap-cakap kosong kita sebagai seorang 'politician' itu hanya menghadirkan rasa benci dan meluat orang yang mendengarnya sahaja.

Akhir sekali, kalau politik kepartian telah menjadi menjadi kiblat sekarang, apa pula kiblat seorang mahasiswa Muslim dalam berpolitik ya?


:)


ps:
-Sekadar menulis pendapat peribadi berdasarkan beberapa pemerhatian, perbincangan dan situasi sekeliling
-Berharap agar lahirnya ribuan intelek yang berfikiran seperti Dato Saifuddin Abdullah dalam negara Malaysia yang kita cintai
-Banyakkan membaca wahai mahasiswa sekelian

Putaran Hidup


Putaran Hidup
Ada masa kita di atas
Ada masa kita di bawah
Jarang sekali hidup kita konsisten kan?

Ujian Tuhan;
Untuk melihat hamba yang bersyukur pabila di atas
Dan hamba yang ingat dan kembali kepadaNya pabila di bawah

Jangan lalaikan hati-hati kami Ya Rabb

“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlahkamu termasuk orang-orang yang lalai.”    Surah  Al A’raaf,  Ayat 205

ps: merindui PutaranHidup ini yang tidak boleh diakses lg akaunnya

Tuesday, September 13, 2011

Tsiqah Manusia


Tsiqah Manusia
Bila orang tahu kekurangan dan kelemahan diri kita tetapi dia masih percaya dengan diri kita

ps: Soalan menguji cuma. Tiada jwpn yg diperlukan

Monday, September 12, 2011

....


Bila nak cuti ni?

ps: Mana aku yg betul-betul ni? Cepat kembali

Saturday, September 10, 2011

Ingat senang nak jadi suami orang?

Nak jadi suami org bukan senang. Lepas kahwin macam-macam nak kena tanggung. Lebih-lebih lagi bab dosa pahala. Kalau kahwin sekadar ingin berhibur semata-mata, amalan tunggang-langgang, isteri dan anak-anak tak terdidik, hak keluarga, jiran tetangga terabai, ingat senang ke nak dapat mcm yang org selalu wish kat pasangan pengantin baru "Bercinta sampai ke syurga". Silap-silap nak cium bau syurga pun tak dapat. Nauzubillah.

Hmm. Dan kepada laki-laki seperti aku di luar sana, kalau tak pernah terfikir pun tentang tanggungjawab, bekalan utk berumah tangga pun tak berapa nak cukup dan planning utk 5, 10, 20, 30 tahun selepas berkahwin pun tak pernah buat, tak payah menggatal nak ajak anak orang berkahwin.

Kahwin bukan ikut-ikut. Kahwin bukan trend. Kahwin bukan bermusim. Kahwin bukan macam main masak-masak atau main mak-mak macam kita zaman kanak-kanak dulu. Bila dah bosan boleh berhenti ikut suka. Esok orang lepas kahwin bahagia sampai ke syurga, kita merana rumah tangga tak bahagia. Nauzubillah.

"anta lepas kahwin ni mcm2 perkara boleh dikongsi dengan isteri"
Berapa ramai org yang kongsi perkata 'tak best' tentang kahwin dgn kita?

"Laju sikit dakwah nnt bila dah naik level beyt muslim"
Berapa ramai org bila single pun hidup tak ketahuan hala?hidup segan mati tak mahu. Tiba-tiba lepas kahwin nak laju semacam dlm dakwah?

"InshaAllah lepas kahwin ada lah rezeki tu. Jangan risau sgt ttg bla bla.."
Kalau hidup takde planning, dan mengharap rezeki Tuhan semata tanpa berusaha. Siqah semata dengan Allah tak cukup rasanya.

[bla..bla... ayat langit ke tujuh dan penghuni syurga yang membosankan...]

Nak tahu realiti alam perkahwinan, tanya dengan org yang sudah berkahwin. Jangan tanya org bujang yang suka melepak sembang-sembang di kedai kopi. Mereka bukan ahlinya.

Isteri tak tutup aurat, suami dapat dosa
Isteri suka mengata memfitnah, mengumpat, suami dapat dosa
Anak-anak tak terdidik dengan agama, ayah dapat dosa
Anak-anak buat dosa sebelum baligh, mak ayah tanggung dosa
Anak gadis keluar rumah tak tutup aurat, ayah dpt dosa.

