Wednesday, September 30, 2009

Hari Lahir 2009

Salam utk semua. Harap sihat walafiat wassalamatu fidduniya wal akhirah. Hurm. Konon muqoddimah bahasa Arab sikitlah harini. Maklumlah, dah nak balik ke tanah Mesir tercinta kononnya. Kenalah tune semula BA kan?

Awwalan, ana asif Giddan asyan ma adri an aktubu fi hazal blog liannani busy giddan. [yg BI tu aku lupa BA dia]. Ah! Susah. Aku mintak maaf banyak-banyak kepada penziarah belog ini kerana sudah sekian lama tak update. Minggu lepas aku balik kampung di Kedah, ziarah kawan-kawan, raya, jalan-jalan.. makan..makan..makan.. lagi.. bla..bla..makan lagi.. So macam sebuklah sikit. Sebenarnya, aku adalah jenis tak suka kalau aku dah follow satu blog tu, tiba-tiba satu hari tuan punya blog tak update, maka membuatkan aku kecewa bilamana beliau tak update selama berhari-hari. Maka aku harap tiada kamu org semua berperasaan sebegitu rupa.

Ok. Besday aku pun dah lepaslah 2 hari lepas. 28hb. Maka terima kasih kpd yg mendoakan kesejahteraan aku, yang wish segala kat YM, sms, call, Facebook dll. Adalah sangat TERHARU. Dapat juga hadiah buku dan keychain Palestin. Terima kasih banyak-banyak. Aku teringat satu hadis Nabi ni, Tahaadu..Tahabu.. Berilah hadiah, nnt akan timbul rasa KASIH SAYANG. Mafhumnyalah. Terima kasih kpd yg bergelar rakan, teman, sahabat, kawan, friend dan apa-apa jugalah istilah yg memberikan maksud yg sama. Moga Allah berkati hidup kalian.

Biasalah kalau time-time besday ni, org mesti buat azam baru. Nak ubah jadi yg terbaik dan buang sikap-sikap negatif. Maka tahun lepas rasanya ku dah berjaya mengubah diri aku. Target tahun lepas ialah...lupa. Tapi aku rasalah setahun ni bnyk perubahan berlaku. Alhamdulillah. Moga perubahan positif.

Target tahun ni? Berubah ke arah yg lebih baik dari tahun sebelumnya. Nak spesifikkan pun taktau nak tulis apa. Tapi aku harap yg aku dpt jadik diri aku yg sebenar. Kadangkala, suasana sekitar sangat memperngaruhi hidup aku. So, aku nak konstan thn ni. Taknak tenggelam timbul dalam pelbagai isu, aliran pemikiran dan budaya setempat. Dan mintak tolong doakan tahun ni aku dpt kekalkan keputusan Jayyid Jiddan atau lebih baik lagi utk sesi pengajian tahun 5 2009/2010 ini. Juga nak hidup sesimple mungkin tahun ini.

-------

Adalah tak lalu makan
Adalah susah bernafas
Adalah tak larat
Adalah lemah
Adalah mudah mengantuk
Adalah sangat tak bermaya
Adalah mandi tak basah
Adalah sangat tak tenteram

Adalah ini simptom-simptom nak kawen bila mahu pulang ke Mesir. Haih. Tiket aku 3 hb pagi. Sob sob.



Nota: Tadi beli hadiah besday utk diri sendiri kat Loyat

Wednesday, September 23, 2009

Team Takbir

Program takbir malam raya dari rumah ke rumah kalau tak silap aku baru bermula dalam 4 tahun lepas. Sejak aku pindah ke rumah baru ni lah. Lagipun aku duduk kawasan kampung. Elok juga budaya-budaya macam ni dihidupkan. Kalau dulu-dulu, masa aku kecik-kecik, tiap-tiap malam raya semua anak-anak dan cucu-cucu atok Abas (Melaka) akan berkumpul untuk bakar ayam. Tapi semenjak program takbir ini bermula, tiada lagi bakar-bakar ayam., sembang-sembang kosong. Yg adapun program main mercun yg menjadi agenda utama setiap tahun. . 

