Athens Unseen
Thursday, June 30, 2011
Tuesday, June 28, 2011
Perantau
Aku membenarkan segala yang baba tulis di dalam posnya bertajuk Perantau.
Sebagai perantau,tak kiralah perantau kategori manapun,ia akan menjadikan kita sebagai seorang manusia yang lebih tabah,sepatutnya. Kerana apabila kita terasing berada di tempat orang/baru maka segalanya perlu diuruskan/diselesaikan sendiri tanpa bantuan ibu bapa saudara-mara atau kawan-kawan. Merantau dapat menambah kenalan,pengalaman,pengetahuan serta jatidiri. Sebab itulah biasanya orang/kaum perantau/pendatang akan lebih berjaya di dalam hidup berbanding dengan orang tempatan - Ini bukan bermakna untuk berjaya maka kita wajib merantau. -Baba
Merantau atau hidup jauh dari keluarga terutamanya memang banyak mendidik dan membentuk peribadi dan corak pemikiran aku. Dulu, kalau zaman kanak-kanak, semuanya akan diuruskan dan difikirkan oleh emak dan baba. Bermula dari tadika, disekolahkan aku di taski ABIM. Habis tadika, masuk SKT. Habis SKT, masuk pula ke MMAS yang aku tak pernah tahu akan kewujudannya. Cuma selepas berakhirnya zaman aku di MMAS, aku mula membuat percaturan hidup sendiri. Aku masuk ke DQ KKB dengan semua urusan yang aku setelkan sendiri. Teringat lagi waktu itu kami sekeluarga sedang bercuti di Pulau Pangkor. Apabila mendapat panggilan dari JAKIM, aku bergegas balik sendiri untuk menyelesaikan semua urusan yang dikehendaki. Dan Alhamdulillah, selesai semua urusan, aku mula masuk ke Sem 1 Persijilan selepas tak sampai sebulan bercuti selepas SPM berakhir.
Mula-mula menjadi perantau memang sedih. Maklumlah, berjauhan dari keluarga untuk pertama kalinya. Zaman sekolah menegah dulu bukannya ada telefon bimbit yang boleh nak sms atau call famili bila-bila pun. Lagi-lagi sedih bila dulu duduk celah ketiak mak ayah alih-alih nak kena hidup sendiri. Walaupun duduk jauh, aku tetap telefon emak seminggu sekali. Cakap dgn mak je dgn baba segan+tatau nak ckp ape.
Apabila mendapat tawaran belajar di Mesir 6 tahun yang lalu, aku sudah tidak berapa kekok lagi kerana hidup sebagai 'perantau' sebelum ini telah mengajar aku banyak benda. Mesir adalah tempat aku menimba pelbagai ilmu pengetahuan. Tempat aku kenal dengan ramai orang. Tempat aku membina pemikiran dan peribadi. Tempat aku mendapatkan pengalaman untuk menjadi bekalan di masa hadapan. Dan Mesir tak dapat aku sangkal lagi adalah merupakan universiti kehidupan yang terulung. Macam-macam peristiwa dan pengalaman yang telah aku timba. Macam-macam latar belakang dan cara fikir manusia yang telah aku temui.
Kata orang, bila kita biasa hidup susah kita akan menghargai kehidupan kita. Macam itulah yang aku rasa. memang ada benarnya. Mesir bukan negara maju. Kalau nak dinisbahkan Mesir dengan Malaysia, ramai orang kata Mesir adalah ibarat Malaysia di tahun 70-an. Sistem komunikasi yang tak berapa nak canggih. Perhubungan awam yang tak selesa. Kemudahan yang banyak cacat celanya. Ada sistem tapi ibarat tak bersistem dsb. Mungkin budak-budak yang belajar Mesir boleh tambah sendiri. Tapi itu sebenarnya bukanlah menjadi penghalang kepada kita beralasan untuk tidak maju dalam kehidupan sendiri. "Alah, dah mmg Mesir macam ni..redho jela.bla..bla.." Tapi sebaliknya setiap peristiwa yang kita lalui hendaklah dipandang dari aspek yang positif. Aspek yang boleh menjadi batu loncatan untuk kita memperbaiki salah dan kekurangan diri kita. Bukannya kekurangan itu dijadikan asbab untuk melemahkan diri dan semangat kita pula.
Aku beri contoh mudah. Kalau di Malaysia, zaman HO kerja macam nak gila. Pagi petang siang malam. Rehat entah ke mana, tidur pun sama. Tunggang langgang habis. Menjadikannya lebih teruk apabila, orang atasan/senior pula menambahkan pelbagai tekanan. Miserable. Aku cuba untuk bandingkan dengan Mesir, HO nya tidaklah seteruk Malaysia. Dan walaupun dalam persekitaran yang serba kekurangan cth: kurang kemudahan kesihatan, wad yang sesak dsb, mereka enjoy dengan kerja mereka. [sekadar yg sempat aku amati] dan Dr senior/pakar sangat supportive dan cuba untuk mengajar segala kekurangan ilmu HO yang dihadapi berkenaan. Mereka sangat lain dari sistem yang kita dengar di Malaysia. Dan inilah aspek positif dan baik yang aku harap aku dapat ambil dan praktikkan apabila balik ke Malaysia nanti. Dan mudah-mudahan semua mahasiswa graduan perubatan sini dapat praktikkan apabila pulang nanti. Mudah-mudahan kita lah yang mengubah arus suasana di tempat kerja nanti, bukan yang mengikut arus yang sedia ada bahkan memburukkan lagi keadaan yang telah sedia ada.
