Saturday, October 24, 2009

Semasa| Pindah rumah

Salam 1Malaysia

Update semasa:

Satu: Aku sudah berpindah ke rumah baru pada 22/10/09 yg lepas. Area sini agak jauh dgn hospital. Kalau jalan kaki lebih kurang 20minit.
Dua: Nak ucap terima kasih pada kawan-kawan aku [mostly junior 2nd year] yg tolong kami angkat/susun/letak/punggah/kemas barang
Tiga: Hari ini akan bermula Round Chest? Sodriyah. Round keempat dalam minggu keempat aku di Mesir.
Empat: Masih berusaha menyesuaikan diri dengan persekitaran baru ini
Lima: Terima kasih kpd yg dtg jenguk blog ini walaupun aku tak selalu update.
Enam: Nak tidur ni


Sekian.

Saturday, October 17, 2009

Nostalgia| Sekolahku 1

Babak sejarah| Sekolahku

Loceng berbunyi pukul 735 pagi. Hari Isnin. Kanak-kanak mula beratur di dataran sekolah. Ada yg muka mengantuk. Ada yang selekeh. Ada yg rambut belah tepi. Ada yg pakai seluar sampai dada. Ada yg kasut putih. Ada yang stokin warna lain-lain. Tak matching. Ada yg kasut  tak basuh berminggu-minggu. Ada juga yg pakai kasut basah sebab tak sempat nak jemur. Juga disebabkan skrg musim hujan. Nak letak belakang/ bawah peti ais tak boleh sebab malam tadi tiada elektrik.

Pengawas-pengawas sebuk menyusun kerusi sebelum ketibaan cikgu-cikgu. 14-15 kerusi sahaja. Sekolah kecil. Guru pun sedikit. 2 org pelajar, biasanya Hanib dan Firdaus busy mengawal dan mencuba sound system. Sukarelawan tanpa gaji. 2 org pengawas jaga bendera. Satu bendera Malaysia. Satu bendera Melaka. Sorang lagi pengawas terpacak depan microfon. Menjadi MC majlis dan membaca doa. Lain-lain pengawas ambil tempat di belakang barisan setiap kelas yg telah diatur.

"A very good morning to all teachers and friends.."
bla..bla..
"Now lets sing Negaraku"
bla..bla..
"Now lets sing lagu Melaka? [eh apa nama die ek?Melakaku?Melaka tanah air ku?]
bla..bla..
 Lagu terakhir lagu sekolah.

Waktu ni semua kanak-kanak lagi. Belum mencapai akil baligh. Suara masing-masing mau tarik susunan oktaf tertinggi shj. Angka 3 dan ke atas. Mana ada lagi suara-suara base. Mungkin ada. Tapi guru-guru lelaki sahajalah yg segan-segan nak menyanyi.

Waktu menyanyi, pengawas setiap bendera mestilah menyanyi sambil menarik tali pengikat bendera perlahan-lahan mengikut alunan muzik dan syncronize dgn lirik perkataan. Tak boleh tarik laju, tak boleh tarik slow sgt. Kalau tarik laju, nanti lagu tak habis lagi, bendera dah sampai puncak. Kalau slow sangat pulak, nanti lagu dah habis, bendera tak sampai-sampai lagi ke puncak. Tapi biasanya, kalau bendera dah sampai dulu kat puncak, tariklah balik supaya bendera tu turun ke bawah. Yang ni kena pandai coverlah. Dua-dua kejadian ini bakal mengundang gelak pelajar-pelajar sekolah. Dan...guru-guru juga. Oh! Guru Besar juga.

Seterusnya, pengawas yg menjadi MC mesti membaca doa. Yg aku ingatlah:

"Ya Allah jadikan permulaan hari ini segala kebaikan bagi kami, dan jadikanlah pertengahan hari ini segala pencapaian bagi kami"

Panjang lagi doanya. Takkan nak tulis semua kan?

Sesi seterusnya ialah ucapan guru bertugas utk minggu tersebut dan Guru Besar. Lepas itu, setiap kelas kena buat persembahan [kalau adalah] di atas pentas.

