Tuesday, January 24, 2012

24/1/2012

Menulis dengan hati yang tenang dan jiwa yang tenteram. Selepas segalanya diserahkan kepada Allah.

Hari ini satu chapter dalam hidup aku berakhir. Dan akan bermulalah chapter-chapter baru yang wataknya akan berubah-ubah mengikut ketentuan yang Allah sudah tetapkan.

Menyesal? Tidak. Kerana aku diberi peluang untuk berkenalan dengan hambaNya yang penuh dengan hikmah, karisma dan banyak manfaat yang dapat aku sedut dan tempelkan pada diri aku. 

Tsiqah dengan Allah. Percaya dengan Allah? Hari ini juga ada pelajaran barunya. Percaya dan redha dengan ketentuan Allah itu bukan letaknya pada lafaz semata-mata, tapi ia diikuti oleh rasa tenang, bebas dan redha dalam hati selepas Allah menetapkan segala-galanya. Pelajaran terbaik yang boleh dijadikan bekal oleh si kelana berjiwa kontang seperti aku.

Diri ini tandus. Jiwa ini gersang. Perlu diisi dengan sebaik-baik bekal sebelum perjalanan ini terhenti dalam jasad yang sudah kaku dan keras. Moga perjalanan ini dapat menemukan aku dengan mereka yang sudi berkongsi bekalan mereka dan kami bersama-sama menuju destinasi abadi itu.

Ayat yg sempat aku baca dan hafal ptg tadi dan membuatkan jiwa aku tenang:


إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْداً عَلَيْهِ حَقّاً فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ



Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Moga diri kita yang kerdil ini dibeli Allah dgn nilai syurganya yg sgt mahal. 


24/1/2012
Selasa
One Chapter Ended.

-------------

Next Chapter.

Bismillah.