Mesir adalah universiti kehidupan. Carilah ruang dan peluang untuk belajar tentang kehidupan di sebalik kekurangan dan kepayahan hidup di sini. InshaAllah, apabila kita sudah biasa hidup dalam kesusahan, kita akan kurang merungut dan bertambah pula syukur kita kepada Allah.
Inilah hikmah mengembara di bumi orang. Moga kita menjadi pengembara yang celik dalam tempoh pengembaraan yang singkat ini. Pilihlah samada ingin menjadi kristal atau debuan pepasir kan? Dan jangan dilupa, kita juga merupakan perantau dan pengembara ke negeri akhirat. Mudah-mudahan bekalnya cukup apabila kita sampai ke destinasi terakhir.
Berjalanlah dan lihatlah dari kacamata seorang Khalifah Allah. Sekian
Jom! Mengembara mencari ilmu dan pengalaman
Sunday, June 26, 2011
Jenis Hati
4 Jenis-jenis hati. Yang manakah hati kita?
Hati ialah tempat turunnya Rahmah, mengandungi ilmu dan kefahaman.
ps: Video dalam BA Habib Al-Saqqaf ni bahasanya mudah. InshaAllah mudah faham :)
Friday, June 24, 2011
Morocco Djellaba
Utk kanak-kanak.
Rujuk link ini untuk details:
Saya tolong promote. Jubah ni dah lama saya cari. Mungkin ada juga rakan-rakan di luar sana yang cari, tapi tatau nak beli dari siapa. so, boleh klik pada link di atas. If ada problem, saya boleh tolong tempahkan.[tuan punya bisnes sudah bg greenlight utk tlg promote]
Boleh bagi kepada adik beradik lelaki, ayah, atok, suami, anak-anak dsb. Boleh dipakai ketika Ramadhan dan Raya Puasa nanti juga~ Owh, jubah kanak-kanak pun ada. =)
Utk tempahan:
UNTUK URUSAN TEMPAHAN DI MESIR, SILA HUBUNGI MUAWWIDZ (+20116542054) ATAU MESSAGE mereka DI YM ( awiz.alan / fateenfalah ) . InshaAllah tempahan akan sampai pada pertengahan Bulan Julai untuk anda gayakan pada Bulan RAMADHAN 1 Ogos ini!
[nak mntak tlg saya tempahkan pun boleh juga]
Sekian.
Thursday, June 23, 2011
Soulmate
Bila tengok video ini teringat beberapa pesanan:
1. Pesanan dan perkongsian Ust Fauzi Asmuni [UFA]. Kita berkahwin ni bukan sekadar untuk berseronok dan bergembira semata-mata. Yang paling penting kena ingat bahawa selepas berkahwin, kita akan hidup selama-lamanya dengan KEKURANGAN yang ada pada pasangan kita. Jadi, cubalah untuk saling sempurna-menyempurnakan kekurangan yang ada pada diri pasangan masing-masing. Cari pasangan yang boleh menerima kekurangan diri kita.
2- Sibuk nak cari bidadari syurga. Tunggu mati nanti masuk syurga baru dapat Huurul Ain. Dekat dunia jangan sibuk sangat nak cari yang sempurna, tapi sebuklah MENJADI yang sempurna. Jadi lelaki idaman wanita dan vs.
Sekian.
Sunday, June 19, 2011
Happy Father's Day Baba!
God took the strength of a mountain
The majesty of a tree
The warmth of a summer sun
The calm of a quiet sea
The generous soul of nature
The comforting arm of night
The wisdom of the ages
The power of the eagle's flight
The joy of a morning in spring
The faith of a mustard seed
The patience of eternity
The depth of a family need
Then God combined these qualities
When there was nothing more to add
He knew His masterpiece was complete
And so
He called it ... Dad
......
Thanks for being there
Through the Tears,
Laughter,And Dirty Diapers.
Happy Father's Day Baba!
Through the Tears,
Laughter,And Dirty Diapers.
Happy Father's Day Baba!
Friday, June 17, 2011
Semasa
Kalau dilakarkan sebuah graf di atas kertas, maka graf untuk menggambarkan tahap diri aku adalah sedang menurun dengan lajunya. Minggu ini NEGATIF.
Mengambil kesempatan sempena Sayyidul Ayyam hari ini untuk berazam memberikan yg terbaik utk minggu depan dan minggu-minggu seterusnya.. doakan.
Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.”
“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah.”
ps: Masa lapang adalah pembunuh.