Ok. Tammat.

Babak ini adalah tergantung dan akan bersambung nanti.

------------

 Di sini tempat ku bermula

Nota: Tadi bermula hari pertama dalam round ketiga untuk minggu ketiga. Round Rheumatology. 

Photo | Teratai

Kalau dulu masa zaman kecik-kecik, kat TV kadang-kadang ada cerita puteri raja dan si katak yg kononnya sumpahan putera raja. Dan ending dia mesti si katak tadi jadik putera raja yg rupawan. Aku bukan nak cerita pasal puteri raja dan si katak, tapi bila tangkap gambar "Water Lily" [ke "Lily Water" ek?] atau org Melayu panggil bunga Teratai kat bawah ni, secara otomatiknya terus teringat cerita tersebut.Maklumlah, daun bunga Teratai yg lebar dan terapung di atas air tersebut adalah menjadi tempat melepak sang katak.. dan mungkin juga putri bunian..kot.

Tertarik dgn entri Farihin ini.
Telah berjumpa dengan segelintir org yg sebegitu di persekitaran aku.Harap kita dijauhkan dari org yg berkelakuan begitu atau kita sendiri berkelakuan sebegitu.

-------

Aku tak pernah tahu yg bunga teratai adalah secantik ini.
Cuma kali ini aku tak dapat carik bunga teratai yg ada putera katak melepak atas daunnya.
Lokasi: Taman Tasik Darulaman, Jitra
25/9/2009


Friday, October 16, 2009

Paksu& Anak Buah

Seorang paksu menunjukkan ketererannya bermain game dihadapan anak-anak buahnya yg berumur 6 tahun dan ke bawah.


Thursday, October 15, 2009

M.A.L.A.S


Malas Melayu. Penyakit yang tak sakit. Susah diagnose. Susah diubati.Tiada pakar lagi yg mampu mengubati sakit ini.
Malas sungguh nak ke kelas tuisyen. Malas. Malas. Malas.


Peribahasa tentang malas:


"Rajin Pangkal Pandai, Malas Pangkal Bodoh"
 "Boros Pangkal Miskin, Malas Pangkal Bodoh"

Boleh ke malas tapi pandai?
Tak mungkin..
Sikap dan attitude kena ubah.


Malas jadi rajin.
Bodoh jadi pandai.


Mungkinkah aku org pertama yg berjaya merawat sakit ini? 

"Klinik Pakar Malas"


Hurm.. Boleh ke gitu?

------
Selepas satu tahun guna Cik Sony. 15000 keping gambar sudah. 
Kau rakam suka duka diri org lain, tapi kau tak pernah rakam  diri kau sendiri.
Aku pun rakam dia guna Canon.








Hari 5:Round Psychiatry

Babak Satu


Latar tempat: Bilik segi empat. Gelap. Hanya putaran bilah-bilah kipas yg kedengaran

Sudah tiada lagi pasar-pasar malam
Sudah tiada lagi suara 2 budak mengaji
Sudah tiada lagi suara pembaca berita-berita semasa jam 8 malam
Sudah hilang bunyi sang cengkerik
Sudah tiada bantal peluk kusam 


Malam awal
Siang singkat
Terperap dalam bilik 
Internet, nota, slides, cermin mata
Hidup kosong di bumi ini
Menghadap benda empat segi yg menjangkau serata dunia andai dilengkapi dengan internet
Menerawang di alam maya
Penat, berpijak kembali di bumi nyata


Langkahan berserta melodi sang himar
Ditendang tuannya akibat bunyinya yg maha hodoh itu
Sepi..

