Meniti hari-hari akhir bersama Mudassir sebelum balik Malaysia adalah sangat best. Kombinasi mereka yang sudah habis exam dan aku yang baru nak stat exam round adalah kombinasi terbaik. Maka adalah disiplin menjadi tunggak utama supaya aku tak hanyut rasa macam dah habis exam juga...
Maka, suatu pagi di hari terakhir Mudas di bumi Mesir ini, maka adalah beliau dan Husni tidak dapat tidur dengan aman. Ghairah yang teramat sangat untuk balik ke Malaysia. Sampaikan aku yang tidur di atas lantai bawah bersebelahan Naqi haram tak dikisahkan. Bercerita adalah sangat lebat dan kencang. Jam sekitar 3 pagi dan lebih-lebih sikit rasanya. Dari satu topik ke satu topik. Zaman sekolah sampai lah ke zaman universiti. Adalah cerita selama 20 tahun hendak dirangkumkan menjadi satu kisah dalam satu malam. Mustahil sekali. Disebabkan cerita-cerita itu, adalah aku pun sama-sama tak dapat tidur. Dan Naqi juga sebegitu aku rasa. Buat-buat tutup mata sambil dengar perbualan 2 orang budak excited tersebut.
Tiba satu part lawak yang aku tak ingat tentang apa, adalah aku yang sedang buat-buat tidur tak dapat tahan dengan lawak tersebut dan tergelak sampai sakit pankreas. Time tu kantoi yang aku buat-buat tidur. Sigh* Tapi ada satu benda yang aku ingat sampai sekarang. Kata Mudas:
"Manusia ni ada banyak kekurangan dan kelemahan dalam diri dia. Manusia yang sempurna bukan manusia yang mempunyai bermacam-macam kelebihan, tapi manusia yang sempurna adalah manusia yang berusaha mengurangkan kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri dia"
Dapat kalam hikmah di pagi-pagi buta. Aku kongsikan di sini untuk kita semua yang membaca. Sekian
ps: Fikir-fikirkan kata-kata ini
No comments:
Post a Comment