Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Saturday, October 6, 2012

Medical Posting [7/6/12-6/10/12]

Askm wbt.

Alhamdulillah. Semalam tamat sudah posing Medical yang telah aku lalui selama 4 bulan. Kesimpulan, if lepas ni kena hantar ke KK/ Hosp Daerah mmg aku akan terkial-kial lagi sebab banyak lagi kes-kes yang jarang aku tengok dan jumpa sepanjang 4 bulan ni. Nak kena tambah lebih dari 4 bulan??? Cukup-cukup sudah sampai di sini saja. Tak sanggup dah..

Medical? Internal medicine. Batnah. Dengar nama memang cukup menggerunkan. Basic dalam bidang perubatan adalah medical itu sendiri. DM, HPT, IHD, MI, Unsable Angina, Leptospirosis, Dengue, Asthma, COAD, Gastritis dll. Kalau buka buku rujukan beratus-ratus topik. Tak terbaca dan tak terhafal satu persatu. Cuma, unuk di Malaysia, kebanyakan kes di hospital adalah kes-kes common spt Unstable angina, IHD, dengue, BA, COAD uncontrolled DM, Hypoglycemia.

Aku teringat kata-kata sifoo Dr Boon Hau [yang masa mula-mula posting aku cuak dgn dia sebab garang padahal dalam hati ada bunga rafflesia]: 

"You dont need to manage the expert2 and complicated things, if you can manage the basic thing it is more than enough"

*Aku pernah juga menulis di sini

Memang betul. Kadang-kadang gelabah time oncall bila dapat call dari ETD [Emergency& Traumatic Department] bila pt nak admit ke ward. Pada kebiasaannya depa akan call dulu ke ward untuk maklumkan pesakit akan dihantar ke wad berserta diagnosisnya. Lagi gelabah bila diberitahu diagnosisnya pelik-pelik contoh: UGIB TRO malignancy. TRO Hematological Mg. Bila dapat impression macam ni sebelum pt masuk ke wad, perasaan cemas meresap ke segenap jiwa. Sampai kadang-kadang terkompius ni kes medical@ surgical?

Dan lagi sifoo nasihatkan aku: 

"Dont follow their impression, make our own impression base on clinical examination& investigation" 

Dan sekali lagi perkara ini amat berguna tatkala oncall bersendirian. Tenang, relaks, berfikir dengan waras. Clerk pt betul-betul. Tengok investigation yang dibuat @ETD. Tgk CXR. Cari abnormal finding. Buat examination. Order proper investigation. Buat plan management baik-baik. Dan.... buat diagnosis yang berkaian. Salah takpe! yang penting management kena betul. Ini kalau admission 2-3 satu malam boleh lah nak tenang. sekali satu malam ada 13-14 admission pandai-pandailah korang nak tenangkan diri. haha sure akan gelabah punya sampai rasa nak nangis, SOB, palpitation semua ada

1st Day

Ingat lagi masa awal-awal masuk ke Medical, kena perli siap dengan bos sebab tak pernah ambil darah, pasang Branula, tak reti interpret ECG dan banyak lagi. Pesanan aku kalau tak tahu banyak perkara, jangan segan silu untuk belajar. Dan jangan malu-malu untuk mengaku yang kita tidak tahu. Orang disekeliling boleh membantu seperti HO, MO [tak semua lah kan], dan STAFF NURSE! Aku lebih banyak belajar dari staff nurse. Dose-dose ubat celah gigi diorang. Management pun banyak yang depa lebih expert. CPR pula macam exercise harian bagi dorg. So, belajar dari mereka. Respect mereka. Sebab pengalaman mereka lebih luas dan banyak berbanding kita seketul HO yang berpangkat UD 41 yang tiada lain melainkan ilmu yang seciput saja.

Yang paling dekat itu MATI!

Satu perkara yang sering aku ingatkan diri aku setiap kali buat CPR pada patient ialah bahawa satu hari nanti kita akan MATI. Harini buat CPR pada orang, esok lusa mungkin orang pula yang buat CPR pada kita. Jika berhadapan dengan saat-saat kematian, jangan lupa untuk mengingatkan diri sendiri bahawa kita juga akan melalui detik kematian itu. Takut-takut bila dah selalu sangat berhadapan dengan kematian perkara itu menjadi RUTIN BIASA dan TIDAK MENINGGALKAN SEBARANG KESAN DAN MUHASABAH PADA DIRI SENDIRI.

“Katakanlah, ‘Sesungguhnya, kematian yang kamu lari darinya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.’” (QS. Al-Jumu’ah : 08 ) 

Takde Life! Tapi banyak pahala??

Serius. Medical posting memang takde life! Masa makan tah ke mana. Masa bersukan entah ke mana. Lari ke sana ke sini. Jalan laju-laju. Trace result Ix. Isi borang itu borang ini. Kena marah sebab salah orang lain. bla..blaa boleh tambah sendiri seksaannya. Sehari berbelas-belas jam dalam wad. Bla..bla..bla.. [mengomel lagi sorang-sorang] Tapikan, selalu orang lupa satu perkara. BASIC pada setiap PERBUATAN SEORANG MUSLIM bermula dengan NIAT YANG BETUL! Sebenarnya, Medical posting tempat mengumpul PAHALA dengan sebanyaknya jika kita sentiasa memperbetulkan dan membaharui niat setiap hari! Wow~ Saya teringat hari pertama saya masuk posing Medical dapat mesej dari seorang makcik ni [moga Allah Rahmati dan luaskan rezeki beliau sekeluarga]:

