Sunday, July 17, 2011

Islam yang fitrah


Tiba-tiba terpampang dalam timeline FB bila Moaweya komen dlm blog yg berkenaan.  Perosek-perosek jumpa video ini.

Tertanya-tanya persoalan dalam hati selepas melihat video ini.
Pernah tak aku terfikir untuk kongsi nikmat Islam yang  aku kecapi selama hampir 24 tahun ini dengan mereka yg bukan Islam?
Hurm.

Kadang-kadang kita sudah rasa dengan Islam yang ibubapa kita wariskan sampaikan kita lupa untuk menyampaikannya kepada mereka yang tidak berpeluang.

Dan kadang-kadang bila ada peluang untuk kita menyampaikannya, kita menutup peluang-peluang itu disebabkan kita merasakan mereka 'najis' yang tidak mampu dibersihkan sekalipun mereka memeluk Islam.

Dan mungkin kadang-kadang kita terlupa disebabkan terlalu rendahnya martabat yang kita letakkan terhadap mereka yang bukan Islam, dan dalam diam dan tidak sedar, kita telah menjadi pengotor untuk agama Islam yang suci ini.

Selak-selak lembaran Sirah Nabawi.

Umar RA dahulu sebelum Islamnya, sampaikan pernah membunuh anaknya. Tetapi lihatlah bila Umar RA masuk Islam, semua golongan yang menentang dakwah nabi ketika itu begitu gerun dan gentar terhadapnya. Nabi pun pernah berdoa supaya Allah beri keizzahan dan kuatkan Islam dengan salah seorang Umar[ Biihda Umarain]. Dan Umar RA yang dipilih Allah.

Kalaulah dilihat dan dihukum dosa Umar RA sebelum Islam, maka dialah yang paling tidak layak untuk bergelar Muslim. Dan sudah tentu juga dia tidak layak utk menjadi Khalifah ke-2. tetapi, lihatlah betapa besarnya pengampunan Allah dan betapa indahnya Islam, dosa lalu bukan ukuran  untuk kita memandang  hina dan rendah pada martabat seseorang.

Mulia disis Allah itu pada nilai TAQWA nya.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)".
( Surah Al.Hujurat ; 13 )


Mungkin kegerunan kepada ummat Islam kini akan dikembalikan oleh mereka yang baru mengucap shahadah, dan bukannya mereka yang telah mewarisi Islam ini dari keturunan mereka. Siapa tahu?

Kerja kita masih banyak. Tinggalkan kalam yang sia-sia. Biar amal dan anggota badan bercakap dan membuktikan siapa diri kita bila mulut sudah terkunci di depan Allah nanti.

ps:14 days to Ramadhan. Allahumma Ballighna Ramadhan.

No comments: