Manusia.
Usaha dan ikhtiar. Membuat yang terbaik untuk mengecapi apa yang dia mahukan dalam hidupnya.
Andai tak dapat, frust.
Burung.
Keluar pagi dari sarang untuk mencari rezeki. Terbang dari satu tempat ke satu tempat.
Tetap ia berusaha walaupun rezekinya hanya seekor ulat beluncas yang kecil.
Tuhan manusia dan burung itu.
Memberikan Rahmat yang tidak terhingga kepada makhluk ciptaanNya.
Kalaulah bukan dengan Rahmat Allah
Nescaya burung-burung kecil tidak dapat rezekinya berbanding burung besar.
Nescaya ulat di dalam batu tidak akan dapat hidup
Nescaya manusia itu tidak dapat apa yang dihajatinya
Sudah tentu apa-apa yang diusahakan, dihajati,
dibuat oleh makhluk, hanya sia-sia belaka
Dan, kita hidup, tanpa kita sedari
kurniaan nikmat yang kita kecapi setiap hari
adalah kerana Rahmat Allah
hatta sehingga masuk ke dalam syurga sekalipun.
itupun kerana Rahmat Allah.
Semalam
Menguji aku dimanakah letaknya Tuhan aku dalam hati ini
Kadangkala, kita berbangga mengaku sebagai Muslim
Tapi hakikatnya kita adalah 'Atheis' berjenama Muslim
Yang tidak mempercayai dan meletakkan Tuhan
di tempat sepatutnya, ketika diuji
Kalau ditanya tsiqah itu kepada pelajar sekolah
Sudah tentu abang yang berserban berjubah dan lancar memberi tazkiran itu diangkat sebagai tsiqah
Sudah tentu kakak yang bertudung labuh jalan tunduk memerhati lantai itu dikatakan tsiqah
Kalian
Dimanakah tsiqah yang sepatutnya diberikan kepada Tuhan itu setelah sekian lama kita menjadi Muslim 'Atheis'?
'Dan cukuplah Allah sebagai wakil...'(An-Nisa:81)
'Wahai orang yang beriman, cukuplah bagi kamu Allah, dan orang mukmin yang mengikuti kamu.'(Al-Anfal:64)
'Sekiranya kamu sudah berazam, maka bertawakallah kepada Allah.'(Ali-Imran:159)
'Sesungguhnya Kami tidak meminta rezeki darimu, bahkan Kamilah yang memberikan rezeki.'(Taha:132)
ps:
Semalam.
Mengingatkan aku kembali kepada sebuah buku yang pernah aku baca, 5 tahun lepas. Tajuk:Tsiqah Billah [Yakin dgn Allah]-Hatta Yughayyiru maa Bianfushim- Dr Amru Khaled