Hmm, agak-agak ada lg ke peluang suami nak kumpul pahala lg lepas kahwin nanti?


“Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.” [At-Taghabun 15]
“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” [Al-Anfal ayat 28]
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan)harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” [Al-Munafiqun ayat 9]

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka..” [At-Taghabun ayat 14]

Pilih lah untuk menjadi suami yang bersama-sama dengan isteri dan anak-anaknya di dalam syurga atau suami yang merempat menagih simpati di pintu syurga. Sekian


ps: Untunglah suami yang dapat isteri solehah.Sebaik-baik perhiasan dunia.

Friday, September 9, 2011

Tsabat


"Cuma ingin aku peringatkan pada diri sendiri, sahabat-sahabat, adik-adik dan anak-anakku. Sebenarnya kita belum buat apa-apapun untuk ‘jalan hidup pilihan kita’ ini. Kita masih lagi jauh selesa berbanding pejuang-pejuang silam. Kita naik kereta berhawa dingin, meeting dan berusrah di bilik berhawa dingin, lepas program dijamu dengan makanan yang energynya tak habispun digunakan untuk keperluan dakwah dan bakinya tersimpan di perut dan peha kita. Pengorbanan wang? Memang ada tapi masih banyak lagi bakinya untuk membayar ansuran kereta dan rumah kita.

Generasi awal Islam korbankan segalanya. Untuk Islam mereka sanggup disiksa dan dibunuh. Abu Bakar nafkahkan seluruh harta dan sahabat-sahabat yang lain membelanjakan separuh harta. Kita masih lagi berjuang tak jauh dari kampung halaman, masih sempat mengutip buah durian dan menanam tanaman untuk anak-cucu akan datang. Pejuang dulu mati di perantauan dan kubur mereka juga tak mampu diziarahi oleh sanak saudara. Lantaran itu kita tak akan temui kubur Abu Ayyub al-Ansari, Muaz bin Jabal, Amru bin al-As dan ramai sahabat-sahabat yang lain di Madinah mahupun Mekah.

Kita masih jauh berbanding mereka. Lantaran itu kita sebenarnya belum berbuat apa-apa untuk ‘jalan pilihan hidup kita’. Kalau adapun sumbangan kita sangat kecil. Cuma untuk menyejukkan hati yang kadangkala futur, kita mungkin baik sikit dari sesetengah saudara seagama yang hanya mengira minitnya untuk menghasilkan keuntungan diri. Bahkan kita jauh lebih baik dari mereka yang menghabiskan hidupnya untuk meratah hidangan nafsu dan menjadi ulat merosakkan agama sendiri. Mungkin kita baik sikit…"

....

و إن تتولوا يستبدل قوما غيركم ثم لا يكونوا أمثالكم

" dan jika kamu berpaling ia (Allah) akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu". (Surah Muhammad).

Sebahagian para Daie berkata: Aku merasa gembira dan takut bila melihat ramai orang baru menyertai dakwah. Aku gembira kerana dakwah ini dapat sambutan. Aku takut kalau-kalau Allah datangkan mereka untuk mengantikan daku atas kesalahanku mengabaikan hak perjuangan ini.

Petikan blog:SaripAdul
....

Belum pun berbuat apa-apa, sebenarnya futur sudah pun menjengah tiba. Kalaulah dakwah betul-betul difahami dari hati yang tulus ikhlas..Dari jiwa yang murni bersih..Dari fikrah yang jelas matlamat dan halatuju. Tsabatkan kami atas jalan yang kami pilih. Amin

Thursday, September 8, 2011

...


- a scar that never heals; in the heart-
....

Wednesday, September 7, 2011

Ikut-ikut

Kadang-kadang, bila berbuat sesuatu perkara kita sendiri pun tak berapa jelas dengan apa yang kita buat. Sampailah satu masa, bila kita sudah besar dan tua, ilmu sudah agak penuh di dada, dan kita sudah sarat dengan pengalaman barulah kita sedar apa yang telah kita buat selama ini.


Kadang-kadang kita suka untuk ikut-ikut sesuatu perkara tanpa kita mempunyai halatuju dan matlamatnya yang jelas. Dan akhirnya di hari mendatang, kita kesal dengan apa yang kita buat selama ini. Dan ketika itu, kita akan berharap agar masa dapat diputarkan kembali ke belakang.


