Sunday, January 31, 2010

Contengan Kosong

Hidup biar sedap. Kalau tak silap ini iklan roti di Malaysia. Takde orang yang mahu hidup dalam keadaan serba kekurangan. Dari A-Z mahukan segalanya perfect. 
Ketika kanak-kanak, kita mahukan belaian dan kasih sayang dari ibubapa. Kita mahukan belaian dari seorang abang dan kakak. Memberikan kita hadiah di hari lahir. Yang membelanja kita sewaktu keluar membeli belah. Membelikan permainan yang kita mahukan. 
Kita membesar sedikit lagi di zaman sekolah rendah, mahukan kasih sayang dan perhatian dari kawan-kawan sebaya dan guru. Mahu menjadi pelajar pintar yang disenangi dan disayangi seluruh warga sekolah.

Memasuki alam sekolah menengah, lebih banyak lagi yg kita mahukan. Lulus cemerlang dalam PMR dan SPM. Berteman dgn sahabat dari pelbagai latar belakang, dan asal-usul negeri. Masuk menengah atas, kita mahukan kebebasan. Memiliki motorsikal sendiri untuk ke sekolah. Punya akaun di laman-laman social spt Facebook, Friendster, MySpace dan lain-lain.  Punyai blog sendiri untuk menulis. Menjadi orang-orang penting persatuan itu ini. BADAR,BSDM, Kelab kamera.Kelab memanah. Ragbi. Kelab geografi dan Sejarah. Dan macam-macam lagi yg kita mahukan. Supaya  hidup ini sedap.

 Habis sekolah, zaman remaja mula mengenal erti cinta. Cinta-cinta sang monyet. Pengalaman pertama berinteraksi dengan manusia berlainan jantina. Menyulam cinta-cinta buta yang bukannya berkekalan pun. Sekadar hanya mengisi ruang-ruang dan rongga hati. Hakikatnya, cinta itu hanya ibarat tin kosong. Kuat bunyinya bila diketuk namun akan penyek henyek bila dipijak-pijak. Kerana ia bukan cinta yang diredhai Tuhan.

Memasuki umur 20 an, semakin rancak. Sana sini orang kata tentang cinta. Depan belakang org bicara tentang gerbang perkahwinan. Darah panas mula membuak. Tambah pula semangat berkobar yang tidak dipandu terarah. Macam cacing kepanasan. Kita pun mahu berkahwin juga. Bosan.

Tapi percayalah, di sebalik semua ini, kita lebih mengharapkan sesuatu yang lebih pasti. Kita lebih mahukan kebebasan tetapi tetap dalam batasan undang-undang ISLAM. Dan kita mahukan cinta agung melebihi cinta seorang kekasih duniawi. CINTA ILAHI. AKu masih tercari-cari yg ini….

Bayangkan. Di tengah jalan ini. Kita MATI. Mati dalam keadaan kita belum lagi bertemu cinta Ilahi. Sebaliknya sudah memiliki cinta manusiawi  yang belum pun jelas halatujunya. Alangkah ruginya.
 Sekadar contengan-contengan kosong di petang 31 Januari 2010.

Friday, January 29, 2010

BODOH

Salam. Aku nak tulis jugak kat sini. Aku rasa sangat miserable hari ni lepas balik tuisyen tadi. Ada oral Q yg biasa Dr buat. Tapi aku takleh jawab soalan Treatement of Diabetes Insipidus tu sebab aku terlepas pandang. Stop takat diagnose shj. Hai. Rasa amat bodoh sekali. Org lain lain boleh jwb kenapa aku takleh? Please! Wake up P! Wake up!

Tuesday, January 26, 2010

TUTUP BLOG

Salam.

Aku akan menutup sementara blog ini mulai esok atas beberapa sebab yg tak dapat dielakkan. Tak tahu bila nak bukak balik blog ini. Paling lama 2 minggu kot.
Terima kasih kepada yg sudi singgah.
Doakan yg terbaik.

Salam

Friday, January 22, 2010

Semasa| Besday Huzaifah



Hari ini 22-1-2010 ialah besday budak ini yg ke-22
Budak bolat yang clumsy.
Budak bolat yang funny.
Budak bolat yang buat org lain tak kering gusi
Budak bolat yang conteng dinding kalau tensi
Budak bolat yg tak balik rumah waktu kitorg celebrate besday dia malam tadi

Apa-apa pun kpd budak ini.
Aku nak ucapkan selamat Hari Lahir.
Dan semua doa yang baik-baik aku bacakan untuk kau
Moga kau cemerlang dlm exam esok.
Moga kau tenang-tenang selalu.