Irama hon-hon kereta pula bertandang
Dentum sana sini
Gesel sana sini
Cilok sana sini
Brek sana sini
Calar-balar


Terkadang aku juga takut
Dirempuh, dilanggar
Menapak sambil usha-usha belakang
Takut disauk pemandu gila babi

------



Al-Fatihah buat allahyarham Fatimatussolehah. berita lanjut di sini



------

Babak dua


Hari ini ialah hari kelima dalam minggu kedua untuk round kedua. Harini ini belajar ttg Anxiety Disorder. Banyak lagi sebenarnya. Phobia juga ada. Cuma round hari ini memerlukan penumpuan yg lebih tatkala Dr memang amat kurang fasih berbahasa Inggeris+suara kurang jelas. Kelas adalah 4 lelaki. 3 Melayu, satu Saudi. Yang lain perempuanlah. Aku tak faham sangatlah kuliah ni sebab tiada slide dipaparkan. Dr bercakap semata-mata dan cuba untuk berkomunikasi dgn student yg jelas memang tak faham dgn soalan yg ditanyakan oleh beliau. Blur. Blur dan terus blur. Aku cuba utk tumpukan juga. Kadang-kadang hilang panduan juga. Row kami memang tak duduk senanglah. Ke tepi. ketengah. Mengiring. Putar pen. Goyang lutut. Gelak sesama sendiri bila tak faham Dr tanya atau gelak bila tgk org lain yg entah faham entah tidak gelak bila Dr buat lawak. Macam aku kata tadi. Blur. Tapi apapun banyak pulak ayat-ayat best yg dapat dalam kelas kali ini. 


Aku pun tak terfikir yg ayat-ayat sebegini boleh keluar tatkala kebluran melanda diri aku. Dan aku catatkan ayat-ayat itu dalam nota aku supaya aku ingat sedikit sebanyak babak ini dalam hidup aku.

Dr tanya pada seorg hamba Allah ni.



"You stay here from the 1st year? You has became Egyptionised."

[seriusly aku nak tau, ape maksud sebenar Egyptionised tu? Adakah ia bermaksud: Kamu telah menjadi keMesiran? Oh! Bahaya itu]



Tetibe dalam satu babak ni ketika aku tgh hilang punca Dr cakap:


"She cant accept her husband. She cant swallow him. So, she vomit him"


Terus aku tergelak walaupun tak ketahuan punca. Ada je lawak dr ni.


Satu lagi babak melibatkan seorang brader ni. Menjual risalah-risalah/kutaib. Dgn slumbernye membuka pintu kelas kami untuk menjual barangnya. Dr Samer [master student] terus bergegas menyuruh beliau keluar. Brother yg bermuka innocent tu pun mengeluarkan ayat bernada melucukan:


"Eih? mamno3, mamno3..."


Bila beliau beredar, pecah gelak. Serius nada itu sgt melucukan.


-------


Babak Tiga


Dalam kelas Radiology tadi.



Ok you. What is the mechanism of Cyanotic Heart Dse?


You? [Aku lah tu beb]Sambil buat-buat tgk belakang.



Erm..hurm..err..err.. i dont know


Oh! Are you Malaysian?


Yes! [sambil senyum dan berbangga mengharapkan Dr tak tanya lagi]



Welcome. Ok. Enta el liganbuh. 


Embolism.


Excellent!!


------


[pengakuan benar]


"P, masa Dr tanya ko tadi, aku nye kepala dah mula gerak-gerak berselindung sebalik kepala ko.. Naseb baik Dr tak tanya aku"


Biasalah. Jawapan skema. .    Ana musy arif-Ana musy fahim-I dont know


Kalau Dr tanya, kepala masing-masing kalau boleh nak sorokkan dalam baju. Tengkuk pn terus jadik pendek.


Siapa? Kamilah tu


------

Galeri


Si kecil ini ialah anak saudara aku. Alamak! Lupalah nama dia.
Location: Kuala Ketil, Kedah.
Event: Abg Fakrul's and Kak Syuna's Wedding
She is really tired of waiting for the 'raja sehari' yg tak kunjung tiba. Sian..



ps: Kat babak tiga tu ada line biru gelap yg aku tak reti nak hilangkan.hehe






Wednesday, October 14, 2009

Edited Photos | Gallery


Lama tak main .photo editing ni. Kalau dulu rajin usha-usha tutorial Photoshop kat YouTube. Sejak cuti lepas, aktiviti tersebut dah berkurangan sebab takleh install Adobe Photoshop dlm laptop. Pasni inshaAllah nak kena aktif balik edit-edit ni. Dah master APS, baru best sikit nak edit gambar.