Apa-apa jua diperbuat kita, jangan cepat melatah. Sebab banyak perkara yang kita tidak tahu. Dan kita hanya tahu bila umur dan pengalaman kita sudah bertambah. Sekian


ps: Bila bertambah usia dan sudah ada pengalaman, barulah aku mampu untuk menulis sebegini. Banyak perkara yang aku kesalkan. 

Friday, September 2, 2011

Raya Puasa 2011

Raya.

Raya tahun ini memang sangat meriah. Beraya sakan di kampung walaupun kampung atok aku hanya beberapa ratus meter dari rumah. Kalau kentut kuat-kuat boleh dengar dekat sana. Alhamdulillah. Tahun ini sebenarnya bukan dalam perancangan aku untuk beraya di Malaysia. Tapi dek disebabkan kakak aku nak berkahwin dan beliau adalah cucu dan anak pertama,kenduri pertama dalam famili sebelah Melaka dan hanya satu-satunya kakak aku, maka aku pun balik.

Di malam terakhir Ramadhan, kami berkumpul beramai-ramai di rumah Atok. Ada sesi BBQ. Lama sudah merancang BBQ ini dan Alhamdulillah kali ini berjaya dilaksanakan. Dan menjadi kebiasaan dalam kampung ini, ada acara takbir dari rumah ke rumah selepas solat Isyak. 

Raya tahun ini macam biasa. Baba baca khutbah di masjid. Awal pagi dah ke masjid. Kami adik-beradik ke masjid satu kereta kecuali Alawi yang demam. Balik dari masjid sesi bermaaf-maafan dan bergambar. Kata Baba ni kali terakhir nak tangkap gambar sekali. Lepas ni bilangan ahli keluarga ini akan bertambah. Dan tak mustahil juga akan berkurang. Panjangkan umur kami Ya Rabb.

Lepas sesi di rumah selesai, kami terus ke rumah atok. Makan-makan. Sembang-sembang. Salam-salam. Dan kutip duit raya! Seronott. Aku nak ringkaskan beberapa perkara yang aku dapat dari raya kali ini.

1- Semakin meningkat usia kita, duit raya bukan prioriti utama lagi. Kalau orang nak kasi, Alhamdulillah. Tapi perkara yang paling penting di sebalik raya ialah mempertaut kembali talian persaudaraan yang sudah renggang dan mengeratkannya lagi

2- Dah lama tak jumpa pakcik-pakcik aku yang jauh. Rupa-rupanya time raya haritu terserlah habis perangai depa yang sebenar. Masing-masing memang loyar buruk dan suka buat lawak jenaka. Kadang-kadang dari pakcik yang paling tidak disangka-sangka.

3- Jejak sejarah dan silsilah keluarga. Kesempatan beraya di rumah nenek saudara hari tu, sempat juga kami semua mengorek Sejarah keluarga sebelah emak. Banyak rupa-rupanya sejarah yang tersimpan dan tidak diberitahu kepada kami anak cucu. Alhamdulillah. Banyak cerita sudah diceritakan. Lepas ini boleh buat projek salsilah keluarga pula

Muhasabah Ramadhan.

1- Suasana Ramadhan di Malaysia dan Mesir memang sangat jauh berbeza. Kalau diakhir 10 Ramadhan, rakyat Malaysia sudah mula memasang lagu raya, membuat kuih raya dan sebagainya. Kalau di Mesir mereka sibuk membuat Qiamullail di malam hari sehingga sebelum sahur demi untuk mencari dan mengejar pahala Lailatulqadar.

2- Target Al-Quran 30 juzuk. Aku tak sempat habis 30 juzuk tahun ni. Tinggal 5 juzuk berbaki. Dan muhasabah paling penting yang aku sedari ialah, apabila Al-Quran tidak menjadi habit bacaan harian kita [terutamanya selepas solat] maka amat mudah sekali untuk kita melupakannya jika kita terlalu sibuk dengan urusan harian. Al-Quran bukan menjadi prioriti utama. Maka perlu dipertingkatkan lagi usaha.

3- Macam mana nak membudayakan suasana Ramadhan di Mesir di negara kita Malaysia? hmm. Aku rasa perlu lebih banyak video-video Ramadhan di Mesir untuk dihantar ke Malaysia sini.