Aku ingat lagi masa pertama kali takbir ini bermula. Jemaah akan berkumpul di surau. Solat Isyak di malam terakhir Ramadhan. Lepas solat Isyak, terus takbir ramai-ramai. Lepas tu barulah bertakbir dari rumah ke rumah. Mula bertakbir dari rumah aku sebab rumah aku luar sikit dari kawasan kampung. Masa tu buatlah jamuan sikit untuk org-org yg bertakbir ni. Sup Gear Box. Habis takbir, semua org serbu makanan. Lepas tu ke rumah-rumah lain. Adalah dalam 10 buah rumah kami bertakbir malam tu. Dah nama pun pertama-kali-takbir, singgah setiap rumah semua orang melantak makan ikut sedap perutlah kan. Bayangkan lah. Pergi setiap rumah makan. Minum. Takbir. Doa. Singgah rumah lain buat perkara yang sama. Sampailah pukul 12 tengah malam. Semua org sengkak perut dan tuan rumah pun keciwa sebab banyak makanan yg disediakan tak terhabis.

Tapi sekarang peristiwa tu tak berlaku lagi. Semua orang makan sikit-sikit kalau singgah bertakbir dan tuan rumah pun dah mula masak yg 'ringan-ringan'. Jadi, tiada pembaziran yg berlaku. Tahun ni, aku ponteng takbir sebab terpaksa ke stesen bas ambik kak long. Malas Hujan pun iye sebetulnya. Hujan lebat pulak malam raya tu. So, macam malas sikitlah kan nak join group takbir thn ni sebab tahun lepas aku dah puas mandi hujan masa join dorg bertakbir.

------


Masa 1 Syawal, aku sempat beraya di Tangkak, Johor. Rupa-rupanya aku baru tau yang org-org Johor ni kebiasaannya di hari raya akan bermarhaban dan bertakbir di setiap rumah yang ada dalam kampung dorg! Dari pagi sampai ke petang dan kadang-kadang jejak ke malam. Huh! Tabah betul dorg. Bagus budaya ni. Hari raya dorg memang meriah sangat. Semua orang jalan kaki/ motor serbu satu rumah ke satu rumah. Adalah dalam 20-30 org. [aku sempat snap gambar].Masuk je tak tunggu dah. Lepas tuan rumah jemput masuk, terus dorg berselawat bertakbir dll. Lepas tu jeling-jeling kuih sikit. Tuang air. Minum. Terus cabut pergi rumah lain. Menarik-menarik. Yang bagusnya jugak, ramai bebudak muda dan kanak-kanak join marhaban ni.

Oklah. Nak pergi bertakbir jap. Motif raya keempat nak bertakbir lg? Aku tak jumpa penutup karangan yang sesuai untuk entri ini. Sekian


------Galeri-----

Photobucket
Team Marhaban



EidFitri 09

Hari ini sudah 3 Syawal. Esok 4. Pastu 5. Lepas tu 6. Ok. Cukuplah pendahuluan karangan macam ni kan?
Lepas blog aku hilang, aku sebenarnya takde idea nak tulis apa. Penat fikir. Asal nak cari ilham je aku makan. Makan. Makan. dan makan lagi. Sampailah aku dapat ilham. Tapi skrg dah tak boleh lah. Ilham tak dapat. Berat badan pulak naik.

