Saturday, May 21, 2011

Salam Mujahadah.

 
وَمَن جَاهَدَ فَإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ ﴿٦﴾
And whoever strives only strives for [the benefit of] himself. Indeed, Allah is free from need of the worlds. [Al-Ankabut:6]

Salam Mujahadah utk semua yang sedang bermujahadah. Juga yang sedang dalam permulaan fasa mujahadah. moga terus istiqamah.

Mujahadah

Jahada: menggunakan segala usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu

Mujahadah bermaksud melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu. Apabila nafsu dapat dikalahkan, individu mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi

Musim-musim nak exam ni perkataan Mujahadah adalah perkataan yang popular sekali. Tak percaya boleh buka mana-mana blog atau wallpaper persatuan-persatuan. Mesti ada punyalah perkataan ini.

Dalam pos ini aku pun tak nak sebut panjang lebar tentang mujahadah. Tapi marilah kita memahami dan menghayati  mujahadah yang boleh kita lakukan dalam kehidupan harian kita..

Tengah-tengah membaca buku, tiba-tiba rasa mengantuk. Terus kita membancuh nescafe di dapur untuk melawan perasaan mengantuk. Itulah mujahadah.
Tengah-tengah lena tidur, tiba-tiba azan subuh berkumandang, maka terus kita bangun dan berwuduk untuk menunaikan solat subuh. maka itu adalah mujahadah.
Tengah-tengah sibuk study, tiba-tiba ada tetamu datang melawat rumah. Dengan berat hati kita terpaksa melayan tetamu walaupun exam adalah esok lusa. maka itu adalah mujahadah.
Tengah-tengah sedap tidur, tiba-tiba dapat mesej kata ada kelas tuisyen pagi, dan kita bangun utnuk ke kelas tersebut. maka itu juga adalah mujahadah.
Tengah-tengah buat apa-apa pekerjaan seperti membuat eksperimen enzim di lab USM, tiba-tiba datang rasa malas dan kita mengatasinya, maka itu juga adalah mujahadah.
Masa semua org tengah berlewat-lewat untuk menunaikan solat Jumaat di masjid, namun Ajut bangun awal-awal pagi, berjubah dan pakai wangi-wangi untuk ke Masjid Amin supaya dapat duduk di belakang imam, maka itu juga adalah mujahadah.
Tengah stress baca buku, kemudian bangun, membaca Al-Quran atau ziarah rakan bilik sebelah atau keluar bersosial sebentar untuk menghilangkan stress tersebut, maka itu juga dikira mujahadah.
Timbang-timbang berat badan sekali tengok berat naik mencanak-canak, maka kita pun berazam untuk tak makan nasi selama 2 minggu demi untuk memastikan BMI terus unggul juga dikira sebagai mujahadah.
Dalam musim exam, kurangkan berFB dan berYM supaya masa tak terbazir sia-sia juga dikira sebagai mujahadah.
Dan ada banyak lagi contoh-contoh yang kita boleh lihat dalam kehidupan harian kita.

Untuk apa kita bermujahadah?

Seperti dalam ayat di atas. Kita bermujahadah untuk faedah diri kita sendiri sebenarnya. Kita baca buku banyak-banyak, untuk benefit diri kita juga. Dapat ilmu banyak. Kita bersengkang mata tak tidur malam di hari exam, untuk diri kita juga. Nanti mudah dan senang nak jawab soalan exam. Apa pun yang kita buat, nanti natijahnya akan berbalik semula kepada diri kita. Jadi jomlah kita bermujahadah dan bersungguh dalam setiap amal perbuatan kita sebab nanti diri kita sendiri juga yang akan menuai hasilnya inshaAllah.

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَـهَدُواْ مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّـبِرِينَ
Do you think that you will enter Paradise without Allah knowing those of you who fought (in His cause) and knowing those who are the patient. (3:142)

Mengambil kesempatan dalam pos ini untuk mengucapkan selamat menempuh peperiksaan kepada kawan-kawan menengah rendah yang akan menempuh peperiksaan final bermula hujung bulan mei ini sehingga nun ke bulan Julai nanti. Selamat bermujahadah ye adik-adik sekelian. Jangan stress-stress. Fokus 200%. InshaAllah najah.
 
Selamat menekun!

ps: Nah hadiah untuk semua yang nak exam. Ambil di sini 
 

3 comments:

mafiqam said...

selamat menekun bro.

moga dipermudahkan.

p said...

aku menekun di last minit. mcm biasa. thanks bro. kereta aku jgn lupa survey harga ok.

alia said...

selamat berexam.. kau dan exam adalah bagai aur dan tebing.