Sunday, September 19, 2010

Perkongsian| Nilai yang hilang.

Hilang nilai

Ada baca berita berita samada online atau surat khabar? Atau dengar berita dari televisyen akhir-akhir ini.

Aku teringat kembali kata-kata Ustzh Suhana sewaktu kami melawat beliau di JB.

"Manusia semakin hilang nilai-nilai dalam diri.."

Betul kan?

Kes bunuh, bakar. Kes bunuh isteri. Kes sembelih anak. Kes lari dari rumah. Kes tinggal anak tepi tangga. Sumbat dalam pembetung air. Pam dalam lubang tandas. Dan macam-macam lagi. Kalau time puasa hari tu lagilah macam-macam kes yang jadi. Sedih? Marah? Ye memang betul itu perasaan yang ada dalam diri insan yang masih punya akal waras dan perasaan ihsan. Tapi. Cukupkah hanya dengan berperasaan sedemikian? Atau macam mana?

Islam Fitrah

Akhirnya, solusi untuk semua masalah yang kita cari ialah dengan kembali kepada ISLAM. Agama Fitrah. Tapi. Masalahnya. Bukan tak ramai orang dalam dunia ni yang ISLAM. Bukan sikit-sikit orang yang faham Islam. Belajar tinggi-tinggi sampai PhD dll. Tapi kenapa masalah yang melibatkan keruntuhan nilai dan shaksiah umat Islam semakin banyak dan bercambah?

Sekadar perkongsian dari pemerhatian dan pengalaman aku di bumi Anbiya ini. Memang ramaaaiii orang yang belajar tentang Islam. Mendalami akhlak dan sebagainya. Namun, masalah yang timbul apabila ilmu yang dipelajari tak dapat dipraktikkan dengan baik. Atau tiada qudwah/ikutan dalam orang yang memahami Islam tu sendiri yg membolehkan masyarakat menjadikan dia sebagai IDOLA untuk diikuti.

Contoh mudah yang aku selalu bg kat jr-jr aku. Kita baca KITAB BAB SEDEKAH. pung pang pung pang kita belajar bab hikmah, kelebihan dan ganjaran org yang bersedekah. Tapikan, last-last kalau kita sendiri pun yang berat nak bersedekah, nak keluar duit seinggit dari poket pun susah, agak-agak ada tak orang nak ikut cakap kita? Nak bersedekah sama-sama macam mana yang kita dok cerita kelebihan sedekah kat depa?

So benda yang sama jugaklah kita aplikasikan dalam mendidik masyarakat dengan kefahaman Islam. Walk your talk. Hari ni kita cerita bab ukhuwwah. Akhlak islamiyyah. Dan lain-lain. Last-last sekali kalau kita sendiri tak praktikkan apa yang kita cakap, maka semua nya jadi asap-asap yang hilang ditiup angin. Nallek. Tarak apa. Habuk. 

Kita kembali balik kepada bab nilai yang hilang dalam diri masyarakat. Masyarakat memerlukan qudwah/ ikutan. Macam mana proram realiti IMAM MUDA menjadi impak maksima kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia baru-baru ini. Semua orang mahu jadi macam IMAM MUDA. Semua orang mahu menantu macam mereka. Semua mahukan perfect yang segala-galnya ada pada diri mereka. Macam itulah jugak mereka memerlukan IMAM MASYARAKAT yang mampu mengubah arus dan kiblat pemikiran ke arah penerapan nilai akhlak ISLAM dalam diri mereka. Persoalannya sekarang, adakah kita sudah bersedia menjadi IMAM MASYARAKAT yang mampu menerapkan dan menanamkan nilai ISLAM dalam individu di sekeliling kita?

"Kau tengoklah ustat tu. Tegur org bukan main. Kasik hadis kasik dalil. Sekali main bola die yang pakai seluar pendek.."


Yang membezakan orang yang faham dan orang yang pandai bercakap ialah amalan-amalan kita sheikh. kalau cakap, semua orang boleh cakap. Tapi bila bab nak buat apa yang kita cakap, ha bab tu yang ramai garu kepala.

So, Macam mana? Sudah bersedia? Ini bukan persoalan main-main. Kena serius.

Nak ke nanti tengok anak-anak kita liar bergaul bebas lelaki perempuan, kurang ajar dgn ibu bapa disebabkan nilai-nilai yang kita lupa semai dalam diri mereka sejak dari awal lagi?



Aku ulang semula apa yang ramai orang sudah sampaikan kat dalam blog ini. Sama-sama fikirkan. Sama-sama bagi orang semakin faham dengan Islam sebagaimana yang kita faham. InshaAllah.

Tegakkan ISLAM dalam diri. Dan seru orang lain bersama.

328am. 

2 comments:

gedik-gedik said...

Alamak, u letak gambar abang imam muda la..auwww

b said...

astagh. dalam bnyk2 yg aku tulis, gmbr tu yg die perasan..

adoi