Aku nak masukkan sikit gambar raya tempoh hari. Lagi pun sekarang aku tgh takde idea lagi ni. Ok. Esok ke Kedah. Doakan perjalanan kami selamat. Kakak aku pun dah nak blk India esok. Sekian. Wassalamu

----Galeri Raya----


emak n nenek
 Sesi bermaafan. 

beratur amik duet raya
 Sesi kesukaan aku ni. Beratur amik duet raya. 
ps: Jgn carik aku. Aku org yg terpaling awal sekali beratur ok
 
family besaR
Famili Tok Abas n Nek Sharifah. Semua ada kecuali 3 org kanak-kanak

bersurai
Sesi bersurai. Lepas tangkap gambar. Aku jurugambar rasmi tahun ini

Aku nak raya ikot tingkap boleh?
Sebab ko tutup pintu, aku panjat ikot tingkap boleh?
ps: Aku sgt2 suka gambar ni

Ada berapa org?
Naemah. Yang tidur?
ps: Ada berapa org dlm gmbr ni?

Aku haris. Aku nak senyum mcm ni boleh?
Aku sangat gembira. Ekspresi luahan hati di hari raya. Gembira kan?
 
hadiah
Aku dapat kad ngan hadiah hari raya. Terima kasih ya!Seronot.
ps: Minggu depan besday aku. Nak mintak hadiah boleh?
 
Sekian 

Monday, September 21, 2009

Akhir Ramadhan dan Raya 2009


[Adalah ini ditaip pada 29 Ramdhan jua tarikhnya. Namum ada setengah perenggannya ini ditaip pada awal pagi 2 Syawal..]


Hari ini sangatlah meletihkan. Dari malam tadi aku tak dapat tidur. Kononnya nak menghayati Ramadhan terakhirlah. Pagi tadi sahur puas-puas. Pukul 350 pg dah selongkar dapur. Makan nasi, pengat ubi. Pukul 525 bangun lagi, minum air teh, makan nasik lagi dan minum air kosong. Sahur terakhir katanya. Makan makan sekonyong-konyongnya. Maka apabila start sahaja masuk bulan puasa yg lepas, aku azam utk istiqomah buat SATU perkara. Aku dapatlah SATU itu iaitu; SAHUR. Tiap-tiap pagi aku bangun. (riak nih). Makan kenalah istiqomah kan? Maka dapatlah SATU yg ditarget itu.

-----


Sebenarnya nak update peristiwa di pasar haritu. Tengah-tengah tunggu nak beli taugeh 50 posen, tetiba idea nak update susana pasar datang. Tapi nantilah ye. Skrg ni aku tgh kekenyangan selepas melantak rendang, ketupat, nasik himpit, kuah lodeh, rendang daun maman, kuih sempret, maruku dan segala jenis makanan lagilah. Aku pun dah lupa.[aku taip di awal pagi 2 Syawal ni]. Sangat seronot beraya tahun ni. Entah apa mood yg datang kali ini. Havoc habis!. Tetibe jadik terlebih mulut pulak aku kat rumah sedara mara.  Aku pun jadik pelik. Overdose ketupat dgn rendang agaknya. 


Ok lah. Nak tidur. Selamat Hari Raya ke-2. Jemputlah dtg rumah aku.


-----


Aku teringat jugak kat budak ini [klik] masa tgh2 makan rendang tadi. Moga kau tabah beraya seorg diri kat Mesir tu ye.


-----

Beberapa hari yg baru berlalu serta malam tadi, rumah Atok aku kaya dengan mercun sbb pakcik aku yg polis bwk balik mercun rampas. Tapi kali ini suasana berbeza. Bukan budak-budak yg main mercun, tapi BAPAK-BAPAK BUDAK pulak yg excited terlebih. Pakcik-pakcik aku yg dah beranak tiga-empat main mercun sakan sampai anak-anak dorg pun naik pelik. Aku tumpang sekaki lah kan. Sambil-sambil dok cucuh mercun tu, dorg siap pesan kat anak-anak dorg macam ni:



Jangan main mercun. Nanti kena tangan. Putus jari.


[aku rasa ini pun kes overdose rendang/ ketupat ni]

Photobucket
 Sesi makcik-makcik gosip


Nota: 
Famili aku lengkap tahun ni. 
Sgt seronot raya kali ini. Dapat angpau banyak!
Tak dapat lari dari soalan "Bile nak kawen?". Alasan dorg: Ko dah beruban berjanggut. Boleh ke cmni?
Sgt seronot menembak gambar-gambar raya.
Famili atok semua nya lengkap juga!!!