Selamat Hari Lahir ke-22. 
Huzaifah Sharif

-Budak separa bolat bilik depan-
-Jumaat pagi-

 

Wednesday, January 20, 2010

Perkongsian| Kahwin II

Kisahnya begini. Pada suatu malam, di tahun 2009, seorang kwn aku ni datang ke rumah. Kebetulan waktu itu aku baru membeli sebuah buku karangan Ust Pahrol Mad Juoi ketika pulang ke Malaysia. Tajuknya terpaksalah aku rahsiakan. Buku tentang berkaitan cinta-cintalah.

Malam itu, tak silap aku lepas aku buat majlis makan-makan kat rumah, beliau si F masuk ke dalam bilik aku. Biasalah. lepas makan-makan mesti ada sesi sembang-sembang kan? Mula dari satu topik ke satu topik. Hingga lah ke topik cinta. Ketika itu aku berdua. Tak semena-mena dia bangun (aku duduk atas katil) dan mengunci pintu bilik aku. Huh! Kira serius jugalah topik yang akan dibincangkan ni. Satu-satu persoalan dilontarkan. Satu-satu rasa hati diluahkan. Satu-satu masalah kami bincangkan. Dan akhirnya satu-satu jawapan tersebut aku jawab berdasarkan sikit ilmu dan pengalaman yang aku ada.

Kira main topik nya beginilah: Si F ada sesorang dalam hidupnya (si M). Si F buntu. dengan ilmu agama yg ada dalam dirinya, patutkah si F meneruskan hubungannya dengan  si M kerana dia tahu bercouple itu dilarang dlm agama. Dan beliau meminta pandangan aku samada untuk memutuskan atau meneruskan hubungan itu dengan cara yang lebih baik dan sah disisi agama.

Dan aku kira ketika itu, buku Pahrol yang aku baca itu sedikit membantu aku dalam menjawab persoalan yang diajukan tersebut walaupun aku baru membaca separuh dari isi kandungan buku tersebut. Kiranya banyak jugalah persoalan yang terjawab malam itu. [maaf aku tak tuliskan apa yng kami bincangkan dengan lebih detail. sebab aku tak mahu ending yg sama pada si F terjadi kepada kalian] Malam itu juga, disebabkan aku melihat keseriusan si F bertanya kepada aku, dan keseriusan beliau untuk menyelesaikan masalahnya dengan cara yang lebih baik dan teratur, aku bagi beliau buku Ust Pahrol tersebut yang sedang aku baca.
Kiranya aku harap buku tersebut membantu beliau.

Seminggu selepas peristiwa tersebut, aku menziarahi beliau di rumahnya dan alhamdulillah beliau telah pun memberitahu hasrat hatinya kepada ibubapa tentang si M. Dan aku membelek-belek buku itu di atas mejanya sambil mengenangkan nasib aku yg belum habis baca buku tersebut.

Berlalulah beberapa bulan......

Sehari sebelum si F pulang bercuti ke Malaysia, beliau menghubungi aku. Ayat yang simple tetapi padat.
"P terima kasih. InshaAllah aku akan berkahwin balik nanti..."

OMG lah. Aku punyalah terkejut beruk. Gembira pun ada. Dalam diam-diam, sebenarnya si F sudah menyiapkan semua urusan-urusan yang sepatutnya dan merancang perkahwinan beliau. Tanpa pengetahuan aku. Dan orang lain juga! Haha. Apa-apa pun aku bersyukur, aku dapat membantu seorang kawan aku untuk mengarahkan cintanya ke arah cara yang diredhai agama..

Sekarang si F ni dah bahagia pun. kalau sekali sekala aku terserempak dengan beliau dan isterinya, aku  mesti tersenyum. Selalu juga aku mengusik-usik beliau. Si F pun dah semakin membesar. maklumlah. makan minum dah ada orang jaga. Sakit sengal ada orang tolong picitkan. Tinggallah kita ni sorang-sorang menumpang bahagia orang lain.

Buku tu pun belum habis baca lagi... Atau mungkin tak payah baca dah kot??