------





Monday, October 12, 2009

Hari 3: Round Psychiatry

Salam sejahtera semua.


Beberapa menjak ni, idea aku untuk menulis memang dah kering kontang. Nak buat ayat-ayat BM pon macam dah tak reti sgt. Tak tahulah sebab apa. Balik aje ke Mesir Umm Dunia ni, terus blur-blur ayam. Tambahan lagi, kan aku kena pindah rumah. Nak dijadikan cerita, skrg ni rumah susah nak carik dah sebab semuanya dah penuh diisi dek student2 Arab yg dah mulakan pengajian seawal bulan 10 haritu. Maka sedikit tekanan dirasai di kala ini.


-----


Peristiwa hari ini.


Hari ini ialah kelas ketiga dalam round kedua untuk minggu kedua ini. Belajar tentang Organic Brain Disorder. Nak cerita banyak pun malas. Habis kelas, dpt tgk ptn. Seorang perempuan berumur 62 tahun. Komplen ttg mood changes, depress, hypersomnia,lack of concentration, streotype (ulang-ulang perkataan banyak kali), loss of appetite, agitated dan ada bizzarre behaviour. Aku berusahalah nak fahamkan Bahasa Arab dia+ makcik tu cakap slow dan tak jelas. Namun, ku keciwa. Nampak gayanya BA ni nak kena banyak diimprovekan lagi nih.Bila Dr terangkan situasi si pesakit, barulah aku faham..


-----


Pindah rumah ni memang memenatkan. Satu: Bungkus barang-barang yg akan dipindahkan. Dua: bila dah pindah, barang-barang yg dah dibungkus tu kena bukak balik dan susun elok-elok kat tempat yg sesuai. Tiga: Aku bukannya baru 2 hari duduk kat Mesir ni, Dah hampir 5 tahun kot. So, bayangkanlah barang yg nak dipindahkan tu banyak mana?


Doakan urusan cari rumah+pindah selesai dalam masa terdekat. Minggu depan dah nak exam kot.


Adalah sekian dahulu.

-----

Sesi makan-makan malam tadi. [padahal sesi aku buka puasa jam 930mlm]
 







Sunday, October 11, 2009

Dr = No MERCY


Mula drama sebabak.


Semalam bermulalah round Psychiatry. Round kedua dalam minggu kedua. Tadi adalah hari kedua dalam round kedua tersebut. Dapatlah melihat 2 org ptn [depression] dan seorang lagi umur 14thn yg mengalami masalah maniac. Kesian. Paling kesian yg ptn umur 14thn tu. Muda lagi. Perempuan. Tadi siap ada drama ibu-anak.Kesian betul. Menangis-nangis lah budak tersebut bila ibu dia menceritakan history dia kepada Dr. Aku memang kesianlah tgk ptn tersebut. Semua org pon macam khusyuk mendengar history dan cerita berkaitan yg ditanyakan Dr kepada emak tersebut. Dalam masa yg sama, si budak tersebut marah-marah kat emak beliau sampai kata emaknya-bukan-emaknya. Sedih siot. Ringkas cerita, Mesir ni memang ramilah org yg mengalami masalah tekanan emosi dan jiwa ni sebab persekitaran, genetik dll lagi. Mereka tak mintak pon untuk dapat penyakit-penyakit tersebut, tapi nak buat macam mana kan? Perancangan Tuhan itu melebihi segalanya. Dan harini aku teringat kata-kata seorang kawan aku ni. 


"Kadang-kadang Dr memang perlu TIADA PERASAAN BELAS KASIHAN KPD PESAKIT"


Pernyataan ini mungkin hanya difahami oleh mereka yg bergelumang dalam dunia Medic ini shj.


