Biasanya dbermula dari awal tahun, macam-macam aktiviti akan diadakan, samada dalam sekolah atau diluar sekolah. Dari awal tahun, cikgu-cikgu akan sibuk mencari wakil sekolah untuk pertandingan ko kurikulum yang 4. Bola sepak, sepak takraw, olahraga dan bola jaring [perempuan]. Ya, sekolah kami hanya menyertai empat kejohanan ini sahaja kerana bilangan murid yang terhad. Untuk sekolah kampung yang kapasiti pelajarnya hanya seramai 100orang lebih dan hanya mempunyai satu kelas untuk setiap tingkatan. Pelajar adalah mengenali antara satu sama lain. Manakala bilangan guru pula adalah sekitar 14-15 orang.
Dan banyak acara kurikulum yang disertai sekolah kami. Antaranya Kuiz Kesihatan [ini SKT memang otai Melaka], Kuiz Pustakam, Kuiz Sains dan Matematik, Hafazan, syarahan, tilawah Al-Quran dan banyak lagi.
Disebabkan pelajar tahun 6 adalah pelajar yang paling senior, maka kebanyakan aktiviti akan diwakili oleh pelajar tahun 6. Bola sepak, majoriti pelajar tahun 5/6. Takraw [Syahfirul, Rukaini, aku, Yanto dan 2org lagi]. Olahraga pun pusing-pusing muka yang sama. Dan bola jaring majoriti budak tahun 6.
Kuiz Kesihatan
Kalau Kuiz Kesihatan, SKT memang otai Melaka. Dari start zaman Abg Azizi/ Abg Kamaruzzaman-Abg Furqan n da geng membawak ke zaman junior bawah aku, memang ktorg akan sampai ke peringkat negeri. Tapi yang paling gemilangnya ialah masa tahun 2000 dan 2001 [lepas aku habis sekolah]. Time ni geng Kuiz Kesihatan wakil Melaka ke peringkat Kebangsaan untuk 2 tahun berturut-turut.. Tahun 2000 di Sarawak dan 2001 di Terengganu. Melompat sakanlah Hasanah, Anas, Azimah, arwah Syafiq dan Hamizan? waktu tu. Dapat jalan-jalan naik kapal terbang.
Dan disebalik kejayaan ni sebenarnya ada satu nama yang ktorg tak boleh lupakan. Cikgu Asiah Ahmad. Inilah otai besar yang gilap budak-budak SKT dlm KK. Korang bayangkan dia punya rajin, dia kumpulkan semua maklumat-maklumat, risalah-risalah pasal Denggi, nyamuk, nutrition, jadual pemakanan, cara penjagaan gigi semua dalam satu fail plastik yang tulis 'SULIT' utk isi kertas UPSR tu [ingat?] dan bagi semua benda-benda tu kpd ktorg untuk dihafal. memang mencungap habis lah. Tambah pulak aku masa tu ada mindset yang silap. Dulu mak kata dalam sayur dan semua makanan ada vitamin. Maka aku tak tahu karbohidrat, protein tu juga adalah salah satu dari kelas makanan. Dan setiap kali cikgu tanya ttg kelas-kelas makanan, aku akan jawab semuanya ada vitamin. Kesian cikgu Asiah. Setiap kali waktu rehat, Cikgu akan panggil geng KK untuk berbincang di Bengkel Kemahiran Hidup. Hasil usaha Cikgu Asiah, semua anak didik dia berjaya ke peringkat negeri untuk KK.
Lepas beberapa tahun aku di sek menengah, dengar cerita Cikgu Asiah sudah berpindah ke sekolah lain. Lepas tu aku dah tak dengar dah kisah KK SKT. Mungkin dah berkubur lah kot.
Ok sekian dahulu. Nanti sambung lagi
3 comments:
wah.. kenangan terindah ko ni.. huhuhu.. sambung lagi.. tak sabau nak baca..
inshallah nnt aku smbung lg..
tak berapa nak sempatlah farihin :)
ye..thnks 2 ckgu Asiah.
krna jasa beliau, dpt merasa duk hotel 5 star, mkn sodap2, n rasmi kn kot yg besar kedabak. ktorg dlu b'kg trus kt bilik kemahiran hdup, dr pg xmsk cls..now, b'kubur da sume 2, hnye tggl kenangan~
Post a Comment