HIMPUN, Angka dan GAGAL.
HIMPUN gagal! HIMPUN gagal! Mana mungkin umat Islam boleh turun beramai-ramai menggegar stadium Shah Alam. Mana mungkin angka 100 000 mampu dikumpul. Apatah lagi 1 000 000 yg digembar-gemburkan. HIMPUN adalah GAGAL! Lucu. Stadium kosong. Tempat duduk masih banyak lopong.
Jangan nak buat lucu kata HIMPUN mencapai objektif. Terang-terang HIMPUN memang satu kegagalan!
Perhimpunan Akidah tak sama dengan perhimpunan menuntut Pilihanraya yang bersih.
HIMPUN tak popular macam BERSIH 2.0
HIMPUN menjalankan agenda kerajaan.
HIMPUN dinaungi oleh UMNO dan kuncu-kuncunya.
Tapi......
Jangan lupa. Islam bergolak. 'Org lain' bergelak.
ps: Komen himpun lepas ini. Malas menaip
------------
Update 2.25am
Takut berlaku salah faham. Saya tidak melihat kegagalan/kejayaan HIMPUN dari angka bilangan yang datang. Kesinambungan angka dan kesedaran utk mempertahankan akidah akan dikongsikan dalam pos yang akan dtg [InshaAllah].
Telah muncul satu lagi persoalan yang saya kira perlu juga diambil berat.
Macam mana nak MEMPERTAHANKAN AKIDAH tu???
Tuesday, October 25, 2011
Sunday, October 23, 2011
...
Masihkah ada harapan utk survival Islam di masa hadapan?
.....
ps: Abg Bad dgn semangatnya yg sentiasa berkobar-kobar dlm pidato/ucapannya mmg membuatkan hati ku cair. Ya Allah, jadikan lidah-lidah kami fasih dlm pertuturan kami.
Tuesday, October 18, 2011
HIMPUN 2
“Telah tiba masanya ummat Islam menghentikan polemik sesama sendiri, konflik yang merugikan masa depan mereka.“Saling curiga mencurigai, fitnah memfitnah, tuduh menuduh, jatuh menjatuh dan khianat mengkhianati diantara satu sama lain adalah punca segala musibah yang menimpa ummah, sedang mereka mempunyai sebab yang sangat kuat untuk teguh bersatu iaitu Aqidah Islamiyyah"- Ust Nasruddin Hassan. Ketua Pemuda PAS
Kata-kata hikmah dan nasihat dari seorang yang jelas matlamat, tetap, teguh dan komited dalam perjuangan. Moga lahir lebih ramai lagi generasi pimpinan seperti ini dalam PAS dan gerakan dakwah yang lain.
Menyentuh isu HIMPUN:
1,Mungkin ramai yang takut dan beranggapan bahawa perhimpunan ini akan menakutkan dan menunjukkan bahawa umat Islam di negara kita adalah sangat 'anti' dan 'memusuhi' agama lain. Sehinggakan nanti akan wujud jurang yang sangat besar antara agama.
2- Kalau kita mengikuti perkembangan di Malaysia, rasanya belum pernah lagi ada satu program/perhimpunan yang boleh menghimpunkan umat Islam di atas satu isu AKIDAH. Isu yang tiada khilaf antara kita. Selama ini isu ini hanya lebat bila dimainkan media massa, lepas seminggu-2 minggu ianya larut ditelan masa. Dan kita terus lupa..
3- Isu perpecahan. Isu yang berdegar-degar dinyanyikan dan menjadi halwa telinga kita sehari-harian. Mari kita muhasabah. Adakah atas isu akidah ini mampukah kita BERSATU?
Apa jawapan untuk persoalan ini?
Tunggu 22 Oktober nanti...
ps: -21 tapi macam 24.
- Kena biasa-biasakan dengan nama-nama tempat di Sabah. Aku syak mmg aku ke sana dah ni
Monday, October 17, 2011
...