Habis drama


-------


Jumaat lepas aku ditaklifkan? dipertanggungjawabkan untuk bagi taklimat kpd student Thn 1 Conventional ttg sistem pengajian kami. Alhamdulillah. setel semua presentation dan edaran. Ramai jugaklah yg datang dan majoritinya  adalah conv. student. Nak cerita banyak pon susah jugak sebab depa ni belum start lagi kelas. So aku just terangkan secara basic-basic shj. Kang bg details sgt pulak buat pening kepala depa nnt. Harap depa paham lah apa yg disampaikan. Dan harap depa diberi kekuatan untuk mengharungi dunia medic yg penuh pancaroba ini. Jangan nanti ada pulak yg menambahkan drama macam kisah di atas sudah. Dan dalam slide aku yg terakhir, sempat aku bubuh pernyataan ini yg tiba-tiba terlintas selepas aku solat Jumaat, sebelum bg taklimat:



“Sikap anda ketika menjadi pelajar perubatan akan menentukan sikap dan sifat anda ketika menjadi doktor kelak”

Peringatan untuk diri aku jugak benonye..




Tuesday, October 6, 2009

KLIA-Bahrain-Mesir 2009

Adalah telah selamat tiba di Mesir pada pagi hari Ahad, 4 hb yg lalu.
Adalah kelas telah bermula pagi itu, namun tidak menghadirkan diri kerana letih
Adalah tadi telah pergi ke kelas yg dihadiri seramai 7 org sahaja
Adalah sangat lambat nak catch up bahasa Arab kembali setelah bercuti selama 2 bulan
Adalah telah bersembang dengan kawan-kawan Palestin di pagi-pagi hari lagi
Adalah sangat gembira bertemu kawan-kawan kembali
Adalah jadual utk sesi pengajian ini selama 6 hari dan sehari cuti (Jumaat)
Adalah kelas akan habis bulan Oktober tahun depan
Adalah cuba mengadaptasi kembali diri terhadap suasana di Mesir
Adalah rumah sangat bersepah

Terpaksa berpindah rumah, adalah sangat malas
Terpaksa ke kuliah seorang diri, adalah kawan-kawan lelaki belum balik
Terpaksa meminjam lab coat Ajut, adalah lab coat sudah hilang
Terpaksa mengulangkaji pelajaran, adalah dikatakan exam ialah setiap minggu
Terpaksa berpusing-pusing mencari dewan kuliah, adalah masih tak ketahuan lagi bangunan-bangunan di hospital

Entahlah..setiap perkara ADALAH TERPAKSA lagi...


-----------

Gambar-gambar di KLIA, Bahrain International Airport, Manama (Bahrain), Bangunan di Manama, hotel dan panorama lain. Maalesh tak sempat nak buat kerja sekolah sebelum bertolak ke Bahrain. So takleh nak menamakan bangunan-bangunan yg telah ditangkap gambarnya itu.



Saturday, October 3, 2009

Hari Bertakung

Latar suasana: 

Mendung.Matahari di balik awanan. Segan-segan melimpahi cahayanya. Tidak terzahir secara langsung. Tapi ditapis-tapis lapisan wap air halus yg membentuk awanan indah itu.

Memandang langit Ilahi. Awan itu ditatap utk kali terakhir. Esok bakal melihat langit biru. Terbang tinggi membelah awan-awan itu. Dan tiba di destinasi yg langsung tiada awan-awan  yg ku lihat ini. Biru. Sunyi sepi seketika. Sendirian. Mendung hati ini.

--------

Izinkan aku utk guna pkataan 'gua' utk membalut rasa hati yg sudah tidak tenteram ini. Gusar. Gelisah. Tak sedap hati. Susah bernafas. Tak lalu makan. Sedih. Pilu. Macam-macam lagi. Pendek kata gua tak mahu buat apa-apa skrg ini. Gua tak mahu cuti ini berakhir. Gua mahu  cuti lama-lama lagi. Gua tak puas! Alang-alang cuti gua nak dalam 2-3 tahun. Baru puas.