4- Puasa 6. Bak kata nenek semalam: Sementara tengah ada semangat puasa ni baik puasa 6 siap-siap. Karang dah raya banyak-banyak, puasa pun dah malas.
"Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)"

Cukup dulu setakat ini ceritera raya dan puasa lepas. Lepas Solat Jumaat inshaAllah ada akad di rumah aku. Aku pun nak berlatih salam-salam tok Kadi sikit. Karang esok lusa dah senang.

Sekian


Bertakbir di rumah Rumah A/Y YB Khidir


Geng Takbir di rumah Atok 


 Nangoi. BBQ


 Bakal menjadi kucing kesayangan atok selepas kematian Ebek [2 hari sebelum raya] dan kucing Tupai


Pak Khalid


6 


 Pak Haji yang paling kuat loyar buruk. Pak Lang Johar
Ni gambar time dia tgh soleh 

Sultan Pahang Jr 

 Lepas bermaafan di rumah



Sultan Pahang Jr

Thursday, September 1, 2011

Sejarah. Komunis dan UMNO



2 hari sebelum raya, kecoh kat media massa kata abg Mat Sabu dok julang komunis. Aku mula-mula malas juga nak ambil endah kisah tersebut. Maklumlah, bila dah balik Malaysia banyak sgt benda yang nak kena buat. Benda-benda macam ni dianggap sebagai remeh-temeh. Tapi lepas 2-3 hari berita tersebut tak surut, aku pun mula musykil. Kata media massa, ramai ahli keluarga mangsa Bukit Kepong yang terlibat marah dgn kenyataan Abg Mat tersebut. Kawan-kawan aku yang aktif PAS pun dah mula perli-perli, kutuk-kutuk dan emo-emo dekat FB sana. Blog sana sini dah tulis macam-macam. 


Tapi Abg Mat masih tak keluarkan kenyataan sehinggalah baru-baru ini dia kata dia sudah lupa apa yang diucapkan. Lepas itu, yang sokong PAS julang Abg Mat Sabu sebagai hero yang telah 'membangkitkan kesedaran tentang Sejarah'. Yang sokong UMNO pula kata polis zaman dahulu memang berkerja bawah British. Tapi untuk mendapatkan kemerdekaan, mereka kena berlawan dengan 2 musuh utama ketika itu. BRITISH dan PKM [Parti Komunis Malaya]. Jadi usaha pertama mereka ialah dengan melemahkan pengaruh komunis [PKM] dahulu dalam Malaya. Kemudian tumbangkan British pula. Dan memang itu yang berlaku pun sebenarnya kan?


Suatu pagi waktu Baba tengah baca surat khabar, baba tunjukkan tentang cerita Mat Sabu tu. Dan Baba rekemen buku 2 buku untuk aku baca lepas dia selongkar buku-buku dekat almari ruang tamu depan. 
1- Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan- Mohammed Salleh Lamry
2- Meniti Lautan Gelora Sebuah Memoir Politik- Said Zahari


Aku belum sempat pun nak baca buku-buku ini dan aku harap lepas aku baca aku dapat tasawwur sebenar tentang kenyataan yang Abg Mat keluarkan dari sudut pandangan dia dan boleh aku bandingkan dengan sejarah yang tertulis dalam buku-buku teks yang kita belajar dulu.


Jadi harapan aku selepas membaca 2 buku ini supaya dapat menjawab beberapa persoalan yang berlegar dlm kepala ini. Satu, adakah benar sejarah yang kita belajar dahulu telah direka untuk menyokong dan mengagungkan UMNO? Dua, adakah kenyataan Abg Mat itu benar atau sebaliknya beliau tersilap memahami Sejarah?


Aku malas nak join org ribut-ribut sana sini sebab dulu time sekolah subjek Sejarah aku tak minat pun. Karang dok ribut-ribut nampak pulak kita ni jenis tak faham Sejarah atau tersilap faham sejarah yang telah berputar belit. Nak kena baca 2 buku ni dulu sampai habis baru boleh komen. At least nampak sikit macam mahasiswa yang cakna politik dan tahu Sejarah
dari bercakap tak tahu hujung pangkal dan emo-emo tak tentu pasal.


Nanti kalau aku dah habis baca aku cuba tulis ringkasan buku-buku tersebut di sini. Entah bila nak habis bacanya tu jangan ditanya ye.


Sekian


ps: 
1-Tak minat politik dan Sejarah. Tapi berusaha untuk meminati mereka berdua.
2- Rumah dah mcm perpustakaan negara. Mcm-mcm buku ada.Tapi tak baca sebab tak pernah berniat utk membeleknya