Banyak kali aku cuba utk menaip. Tapi terhenti di tengah-tengah jalan. Lalu sekadar menambahkan draft yang telah menjangkau puluhan bilangannya. Maaf. Aku janji pada diri aku utk berkongsi. Tapi aku khianati diri aku sendiri.
Mungkin belum diizinkannya Nya lagi.
...
...
...
Sunday, October 9, 2011
HIMPUN!
Kalau perhimpunan BERSIH 2.0 kita boleh promote sakan, kenapa tidak utk HIMPUN?
1 Ummah sepakat dalam isu Islam!
Himpunan Sejuta Ummat
Stadium Shah Alam
22 Oktober [Sabtu]
2.00-5.30 pm
Hadirkan diri beramai-ramai. Tunjukkan dan zahirkan suara dan sikap kita terhadap gerakan Kristianisasi terhadap umat Islam dan pencemaran terhadap agama Islam yang mulia ini!
Himpunan Sejuta Ummat
Stadium Shah Alam
22 Oktober [Sabtu]
2.00-5.30 pm
Hadirkan diri beramai-ramai. Tunjukkan dan zahirkan suara dan sikap kita terhadap gerakan Kristianisasi terhadap umat Islam dan pencemaran terhadap agama Islam yang mulia ini!
Friday, October 7, 2011
Bajet 2012 dan gula-gula
1- Setel pembentangan bajet 2012 oleh PM. 1st time aku rasa macam teruja nak dengar pembentangan bajet kat dalam tv. Sebelum ni aku cuma teruja nak dengar pengumuman raya sahaja.
2- Menunggu dan ingin membaca komen pihak pembangkang dan pihak ketiga [NGO, ustaz2] selepas pengumuman bajet kerajaan 2012. Agak-agaknya apa respon mereka ek?
3- Dalam sesebuah negara memang tak dinafikan, peranan pembangkang sangat besar dalam memandu dan menjadi pengimbang dalam halatuju pentadbiran negara dan kebajikan rakyat. Hasil pembentangan bajet 2012 ni nampaknya melebihkan dan memenangi hati rakyat. Dan peranan PR kali ini memang cukup besar sehingga terhasilnya bajet sebegini.
4- Negara Berkebajikan. Boleh rujuk BUKU JINGGA DAN BUDGET 2012 PAKATAN RAKYAT. Tujuannya untuk memberikan kebajikan kepada rakyat dan mengurangkan bebanan yang dihadapi. Kalaulah kerajaan sekarang terus membutakan mata, aku rasa bajet 2012 tak jadi mcm yang dibentangkan tadi. Jadi, Syabas kepada kerajaan kerana MENDENGAR dan syabas kepada pembangkang kerana memberi KRTITKAN MEMBINA. Dua-dua dapat untung kan?
5- Selepas mendengar bajet gula-gula, marilah kita melihat pelaksanaannya pula pada tahun hadapan. Harapnya pihak kerajaan KOMITED utk melaksanakan semua yang telah dijanjikan.
6- Seronok kanak-kanak sekolah dapat voucher buku+mansuh yuran pengajian dan duit poket. Jangan diorang malas belajar jugak sudahlah.
7- Mari membaca dan menganalisa. Kesedaran politik bukan bermaksud membaca dan mengepos blog dan sumber bacaan anda di FB semata-mata. Justeru, marilah kita menjadi pembaca, pengkritik dan penganalisa yang 'ilmiah'. Satu hari nanti mungkin kita terlibat dgn politik. Persoalannya: Kesedaran dan kefahaman politik bagaimana yang akan kita corakkan nanti?
Sekian.
ps: Simpan pos yg dijanji dalam draft. Malas nak pos.
Labels:
pendapat,
perkongsian,
semasa
Thursday, October 6, 2011
Bam bam eh? Pangg!
Gambar-gambar cenggini tgh berleluasa kat internet.
Habis romantik lah tu.
Tak jeles pun.