-------

Harini adalah hari Jumaat. Maka adalah sembahyang Jumaat kan. Hari ni mendengar khutbah terakhir Jumaat di Malaysia. Baba yg baca. Tapi malangnya aku tak dengar sangatlah. Sampai masjid agak lambat + fikiran aku merewang ke serata alam. Tidak tumpu dan fokus. Memerhati. Diam diri. Melempar pandangan ke jalanraya dari penjuru sebelah kanan masjid tempat aku duduk. Manusia-manusia yg berjalan masuk ke dlm pintu utama masjid.Kain pelekat. Baju melayu. Songkok. Kopiah.Selipar Jepon. Pelbagai fesyen dan gaya. Ada yg berlari-lari anak. Berjalan lenggang kangkung walaupun khutbah kedua hampir habis dibaca. Mungkin tak sedar yg waktu Zuhur yg masuk seawal jam 1.02 ptg. Tak ramai yg tahu dan peduli waktu-waktu solat begini kan?

Usai solat jam 130 ptg, jemaah serbu pintu luar. Lepas doa, bersalaman dengan jemaah di sebelah kanan dan belakang. Tiada yg berada di kiri mahupun depan kerana aku solat betul-betul di penjuru masjid. Iktikaf. Lihat keluar. Bebudak IKM dan beberapa pemuda berlari-lari kononnya nak kejar solat Jumaat bersama imam. Walhal solat dah pun habis. Bila terpandang ke laman masjid yg dipenuhi jemaah yg baru keluar, masing-masing yg beberapa langkah lagi mahu masuk ke pintu utama terkejut. Berhenti. Toleh kiri kanan. Tanya-tanya kawan sebelah.Solat dah habis ke? Patah balik. Solat Zuhur jelah kau hari ini. Zuhur awal. Tapi kau dtg lambat.Jgn salahkan waktu. Sebab kau memang selalu lambat. Macam aku kata. Tak ramai yg tahu dan peduli waktu-waktu solat begini kan?

Lepas solat, aku tunggu sekejap. Jumpa pakcik-pakcik dan kawan-kawan.Mintak maaf. Pohon doa utk aku yg akan balik esok.


----------

Ptg keluar. Jumpa nenek. Jumpa atok. Gua sebak beb. Even nenek gua masakkan mee kuah pun gua still sedih lagi. Gua makan ala kadar sbb nak jaga hati nenek. Pastu atok gua balik. Gua borak lagi utk kali terakhir. Gua lagi sedih. Dulu atok gua ada pesan:

"Belajar ni memang lah susah. Kena jauh dari keluarga. Nanti inshaAllah Tuhan permudahkan. Kerja besau"

Dia tambah lagi.

"Kalau atok panjang umur, nanti kita boleh jumpa lagi next year."

Nada sebak.Gua pandang tepat ke mukanya. Redup matanya. Bergenang.

Gua punya air mata dah bertakung. Nasib baik empangan besar. Kalau tak komfem dah berderai situ jugak.

Lepas Maghrib gua jumpa nenek and atok angkat gua. Depa bela gua dari besar jari kelingking sampailah skrg ni. Makan-makan. Sembang-sembang sikit. Gua meluahkan perasaan di hati ini. Sebelum balik mintak nenek doakan gua berjaya dunia akhirat. Sekali lagi drama berulang. Gua bertakung habis. Tak pecah-pecah gak.

Lepas tu ke rumah pakcik n acik. Makan the last kueh jemput-jemput made by Acik. Sembang-sembang lagi. Kali ni tak bertakung sgt. Sebab dia sempat buat lawak sebelum gua blah.

Hari ni Hari Bertakung utk gua. Tadi tgk video gempa bumi kat Padang pun gua bertakung lagi.

Ni tgk muka adek-adek gua yg bakal ditinggalkan, gua bertakung lagi.

Gua tengok highlights Tenis Terbuka Malaysia pun gua bertakung jugak. Apa masalah gua ni?