Saturday, September 19, 2009

Keselamatan Jalanraya

Aku cuba utk tak menaip panjang berjela-jela kali ini. Esok dah nak raya. Maka Ramadhan pun akan berakhir kurang dari 24 jam. Sedih tak? Ke biasa-biasa? Ke tak rasa apa-apa sbb sebuk buat persiapan raya? Aku sedih sikit sebab target aku tak tercapai. Target 10 akhir Ramdhan aku ialah sembahyang di sekurang-kurangnya 5 buah surau atau masjid yg berlainan di sekitar kawasan aku. Aku cuma dapat 3 sahaja. 2 masjid dan satu surau. Dan tarawih terakhir di bulan Ramadhan tadi, aku solat di Masjid As-Sajidin.

Aku ambil peluang ini untuk memesan beberapa perkara terutamanya kepada yg nak pulang beraya di kampung. Tak kiralah yg nak ke Utara, selatan, barat atau timur. Pandulah dengan berhati-hati dan penuh hikmah (ermm). Jangan terburu-buru sangat nak sampai ke kampung sampai tak sedar pedal minyak kau dah tekan sampai jejak ke lantai. Bahaya tu. Sikit tips untuk org yg bawak kereta tapi tak sedar yg meter dah cecah 120km/j atau lebih. Tengah-tengah drive tu cuba bukak tingkap sikit supaya dengar bunyi angin. Tak tahulah cara korg mcm mana. Tapi bagi aku cara tu berkesan sebab dari kecil sampai la besar ni, aku takut dengar bunyi angin kalau dalam kereta. Bunyi angin kat luar ok. Bukan angin tersopit tu.

Dan yg paling penting, yg bawa famili dalam kereta tu, ingat-ingatlah. Kita bawak kereta yg banyak nyawa dalam tu. Berhati-hati. Nak masuk simpang sila pasang signal supaya org belakang perasan. Kalau tengah-tengah hujan lebat, jangan bawak laju-laju dan pasang lampu. Sebelum mulakan perjalanan, cek tayar, tekanan angin, lampu brek signal dll. [dulu dah belajar kan masa amik kelas memandu?]

Kepada yg selalu memandu seorang diri macam aku ni, kalau dah rasa mengantuk tu berhentilah kat RnR dan berehat/tidur. Tak pun pergilah berhenti kat stesen Petronas yg terpilih sebab dorg ada sediakan coffee secara percuma. Jangan paksa diri drive. Takut nanti tengah drive kau bantai tidur. Nnt naik lagilah statistik kemalangan tahun ni.

-------

Aku nak ucap tahniah jugak kepada PDRM sebab tahun ni kempen keselamatan telah ditingkatkan. Maksud aku, keselamatan di kawasan perumahan sewaktu pulang bercuti. Dorg ada edarkan borang untuk diisi dan dihantar ke balai yg berhampiran rumah anda. Nanti pulangkan semula borang tersebut+nama+ alamat+tarikh balik kg. Time korg takda rumah nnt, polis akan ronda rumah anda utk elakkan sebarang kejadian tak diingini berlaku ketika anda pulang bercuti. Aku dah serik kes org pecah masuk rumah ni. Klik sini

-------

Ok. Dah la kot.

 Amacam?

Berhati-hati di jalanraya
Selamat pulang ke kampung
Selamat Hari Raya Aidilfitri






Nota: Kakak aku masih terkandas kat Banglore. Flight delay ke pagi esok. Doakan baik-baik saja dan beliau sempat sampai before org takbir raya. Oh! Nampak gayanya aku kena ke JB untuk mengambil beliau esok.

Friday, September 18, 2009

Pengacara TV

[AWAS! Pengawasan org dewasa utk kanak-kanak berumur bawah 12 tahun diperlukan]

"Nak syusyu mama..nak syusyu mama
"

Si anak kecil merengek-rengek dipangkuan ibunya sedangkan si ayah pula ketika itu sedang di wawancara oleh Misha Omar.