Tak gegar pun
Steady lagi
Bluekk~
ps: next entri dlm draft. Habislah ramai kwn-kwn yang membujang pasni
Monday, October 3, 2011
Fastabiqul Khairat
2/10/2011. Tepat 6 tahun aku berada di bumi Anbiya. Tempoh yang bukan sekejap dan tidak terlalu lama. Tapi, kepada sesiapa yang betul-betul menghayati, melihat serta mengamati tentang hikmah dapat hidup di bumi Anbia ini, maka terlalu banyak pengajaran yang boleh dijadikan panduan dan bekalan utk menghadapi hari muka. 6 tahun bukan sekejap. 6x365 hari. Beribu-ribu hari.
6 tahun. Isu pelajar Malaysia masih berlegar-legar pada topik yang sama. Jemaah. Jemaah. Jemaah. Siapa yang lebih ramai ahli. Siapa yang lebih berkuasa. Siapa tarbiyah lg hebat. Siapa yang lebih 'Islam' dari org lain. Jujur. Aku dada aku sesak dgn isu sebegini. Bukan tidak mahu melayan isu, tapi jika dilayan semakin menjadi-jadi pula perdebatannya. Dan akhirnya kesimpulan mudah yang dapat dibuat, isu yang datang hanya menambahkan berat dalam nafas, ukhuwah bertukar menjadi musuh, kalam-kalam berhikmah akhirnya menjadi kata caci maki tanpa disedar. Banyak hati terluka. Prasangka dan sangsi mula bersarang sedikit demi sedikit di dalam hati menyebabkan masing-masing bersikap prejudis terhadap saudara seakidah.
Bukan kali pertama. Aku pernah mengalami situasi ini di sebuah pusat pengajian selepas SPM. Alangkah ruginya apabila melihat situasi seperti ini. Masing-masing 'bergaduh' dalam membuat perkara kebaikan. walhal yang dituntut oleh agama adalah untuk bekerjasama dalam perkara kebaikan dan taqwa dan sebaliknya dalam perkara kejahatan.
Adakah berbeza fahaman, fikrah, persatuan, jemaah, berbeza bendera politik itu asbab untuk kita tidak bersama dalam membuat kebaikan itu? Mungkinkah kita telah mensucikan organisasi yang kita ikuti dan imani itu sehingga akhirnya kita berasakan kita mulia bersamanya dan melihat saudara dalam organisasi lain itu sebagai musuh yang patut kita perangi selagi jasad bernafas? Adakah jihad dan mujahadah yang kita laungkan ini adalah 'jihad' untuk menjatuhkan mereka yang tidak sehaluan dengan organisasi kita? Atau bagaimana?
Aku cuba berfikir dan melihat dalam dimensi yang pelbagai dalam menjawab persoalan ini.
Kalaulah agama ini cukup sekadar PERCAKAPAN tanpa perlu dibuktikan dengan PERBUATAN, nescaya orang yang beragama lain itu lebih mulia percakapannya berbanding org beragama Islam. Kalaulah agama itu tidak menekankan AKHLAK DAN ADAB, nescaya yang lebih baik akhlaknya ialah mereka yang bukan beragama Islam.
Persoalannya, apa lagi yang tinggal kepada kita yang mengaku MUSLIM jika sekadar hebat berhujah dan berkata tetapi tidak pula menunjukkan akhlak dan adab sebagai seorang Islam?
Kita tidak mulia, bahkan hina tanpa Islam. Jangan kita sudah Islam, tetapi akhirnya kita menghina kesucian agama Islam tanpa kita sedari. Allhua'lam.
ps: Rendahkan hati serendah-rendahnya. Bukan kita sahaja yg layak utk membuat perkara baik. Bahkan kebaikan itu adalah hak milik setiap insan. FASTABIQUL KHAIRAT. Fokus!
357am.
3/10/2011
Jiwa sesak.
Labels:
perkongsian
Location:
Mansoura, Ad - Daqahliyyah, Egypt
Saturday, October 1, 2011
Hujan batu di negara orang..