--------

Ok. Lu org tau apa perasaan gua skrg? Esok gua rasa mau bertakung lagi ni. Silap-silap mau pecah gak kat KLIA nanti. Lagi-lagi skrg ni gua tgh dlm mode Muhasabah Cuti. Tgh mengulang kembali peristiwa sepanjang cuti 2 bulan lepas. Ada banyak kekurangan. Sedih kot. Ok. Kalau lu org tak penah tgk lelaki menanges, esok silalah ke KLIA. Kalau rezeki lu murah, dapatlah tgk. Kalau tidak lu cuba tahun depan. Gua penah tgk laki menanges. So, tak heran sgtlah kan.Ada org kata air mata laki tu emas. Tu sebab susah nak mengalir keluar. Gua pulak kata, laki yg tak menanges tu adalah laki hatinya keras. Gua tataulah siapa yg betul.

--------

Aku nak mintak maaf banyak-banyak kpd pembaca blog ni kalau ada salah dan silap. Tertulis bahasa yg kurang sopan. Tak terbalas komen ke ape ke. Doakan perjalanan aku selamat. Doakan aku berjaya di Mesir nanti. Dan tak dilupakan, doakan jugak kawan-kawan aku yg lain berjaya. Entah dorg ingat lagi ke tidak kat aku ni agaknya. Doakan baki lagi 2 tahun setengah ni segala-galanya berjalan lancar. Diberi kemudahan oleh Tuhan dlm semua urusan kami. Semakin kuat ikatan hati-hati kami. Dan semakin dimatangkan dan dimudahkan dalam melalui kehidupan-kehidupan di Mesir sanun. Aku tak pernah menyesal tercampak ke Mesir. Terima kasih Tuhan. Moga kami grad dari Universiti Dunia ini dengan mendapat ijazah SYURGA Allah kelak.

-------

Ni antara gambar-gambar yg sempat aku tangkap hari ini. Kebanyakannya diambil dari akhbar UTUSAN MALAYSIA. Ada keratan tajuk akhbar yg menarik. Budak-budak baru balik sambut hari Raya di sekolah. Si pengumpul tempurung kelapa. Budak-budak main 'ikan kepala bapok' [kalau ingatlah ikan dalam entri aku memancing dulu] kesalahan ejaan, ayam bakar, jemputan Hari Keluarga di kampung aku [anjuran sapa beb?] dan koleksi buku yg aku baru beli utk dibaca di Mesir nnt.

 

 

Nota: TQ kpd yg suggest aku guna flickr. Aku akui flickr sgt best dan gambar sharp. Tapi aku perlu agihkan masa itu utk agenda lain. Nanti-nantilah ye :)



Thursday, October 1, 2009

Gempa Bumi 2

Pertama marilah kita bersyukur kepada Tuhan. Sebab negara kita setakat ni masih lagi terlepas dari sebarang bencana alam. Tidak seperti gempa bumi yang baru dihadapi oleh rakyat Indonesia di Sumatera sana. Dari pagi tadi aku mengikuti perkembangan semasa tentang gempa bumi ini. Setakat ni dah 500 lebih meninggal dunia. Beribu lagi hilang. Innalillah. Doakan kesejahteraan sisters and brothers seakidah kita di sana yg telah menemui Tuhan dlm gempa terbabit.

Setakat yg aku dah jalan-jalan kat negara orang, aku tak jumpa lagi negara yg seaman, semakmur, sebahagia, sesentosa, sedamai negara kita. Tambahan lagi sekarang ni aku tercampak dengan perancangan Tuhan ke bumi Mesir. Bayangkanlah kau duduk dalam sebuah negara yang ala-ala Malaysia zaman 60an-70an. Ha. Dapat bayangkan? Seksanya Allah je yg tahu. Mundur, miskin, pemikiran tertutup, jenayah, pencuri, perkhidmatan ala kadar, tidak bersistem dan bermacam lagi. Syukur dan beruntung kerana kita yg tinggal di Malaysia tak menghadapi situasi sedemikian.

