Raya.
Raya tahun ini memang sangat meriah. Beraya sakan di kampung walaupun kampung atok aku hanya beberapa ratus meter dari rumah. Kalau kentut kuat-kuat boleh dengar dekat sana. Alhamdulillah. Tahun ini sebenarnya bukan dalam perancangan aku untuk beraya di Malaysia. Tapi dek disebabkan kakak aku nak berkahwin dan beliau adalah cucu dan anak pertama,kenduri pertama dalam famili sebelah Melaka dan hanya satu-satunya kakak aku, maka aku pun balik.
Di malam terakhir Ramadhan, kami berkumpul beramai-ramai di rumah Atok. Ada sesi BBQ. Lama sudah merancang BBQ ini dan Alhamdulillah kali ini berjaya dilaksanakan. Dan menjadi kebiasaan dalam kampung ini, ada acara takbir dari rumah ke rumah selepas solat Isyak.
Raya tahun ini macam biasa. Baba baca khutbah di masjid. Awal pagi dah ke masjid. Kami adik-beradik ke masjid satu kereta kecuali Alawi yang demam. Balik dari masjid sesi bermaaf-maafan dan bergambar. Kata Baba ni kali terakhir nak tangkap gambar sekali. Lepas ni bilangan ahli keluarga ini akan bertambah. Dan tak mustahil juga akan berkurang. Panjangkan umur kami Ya Rabb.
Lepas sesi di rumah selesai, kami terus ke rumah atok. Makan-makan. Sembang-sembang. Salam-salam. Dan kutip duit raya! Seronott. Aku nak ringkaskan beberapa perkara yang aku dapat dari raya kali ini.
1- Semakin meningkat usia kita, duit raya bukan prioriti utama lagi. Kalau orang nak kasi, Alhamdulillah. Tapi perkara yang paling penting di sebalik raya ialah mempertaut kembali talian persaudaraan yang sudah renggang dan mengeratkannya lagi
2- Dah lama tak jumpa pakcik-pakcik aku yang jauh. Rupa-rupanya time raya haritu terserlah habis perangai depa yang sebenar. Masing-masing memang loyar buruk dan suka buat lawak jenaka. Kadang-kadang dari pakcik yang paling tidak disangka-sangka.
3- Jejak sejarah dan silsilah keluarga. Kesempatan beraya di rumah nenek saudara hari tu, sempat juga kami semua mengorek Sejarah keluarga sebelah emak. Banyak rupa-rupanya sejarah yang tersimpan dan tidak diberitahu kepada kami anak cucu. Alhamdulillah. Banyak cerita sudah diceritakan. Lepas ini boleh buat projek salsilah keluarga pula
Muhasabah Ramadhan.
1- Suasana Ramadhan di Malaysia dan Mesir memang sangat jauh berbeza. Kalau diakhir 10 Ramadhan, rakyat Malaysia sudah mula memasang lagu raya, membuat kuih raya dan sebagainya. Kalau di Mesir mereka sibuk membuat Qiamullail di malam hari sehingga sebelum sahur demi untuk mencari dan mengejar pahala Lailatulqadar.
2- Target Al-Quran 30 juzuk. Aku tak sempat habis 30 juzuk tahun ni. Tinggal 5 juzuk berbaki. Dan muhasabah paling penting yang aku sedari ialah, apabila Al-Quran tidak menjadi habit bacaan harian kita [terutamanya selepas solat] maka amat mudah sekali untuk kita melupakannya jika kita terlalu sibuk dengan urusan harian. Al-Quran bukan menjadi prioriti utama. Maka perlu dipertingkatkan lagi usaha.
3- Macam mana nak membudayakan suasana Ramadhan di Mesir di negara kita Malaysia? hmm. Aku rasa perlu lebih banyak video-video Ramadhan di Mesir untuk dihantar ke Malaysia sini.
4- Puasa 6. Bak kata nenek semalam: Sementara tengah ada semangat puasa ni baik puasa 6 siap-siap. Karang dah raya banyak-banyak, puasa pun dah malas.
"Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)"
Cukup dulu setakat ini ceritera raya dan puasa lepas. Lepas Solat Jumaat inshaAllah ada akad di rumah aku. Aku pun nak berlatih salam-salam tok Kadi sikit. Karang esok lusa dah senang.
Sekian
Bertakbir di rumah Rumah A/Y YB Khidir
Geng Takbir di rumah Atok
Nangoi. BBQ
Bakal menjadi kucing kesayangan atok selepas kematian Ebek [2 hari sebelum raya] dan kucing Tupai
Pak Khalid
6
Pak Haji yang paling kuat loyar buruk. Pak Lang Johar
Ni gambar time dia tgh soleh
Sultan Pahang Jr
Lepas bermaafan di rumah
Sultan Pahang Jr
3 comments:
selamat ari raya syapi... sowey weh.. tak dapat nak main tembak-tembak dalam majlis kakak ko.. takperlah.. aku tunggu majlis ko je lah.. hahaha..
sampaikan salam tahniah aku dekat kak wan syamimah.. tahniah ntuk ko n family ko jugak dapat ahli baru.. [^^,]
semoga Allah s.w.t permudahkan segala urusan hamba-hamba-Nya ini.Aminn....
eh.. aku ada nampak izana.. nanti kem salam dekat dia.. rasa cam lama dah tak jumpa dia..
selamat hari raya juga.
okes. aku ajak ko hritu sbb aku rtak retilah nak tangkap gambar kahwin/potret/wedding.
okes. nnt aku kawen ak jemput ko jdik OP aku.boleh?
insA. nnt ak sampaikan.
Post a Comment