Bermusafir di UK mengajar dan membuka mata aku untuk melihat pengamalan Islam yang berbeza di kalangan rakyat Malaysia di perantauan. Di UK, komuniti Muslimnya masih lg minoriti di sesetengah tempat. Ruang utk beribadat dan utk melakukan aktiviti keagamaan juga amat terhad dan terbatas. Namum, ia bukan penghalang untuk masyarakatnya yang majoritinya pelajar Melayu kita dari pelbagai latar belakang keluarga, politik dan pemikiran untuk bersama-sama menunjukkan keindahan agama Islam yang mereka anuti kepada penganut agam lain.
Tetapi di Mesir perkara sebaliknya pula yang berlaku dlm komuniti pelajar di sini.
-Adakah kita menunggu agama Islam menjadi minoriti barulah kita boleh sehaluan dan bersatu padu?
-Atau kita terlalu asyik dan seronok berada dalam ZON SELESA?
Tepuk dada, bukalah mata. Berfikirlah dengan minda yg luas. Lihat dengan hati yg tulus ikhlas.
Dimana silap kita?
ps: teringin ke Korea dan Jepun pula selepas ini.
Kenapa ya?
Kenapa ya?
... kita selalu meletakkan diri kita di tempat yang mulia dan memandang rendah kepada orang lain. Kadang-kadang mulut kita menafikan perkara tersebut, tetapi perbuatan kita mengiyakan perkara tersebut
... di tempat yang ramai Muslim dan ada kumpulan-kumpulan yang mengajak kebaikan 'hasutan', 'pergaduhan' 'ketidakpuasan hati' sering berlaku sesama sendiri. Adakah mereka sudah lupa matlamat utk berpersatuan@ berjemaah yang sebenar?
... ramai org yang cakap tak serupa bikin?
... ramai yang bermuka-muka? Kadang-kadang depan kita pijak semut pun tak mati, tapi bila berpaling sahaja muka, terserlah air muka yang sebenar.
... kita lebih suka mengajak org membenci sesama Muslim berbanding menanam benci kepada Yahudi Zionis dan kafir laknatullah yang sentiasa menindas umat Islam setiap hari?
... kesatuan seringkali ditakrifkan sebagai berada di bawah sesuatu organisasi semata-mata walhal takrifnya boleh juga diertikan apabila kita mempunyai hadaf dan matlamat yang sama?
... kita bercakap tentang perkara kebaikan, tetapi perbuatan kita sangat bertentangan apa yang kita serukan?
... asobiyah [dlm kumpulan] seringkali terlihat sebagai 'ukhuwwah' dan sebaliknya juga?
... kita lebih suka bermain isu berbanding fokus pada matlamat dan agenda yang lebih besar?
... org Melayu suka menanam dengki, hasut-menghasut, iri hati, dendam dalam diri mereka walaupun pada zahirnya beragama Islam?
... kita mudah menegur org berbuat salah sedangkan diri kita susah pula menerima kritikan org?
... kita sering terlupa yang kita belum menyumbang apa-apa pun utk agama ini melainkan hanya sibuk dgn hal duniawi kita sahaja?
Adakah hati kita sudah terlalu gelap lalu tertutup daripada menerima kebaikan tanpa kita sedari?
“Sesiapa yang Allah kehendaki akan diberikan kepadanya pentunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit seolah-olah dia sedang naik ke langit, Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang yang tidak beriman.” (al-An’aam: 125)
Atau sebenarnya ayat ini memerli kita?
“Dan mereka berkata: “Hati kami sudah tertutup daripada apa yang engkau seru kami kepadanya dan telinga kami sudah tersumbat dan di antara kami dan engkau ada dinding, kerana itu lakukanlah (sesuai dangan kehendakmu), sesungguhnya kami akan melakukan (sesuai dengan kehendak kami).” (Fussilat: 5)
Ya Rabb. Pandulah kami di atas jalan mu yang lurus. Jalan yang Kau redhai. Amin.
ps: Sesak dgn situasi sekeliling.
Subscribe to:
Posts (Atom)