---------

Itu satu cerita. Kisah 2 hati yang disatukan dengan ikatan perkahwinan yang sah. Kisah 2 cinta yang diikat bersama. moga mereka bahagia ke anak cucu. Ada lagi satu cerita. 2 sebenarnya. Kisah cinta yang tak kesampaian. Tapi disebabkan tajuk entri ni berkenaan Kahwin, kita tangguh-tangguhkan dululah.

So sekarang macam mana? Dah tahu kenapa aku taknak mengapi-apikan soal cinta dan kahwin ini dengan junior-junior aku yang masih muda remaja tersebut? Aku harapkan mereka ketemu cinta dan bahagia yang dicari bila TIBA WAKTU DAN KETIKANYA YANG MEREKA SUDAH BETUL-BETUL BERSEDIA.


Segala-galanya adalah tanggungjawab. Kahwin lewat/ bukan ketika belajar bukan bermakna kita sudah tiada jodoh.Tapi, biar lewat asalkan pilihan yang dibuat itu TEPAT.

Cinta, hati dan perasaan itu milik Tuhan. Serahkan kepada Tuhan untuk menjaga perasaan-perasaan itu. Kerana Dia ialah pemilik mutlak. Jangan terburu-buru atau tergesa-gesa. Tuhan itu Maha Adil bukan?

Sekian.

Bersambung lagi nanti.

Ps: Si F dan Si M bukan nama sebenar ya.


Travel| Cochin, India 2009

2 minggu lepas aku sempat berchatting dengan ahli keluarga aku. Aku susah sikit nak call Malaysia ni. Selalunya sms shj. Tapi, disebabkan 2 minggu lepas line internet smooth, terus aku login Skype dan call Malaysia.Hasilnya.

Cerita emak dan baba sewaktu bercuti di Cochin, India pada bulan Disember yang lepas. Dapat gambar-gambar juga yang telah dihantar oleh Hasanah. Sekarang dah ada Air Asia tambang murah. Boleh terbang ke mana-mana sahaja yang anda suka ye.


 En Abd and his doter  is playing with the horse. An Indian horse!

 
 Air Terjun Bantang ke?

 
 Owh! Yang ni macam suasana belakang rumah je.  Bukan mcm kat India. Chela dan Ami pun ade.


 
 Ha. Tapi yang ni memang takde kat belakang rumah. Mungkin boleh bela satu lepas ni.
Adek ngan LAwi boleh suap makan nasik petang-petang 
Emak: "Adekk..!! Lawi..!! Gi bagi gajah makan nasik!!"
haha


 
 Pakcik jual limau ke ape?
Mungkin dialog pakcik ni mcm ni:
Aku nak naik auto ni boleh? Aku takde duet. Aku bagi kau limau satu boleh?

*Auto= tut tut

 
 Kedai bakul-bakul dan pembuatnya

 
 Inilah rumah dalam sampan yang depa menginap di dalamnya.
Menelusuri terusan-terusan berlatar belakangkan sawah padi dan kampung-kampung warga India.
Aku tertanya-tanya. Biawak tak masuk dalam sampan ke waktu tidur??

 
 En Abd. A pilot-to-be

 
 Gambar ni sempoi.Haha. Ini gambar macam kat belakang rumah Tok, Pendang. En Abd
Dah macam orang India betul pakai kain pelekat kat mana-mana. haha

 
  Mak Tom, Chela dan Apet sedang menangkap ikan dalam tudung saji!!! haha

 
 Udin, Mat Amin, Adek, Lawi, Mat Jinur, dan Ijol nak pergi sekolah pagi-pagi.
Ini gambar feveret aku ni.

Ada sebahagian gambar lagi tak boleh upload. Sekian dahulu. Cuti-cuti India 2009.
2010 cuti-cuti Egypt inshaAllah.

Monday, January 18, 2010

Semasa| Alawi sudah sihat

Hari ini aku taknak sambung dulu bab kahwin macam dalam entri lepas. Tunggulah bila ada masa-masa senggang dan santai baru aku sambung balik. Lagipun, internet masih macam dulu lagi. hidup segan mati tak mahu. Rasa macam tak berbaloi bayar LE30 sebulan dengan servis yang macam tah apa-apa ni.

Ha. Ni dia start balik. Time aku tengah nak update bloglah internet buat perangai balik.

Ok straight to the point.

Alawi dah keluar hospital. Alahmdulillah. Sudah semakin sihat dan sudah kembali bersekolah. Terima kasih kepada yang mendoakan beliau.

Cukuplah.


ps: Tlg jangan linkkan blog ini pada mana-mana laman ok. TQ.

Friday, January 15, 2010

Perkongsian| Kahwin 1



 

 

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya dengan rasa rendah diri dan dengan sembah takzimnya, ingin menjemput semua sahabat-sahabat saya saudara/saudari ex-TASKI ABIM, ex-SKT, ex-MMAS, ex-DQ, ex-MansU dan sesiapa yg mengenal diri ini ke majlis perkahwinan saya dengan pasangan hidup, saudari ___________ pada 28 September ______.


Moga dengan kehadiran saudara/saudari dapat memeriahkan majlis kami dan doakan kebahagiaan kami berdua.

------Wassalamu-------

Sekarang di sini hampir memasuki musim kahwin. Maksud aku musim sahabat-sahabat aku menamatkan zaman bujang mereka. InshaAllah winter break ini ada 2 orang kawan aku akan menamatkan zaman bujang mereka. Selamat~

Tiba-tiba aku terasa macam nak pos tajuk ini. Bab Kahwin. Aku tahu, semua orang seronok kalau sembang bab ni. Dan antara sebab aku tlis jugak ialah apabila ada di antara kawan-kawan aku yang bakal berkahwin, maka aku dan beberapa org lagi kawan [super senior di sini] akan menjadi mangsa terjahan soalan-soalan bab ini. Antara soalan-soalan yang jenuh nak menjawab:

Bang Syapi bila nak kawen?
Dah tua-tua tak sedar diri lagi ka nak kawen?
Nak kahwin dgn Dr atau ustazah?
Bila nak kenduri?

Dan kebanyakan soalan ini datangnya dari junior-junior aku yang rata-ratanya berada di penghujung belasan atau baru sahaja masuk umur awal 20-an. Masih mentah. Ditambah juga dengan umur aku yang memasuki 23 tahun pada tahun 2010 ini, masing-masing cuba membuatkan aku supaya berasa 'sudah begitu tua dan selayaknya serta WAJIB berkahwin' pada usia ini walhal aku sebenarnya baru terasa seperti pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM yang baru habis pada bulan Disember 2009 yang lepas. Boleh? Mereka cuba membandingkan aku dan memanipulasikan keadaan supaya aku berasa BERSALAH dan TIADA HARAPAN lagi untuk berumah tangga andai tidak menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat ini. Huh!

Ditambah lagi dengan musim kahwin yang akan datang, maka kekerapan soalan ini melebihi kadar yang luar biasa. Tak kiralah waktu aku tengah makan. Balik kuliah. Ziarah. Sembang-sembang kosong. Chatting. Facebook hatta sampai dalam mimpi pun kadang-kadang terbawa-bawa. Kalau boleh rasanya time aku mandi pun depa nak tanya soalan ini.

Mungkin aku nak kongsi sikit pandangan aku tentang bab kahwin ni. Selalunya depa ini akan misunderstood tentang pendirian dan prinsip aku. Bila ditanya bab kahwin, aku seolah-olah dilihat agak anti bab ini dan anti-perempuan juga sebenarnya. Silap sebenarnya. Aku jus nak dioarng fokus pada pelajaran dulu. Sebab andai nak dikupas bab kahwin ini dengan aku, nescaya sorang-sorang akan immediately kahwin lepas kami selesai sembang bab ni. [nanti aku cerita bab ini InshaAllah]. Bak kata orang Kedah. La-la tu jugak nak kahwin. Dah tak menyempat-nyempat bak kata orang Melaka pun.

Memetik kata Baba sewaktu aku pulang bercuti ke Malaysia pada cuti summer 2007. "Kahwin ni 5 bulan je best. Selebihnya ialah tanggungjawab." Dan satu lagi ayat yg aku dengar keluar dari mulut Baba waktu sembang dgn mak: "Manusia ni akan betul-betul matang bila umur dia 40 tahun." 2 ayat ini sentiasa tersemat dalam pemikiran aku andai persoalan-persoalan cinta/kahwin ini muncul. Dan 2 ayat ini jugalah aku kongsikan dengan depa-depa ini. [junior aku]

Aku cuba untuk bercakap berdasarkan pengalaman dan pembacaan aku. Biasanya perasaan ingin berkahwin ini akan muncul dalam beberapa situasi.  

Pertama: Bila ada orang sekeliling kita yg sebaya/lebih muda sudah bertunang ataupun mahu berkahwin dalam waktu terdekat. Maka disitu aku melihat semua orang pun akan terkinja-kinja nak berkahwin. Lagaknya seperti sudah tiada esok buatku. Pernah mengalami situasi ini?



Kedua: Sewaktu musim peperiksaan. Situasi ini rasanya akan dihadapi oleh majoriti mahasiswa. Betul? Tambahan kalau di sini, waktu senggang untuk study leave dan peperiksaan adalah sekitar 1-1.5 bulan. Justeru, pelajar-pelajar yang bosan menghadap buku/ tak tahu nak buat apa lebih mudah terjerumus ke lembah perasaan berkobar-kobar nak kahwin sewaktu exam. Sebab mudahnya ialah terlalu tension+waktu senggang yang diisi dengan chatting dgn jantina berlawanan, melayari laman sosial,  atau banyak tengok filem-filem percintaan yg romantik sewaktu ingin melepaskan tekanan exam tersebut.

Ketiga: Musim sejuk. Aku tak berapa nak reti bagaimana untuk mengaitkan musim sejuk dengan perasaan nak kahwin ni. Mungkinkah berkahwin boleh mengubah cuaca persekitaran menjadi lebih nyaman dan selesa. Atau berkahwin memberi ruang yang lebih selesa kepada pasangan untuk study di dalam bilik atau di bawah selimut di musim-musim sejuk yang menusuk hingga ke sumsum tulang ini? Hurm. Hanya pasangan yang berkahwin sahaja kot dapat menjawab persoalan ini memandangkan aku belum lagi berkahwin.Nak tau tanya depalah kan..

Keempat: Bila ada yg menganggap KAHWIN adalah SATU-SATUNYA penyelesaian kepada semua masalah tanpa memikirkan masalah-masalah yg bakal menimpa selepas mendirikan rumah tangga. Agak-agaknya kalau sebelum kahwin pun dah bermasalah, lepas kahwin nanti macam mana ek?

Kelima: Salah faham konsep. Ada hadis yang mengatakan perkahwinan menyempurnakan sebahagian agama. Justeru, golongan yang tergesa-gesa tanpa mengetahui hakikat sebenar dalam konsep perkahwinan mulalah memainkan isu ini. Kalau tinggal di luar negara, sebuklah buat program carik jodoh@ promosi habis-habisan Beyt Muslim@ telefon Malaysia untuk meyakinkan makayah/ibubapa tentang dirinya yang sudah 'layak' untuk berkahwin konon untuk melengkapkan 'sebahagian' agama tersebut.

Banyak lagi faktor-faktor lain yang tak dapat aku nak senaraikan. Korang boleh tambah sendiri lah. Soalan: Apakah faktor-faktor yg menyumbang ke arah keinginan untu berkahwin dan terbawa-bawa dengan masalah ini sewaktu berkahwin. [25 markah]. Ok. Buat soalan ini atas kertas kajang. Minggu depan hantar kat cikgu ye murid-murid.

Bila kita mengetahui punca, maka mudahlah untuk menyelesaikannya. Bila kita tau aetiology/causes of the disease, maka senanglah kita nak memberikan rawatan yang terbaik. Begitulah sifirnya kan. Jadi, sifir inilah yang aku gunakan untuk menangkis persoalan-persoalan yang menghujam aku dari segenap penjuru tatkala ini. Konon aku macam keballah.Cet.

Ok. Aku tulis takat ini dulu. Banyak lagi.lepas ini inshaAllah kita tengok kriteria-kriteria dalam diri kita dan kisah junior aku yang berkahwin lepas kena kaunseling dengan aku. Suspen tak?Haha.

Sekian dahulu


Untuk rekod:
Aku adalah salah seorang dari 3 org pelajar lelaki Tahun 5 di sini [Super Senior. 1st batch]
Aku banyak berkawan dengan bebudak junior akhir-akhir ini
Aku dah tahun 5. So aku taulah apa perasaan budak-budak ni dan apa yg depa fikir. Haha.
Baca blog Baba tentang terkahwin, yang menyeronokkan,
Gambar di atas ialah gambar walimah Abg Fakhrul (sepupu) di Jitra, Kedah.

p/s: Ayat jemputan kahwin tu sekadar Muqaddimah pos aku je bai. Ko jangan suka-suka buat gosip pulak.




Thursday, January 14, 2010

Semasa| Short Movie Project

Assalamualaikum semua.
Apa khabar?

Sekarang ni aku sedikit sebuk dengan aktiviti selain Medic.Aku tengah planning buat short movie dengan beberapa orang junior aku. Projek dah bermula semalam. Nak buat yang simple2 dulu. Tengah edit video untuk lagu Pergi yang menang juara AJL baru-baru ini. Dorang nak cover dengan gitar sementara lagu tu tengah femes. Jenuh jugaklah nak study program Movie Maker tu.

InshaAllah nanti semasa winter break, satu lagi projek akan dibuat kalau takde aral melintang. Doakan semuanya berjalan lancar.



P/s: Lagu Pergi itu memang best. Slow. Sentimental. Damai. Sesuai dipasang waktu tidur study
Satu lagi lagu yg mendamaikan aku nak rekemen. Hanya Satu by MOCCA.

Wednesday, January 13, 2010

Galeri







Masih ingat?
KLCC Book Fair
Ramadhan 2009


Monday, January 11, 2010

K.O.S.O.N.G

Banyak benda pikir
Tidur yg kurang berkualiti
Fizikal yg tidak fit


Kosong
Kosong
Kosong
Kosong

 Mengumpulkan angka-angka di hadapan
agar kosong itu bernilai


Saturday, January 9, 2010

Doakan Alawi

Aku dapat mesej sewaktu habis kelas tadi. Adik aku, Ahmad Alawi dimasukkan ke Hospital Putra.Haematuria, swollen face and fever. Disyaki ada something sakit berkaitan buah pinggang. Harap kepada yg membaca blog ini, doakan kesihatan beliau.

Aku menunggu keputusan Lab Investigation dari Malaysia. Doakan semuanya baik-baik belaka.

SyafiBari




Berkira-kira akan pulang ke Malaysia andai keadaan memaksa

Sunday, January 3, 2010

..

Permulaan tahun 2010.
Pengarah majlis Wida' sahabat yg akan pulang ke Malaysia. Balik ke rumah, kepala aku sakit. Migrain. Rasa biji mata nak tersembul keluar. Telan panadol actifast 2 ketul. Berguling-guling atas katil kesakitan. Tak sedar bila tertidur.

2010

Sudah 6 tahun sejak aku meninggal bangku persekolahan menengah rendah dan atas.
Sudah 11 tahun sejak aku tinggalkan bangku sekolah rendah.
Sudah 11 tahun sejak aku belajar luar dari Melaka
Sudah 5 tahun bergelumang dalam sekolah perubatan

2010
 Umur yang bertambah
Ajal yang semakin dekat

2010
Aku masih ingat lagi hampir ke semua nama kawan-kawan aku.
Tadika-sek ren-menengah-DQ-INTEC
Moga kalian berjaya dalam bidang yang diceburi.

2010
Esok start sekolah sesi 2010
Selamat belajar buat adek yg akan masuk darjah 3
Selamat belajar buat Alawi yg akan masuk tingkatan 1
Selamat pulang ke India buat Kaklong
Selamat meneruskan praktikal di Kem Terendak buat Sanah
Selamat belajar utk Bunas
Selamat berkerja untuk emak
Selamat menjadi Pengetua yg berdedikasi dan sayangi buat Baba
Semoga tahun ini baik-baik sahaja untuk kita semua.

2010
Hidup yg semakin singkat.

Friday, January 1, 2010

2010

Salam.

Selamat Tahun Baru Masihi 2010


Moga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.


Azam dan harapan tahun baru disini


Umur dah bertambah. Tahun ni dah 2X tahun. huh. Terasa masih muda remaja lagi!


Moga tahun ini baik-baik sahaja untuk kita semua


Moga semua amalan kita diterima


Moga tahun ini lebih berkat , cemerlang, terbilang, gemilang


"Ya Allah jadikan tahun 2010 tahun terbaik buat diri-diri kami. Ampunkan kesalahan salah silap dosa kami pada tahun 2009 yang lalu. Jadikan tahun ini lebih bererti dan bermakna buat diri kami. Kurniakan kami Taufiq Hidayah Mu agar tetap berada di atas jalan Mu yg lurus"