Kalau ada sesiapa yg tengok rancangan Sehati Sejiwa semalam (Selasa), mesti perasaan momen ini.Perlakuan si anak kecil itu sedikit sebanyak mengganggu kelancaran program. Bising rengekannya di dengari satu Malaysia. Mujur dia begitu comel. Rengekan sebegitu dimaafkan disebabkan kecomelan mukanya itu.

"Lagipun anak saya minum susu badan. Kadang kala campur juga dengan susu formula"

Tambah si ayah yg berbangga dapat menyusukan anaknya sampai berusia lebih kurang setahun setengah. Oh silap! Bukan dia, tapi isterinya. Isterinya senyum disebelah sambil cuba memujuk untuk menghentikan rengekan si kecil molek itu.

"Nak syusyu mama. Nak syusyu mama"

Makin galak.. Kali ini muka comel+rengekan+rontaan

Ish. Sekejap lagi eh. Sekejap lagi minum susu eh sayang..Satu Malaysia tengok rancangan ni..

Seloroh si bapa membuatkan aku pecah perut gelak. Faham tak?

Kita beri laluan utk iklan dan si kecil ini menyusu..

Kata Misha dengan tenang.. Tap! Iklan keluar agak lama.

-------

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu...” (Surah al-Baqarah, ayat 233)

-------

Kerjaya pengacaraan ni sukarkan? Nak kena buat tindakan yg betul pada masa yang betul. Tambah-tambah lagi kalau yg siaran LIVE. Perlukan persediaan. Kemahiran komunikasi yg baik dan pengalaman.

Pagi merdeka dulu, ketika Mazidul sedang menjadi pengacara MHI, beliau menerima panggilan dari seorang pemanggil. Tujuan talian dibuka ialah utk mengucapkan Selamat Merdeka dan berkongsi erti kemerdekaan bagi penonton-penonton MHI. Tetapi perkara sebaliknya berlaku. Pemanggil ini sibuk mempertikaikan mengapa rancangan Bro Mazidul dinamakan 360 (Three Sixty) dan bukannya 360 (Tiga Enam Kosong). Mengapa BI? Bukan BM. Agak tegang juga. Bro Mazidul cuba untuk menjelaskan. Dan pemanggil cuba menyampaikan pendapatnya. Lepas talian diletakkan (bukan diputuskan) Bro Mazidul pun menerangakan dengan penuh profesional dan pertimbangan yg waras. Kalau aku dan korang jadi pengacara ketika itu, agak-agaknya apa tindakan yg tepat dan sesuai pada masa itu? Putuskan talianlah kan sambil berkata:

Oh! Maaf. Talian terputus..

Oh. Mujur aku bukan pengacara TV! Alang-alang dah sebut masuklah blog Mazidul ini kalau ada kelapangan. Ada juga beberapa video untuk tatapan semua. Janji dulu. Kalau tgk video ni korang jgn gelak pulak.



Susahkan jadi pengacara? Tak kena gaya, habis kena buang kerja


Gelak

Aku juga suka baca blog sorang lagi ni. Wartawan mahsyur. Bro Shahril. Sekadar perkongsian.

Thursday, September 17, 2009

Salam takziah

Salam takziah untuk aku. Blog aku empatdua49.blogspot.com dah terdelete dek kerana apa tah. Bukak pagi tadi tiba-tiba " your account has been disabled" dan "your blog has been removed".

Susah betul. Pagi-pagi dah kena buat akaun gmail baru. Create blog baru. Cuma aku ala-ala kadar je dulu. Belum lg nak serius hias-hias blog ni. Takde mood dah. Ok lah. Kang dah rajin, aku menulis balik.

Maaf kepada yg masuk ke empatdua49.blogspot tu. Blog tu dah takde. SEMUA pos-pos aku pun dah hilang. Oh! Sedih.