Aku cuba untuk positif dalam setiap perkara yg aku lalui di sana (Mesir). Tapi adakalanya emosi aku tak dapat dikawal. Tekanan dan macam-macam lagi. Tapi aku syukur banyak-banyak sebenarnya. Dalam susah ada senang bukan? Dalam setiap keperitan sudah tentu diselitkan kenikmatan yg tersembunyi. Cuma menunggu masa dan ketika yg sesuai untuk menikmatinya bukan? Bukankah Tuhan sudah berjanji:

Inna maal usri yusra
Sesungguhnya bersama-sama kesusahan itu ada kegembiraan. [Al-Insyirah]

Ada susah ada senang. Ada pahit utk tahu nikmatnya manis. Ada masin utk tahu rasa tawar. Begitulah juga kelat, payau, masam dan lain-lain rasa yg tidak enak. Kan? Ke aku silap? Dan tak dilupa juga, adanya penghujung cuti untuk memberi kita betapa nikmatnya rasa ketika cuti masih lagi di permulaan. Boleh ke mcm ni?

----------

Terima kasih Tuhan kerana mencampakkan aku ke Mesir. Aku semakin faham dan menghargai setiap kurniaan Mu walaupun yg datang itu pahit.

----------

Oklah. Tadi aku pergi menembak di Anjung Batu. Dengan Rauf. Tgklah gambar-gambar kat bawah ni wahai saudara saudari sekelian. Ada gambar masjid. Gambar aku naik motor sambilRauf dlm kereta tangkap gmbr. ada gambar jeti Anjung Batu. Matahari terbenam dan lain-lain. Sekian dahulu.



Gempa Bumi

Salam utk semua. Today i would like to update this blog in English. Sorry. If you dont understand, please take your dictionary with you. Actually, today i have spent thousands of ringgit buying properties for my so called balik- kampung-di-mesir-terchenta this Saturday. Shirts, jeans, shoes, jerseys, socks, slr, lenses, flash etc. Ok. Jangan nak ngengada update dlm BI. Aku rasa cam BI aku dah lebur ni. Entah betul entah tidak grammar kat atas tu jangan tanya akulah..

Tadi saya pergi ke Bandar Melaka. Hari ni kecoh pasal gempa bumi eh? Asal aku tak rasa apa-apa pun? Sabitlah masa kat Mahkota Parade tadi semua org macam cakap dan tertanya-tanya antara satu sama lain:

Eh! Tadi ade gempa bumi eh? Aku tak rasa apa-apa pun

Aku yang tak ketahuan mana kepala mana ekor nak jugak menyampuk, tapi malas. Kononnya aku anggap yang dorg tu tengah mengalami halusinasi tahap terlampaulah. So, otak aku ligatlah mengimbau kembali subjek Geografi menengah rendah dulu. Adalah aku teringat bahawa Malaysia bebas dari sebarang gempa bumi dan terletak di luar lingkaran Api Pasifik. betul? Maka kalau diikutkan logika akal, sudah tentu tak berlaku gempa seperti yg diuar-uarkan oleh pekerja kat MP tadi.

Ketika pulang bershopping, telah terdengar di corong telinga aku siaran ERA. Kecoh bab gempa bumi. Maka betullah berlakunya gempa bumi hari ini. Tapi taklah terus sgt kan? Ada kwn aku dok tingkat 13 siap terjun bangunan lagi konon terperanjat gempa bumi.Entah tuala apalah yg dia pakai buat serkup kepala tu kan? Kisah beliau di sini [klik]

--------

Aku rasa mybe terkena serpihan gempa sebab bala Tuhan. Yelah. Maksiat pun dah berleluasa kan sekarang? Nak nak lagi kat Melaka ni. Hurm. Doalah banyak-banyak. Kiamat dah dekat ni. 

--------

Oklah. Hari ni aku angkut seketul lense TAMRON 17-50mm/f2.8 berharga 1k lebih. Maka lepas ini kena ikat perut dan berpuasa sunat banyak-banyak.Sambil-sambil tu boleh menyahut cabaran Farihin utk menguruskan badan yg semakin debab. Tadi, antar laptop ke kedai utk format. Pos sijil mendaki G Ledang ke Kedah dan keluarkan duit di TH. Maka boleh duduk senyap-senyap kat rumah lepas ini menghitung hari-hari yg bakal berlalu pergi.

--------

Sikit gambar utk tatapan saudara saudari sekelian.





Nota: Bulat kecil, bulat besar. Esok nak g sekolah rendah tangkap gambau