Mengambil kesempatan sempena Sayyidul Ayyam hari ini untuk berazam memberikan yg terbaik utk minggu depan dan minggu-minggu seterusnya.. doakan.
Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.”
“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah.”
ps: Masa lapang adalah pembunuh.
Friday, June 10, 2011
Travel| Capadocia [Day 1]
Capadocia: Bandar Batu.
Selepas teruja dengan kecantikan dan keindahan masjid-masjid yang terdapat di Bursa kami meneruskan perjalanan ke Capadocia,yang bermaksud "land of beautiful horses" sebuah wilayah yang terdapat di Central Anatolia. Central Anatolia mengandungi beberapa buah bandar kecil seperti Goreme, Uchisar, Urgup, Avanos dan Nevsehir. Perjalanan dari Bursa ke Capadocia mengambil masa kira-kira 10-11 jam. Mujurlah bas yang kami naiki amat selesa berpatutan dengan harganya sebanyak 45TL.
Setibanya di stesen bas Goreme, kami terus ke sykt travel agen yang berhampiran untuk mengambil pakej percutian yang ditawarkan di situ. [di sini satu-satunya tempat yang kami tak 'gamble' jalan sendiri]. Syrkt yang kami pilih ialah Rose Tour yang menawarkan pakej Green Tour dan Red Tour [entri selepas ini inshaAllah]. Memandangkan kami tiba hampir tengahhari, maka hari pertama di Goreme hanya dihabiskan untuk melawat sekitar kawasan berhampiran dan menunggang ATV.
------Galeri------
Dalam bas ke Capadocia. Dah macam dalam kapal terbang pun ada. Selesa.
Landmark Capadocia dan kawasan sekitar. Batu-batuan.
Batuan yang diukir dan dipahat sehingga menjadi rumah/bilik/hostel
Cave room kami. 25TL/day. Termasuk sarapan pagi.
ATV adventure. Mempunyai lesen penuh bukan jaminan untuk anda menjadi penunggang ATV yang hebat.
Fairy Chimney.
Mari aku kisahkan hikayatnya. Katanya batu-batu seperti ini wujud akibat mendapan larva gunung berapi. Aliran yang mengeras menghasilkan beberapa lapis batuan [Erciyes, Develi, Melendiz, Kegiboydoran, and Hasan Dag cones] Kemudian berlaku gempa bumi yang kuat beberapa juta tahun dahulu menyebabkan batu-batunya termampat. Dan akhirnya berlaku hakisan-hakisan menyebabkan batuan di sini berbentuk seperti yang dapat dilihat.
Rose Valley
Rose Valley menuju ke Red Valley
Dulu mungkin gua ini adalah rumah.
Krum Surg yang tgh struggle untuk memandu ATV nya yang berperangai pelik
Fairy Chimneys
Kelihatan tourist guide kami yang gusar dengan cara pemanduan Krum Surg dan ATV nya yang tidak kooperatif.
Menjadi musyrif Krum Surg supaya beliau tidak ketinggalan lagi.
Gereja apatah dicelah-celah gunung ni
@ Capadocia. Kasut ini adalah tidak sesuai dipakai di atas salji.
Pigeon Valley kalau tak silap
Menurut kepercayaan Org Turki, batu ini boleh membawa tuah. Rupa-rupanya mereka pun ada juga kepercayaan khurafat seperti ini.
Hurm. Perkara yang perlu dibuat sebelum bergambar di atas salji: Cabut helmet dulu.
Fairy Chimney terbesar dan tertinggi. Kalau tgk betul-betul, batu ini terbahagi kepada tidak lapisan. Cap-Neck-shaft. Capnya akan terjatuh apabila bahagian necknya terhakis. Mengikut kata tourist guide kami, dalam masa 10 tahun lagi, kebanyakan cap akan jatuh. Jadi, kepada sesiapa yang belum pergi lagi ke sini, bolehlah berbuat sedemikian ya.
Air yang telah membeku
Ektepe Hill. Sunset
Sekali lagi. Taasub! Sila tanggalkan helmet anda!
Bandar Goreme hampir tidak kelihatan akibat ditimbus salji. Untuk pengetahuan, Goreme bermaksud 'hidden'@tersembunyi. Goreme adalah antara bandar terendah dari paras laut di Turki.
Mengadap bandar Goreme. Sunset. Sebelum aku terpisah dari group ini akibat terlalu taasub menangkap gambar.
Drooling saliva. Waktu ini semua dah terlalu lapar. Namun terpaksa menahan sebentar utk sesi pengambaran. Roti panjang ini telah lesap kurang dari 5 minit selepas gambar ini diambil
"Aku pernah tgk Chef Wan masak benda alah ni dalam TV haritu" kata Surg Krum dengan angkuhnya kepada kami.
"......" respon kami selepas memakan benda alah ini.
Lagi ttg travel lepas:
ps:
Entri santai utk bebdk exam. Janji nak tulis yang tak tertulis-tulis..
Subscribe to:
Posts (Atom)