"Tajdidkan niat, sentiasa IKHLAS kerana Allah, nanti dah jadi ROUTINE, tak rasa Ikhlas tu"

Jika niat kita betul,ikhlas dan kerana Allah insA allah akan beri ganjaran yang setimpal. Rugi sekiranya kita berkerja hanya kerana mengejar kekayaan dunia semata-mata. Nanti dah berkerja akan berjumpa dengan pelbagai kerenah manusia. Ada yang berkerja kerana duit, ada yang hanya berkerja berkadar terus dengan gaji yang dibayar. Pernah satu hari sewaktu saya oncall yang sangattttt banyak admission ada seorang ini berkata: Gaji Dr banyak bolehlah kerja lama-lama. Gaji saya ni kecik saja, so tak payahlah kerja susah-susah. Kalau kerja banyak pun gaji bukan bertambah.." Memang logik kan? Tapi saya berfikir sebaliknya. Kalau ahli keluarga kita yang masuk hospital dan memerlukan rawatan, sudah tentu kita mahukan rawatan yang terbaikkan? Jadi berilah rawatan yang secepatnya dan yang terbaik seolah-olah pesakit itu ahli keluarga kita sendiri. InsyaAllah walaupun gaji kecil/gaji besar, kalau niat ikhlas Allah akan lapang dan luaskan rezeki tanpa disangka-sangka.

Dan niat adalah perkara penting yang menjadikan perbuatan kita ADAT aau IBADAT. Jangan lupa! Takde life! Tapi dapat kumpul banyak pahala kan???

Terima kasih

Aku ucapkan terima kasih pada warga Medical HTAN yang banyak membantu dan menolong aku selama ini terutamanya staff nurse wad 1 (ni mmg SN yang palinggggg banyakkkkk tlg dan motivate aku), wad3, wad 4, geng HO, MO dan Bos. Doakanlah aku berjaya di Surgical Department pula.

Surgical

Semalam dah lapor diri pada bos Surgical. InshaAllah akan bermula pada hari Isnin ini. Doakanlah ye rakan-rakan sekelian.

Ok. Rasa macam dah banyak berceloteh. Nanti ada kesempatan aku update. Moga perkongsian ini bermanfaat.

Sekian.

ps: Turun 10kg tetapi gradually increasing weight bila dah akhir-akhir posting medical. Habislah. Buah tembikai dah mula tumbuh di perut. Pergi kau tembikai!

Tuesday, January 24, 2012

24/1/2012

Menulis dengan hati yang tenang dan jiwa yang tenteram. Selepas segalanya diserahkan kepada Allah.

Hari ini satu chapter dalam hidup aku berakhir. Dan akan bermulalah chapter-chapter baru yang wataknya akan berubah-ubah mengikut ketentuan yang Allah sudah tetapkan.

Menyesal? Tidak. Kerana aku diberi peluang untuk berkenalan dengan hambaNya yang penuh dengan hikmah, karisma dan banyak manfaat yang dapat aku sedut dan tempelkan pada diri aku. 

Tsiqah dengan Allah. Percaya dengan Allah? Hari ini juga ada pelajaran barunya. Percaya dan redha dengan ketentuan Allah itu bukan letaknya pada lafaz semata-mata, tapi ia diikuti oleh rasa tenang, bebas dan redha dalam hati selepas Allah menetapkan segala-galanya. Pelajaran terbaik yang boleh dijadikan bekal oleh si kelana berjiwa kontang seperti aku.

Diri ini tandus. Jiwa ini gersang. Perlu diisi dengan sebaik-baik bekal sebelum perjalanan ini terhenti dalam jasad yang sudah kaku dan keras. Moga perjalanan ini dapat menemukan aku dengan mereka yang sudi berkongsi bekalan mereka dan kami bersama-sama menuju destinasi abadi itu.

Ayat yg sempat aku baca dan hafal ptg tadi dan membuatkan jiwa aku tenang:


إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْداً عَلَيْهِ حَقّاً فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ



Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Moga diri kita yang kerdil ini dibeli Allah dgn nilai syurganya yg sgt mahal. 


24/1/2012
Selasa
One Chapter Ended.

-------------

Next Chapter.

Bismillah.

Wednesday, November 9, 2011

Raya Eid Adha 2011

Gambar sekitar solat Raya Adha. Dah cukup tua utk berada di sini. dan sudah tiba masanya untuk raya yg terakhir di Mesir. Melainkan kena dtg lagi utk asbab lain nanti.  jumpa zaujah attachment master etc

Tak banyak gambar yg ditembak. Ini pun utk laporan kpd family dan ada sorg junior yg baca-belog-ini senyap-senyap tu suruh upload kat FB. Sabaq ye dik. I suka tangkap gambar jeww. I tak suka upload gambar kat FB. Dah u baca belog ni, i letak kat sini dulu la ye. Ewww~

Masa berlalu dn sangat pantas skrg. tup tap tup tap dah tinggal 2 minggu je lagi sebelum exam bermula. Justeru, saya pohon kepada semua untuk mendoakan kami yang bakal menghadapi final exam bermula 24/11/2011, Khamis. Doakan urusan kami dipermudahkan. Ilmu kami bermanfaat dan diberkati. Dikurniakan nikmat kesihatan yang baik sebelum, semasa dan selepas exam. Doakan setiap kerja buat kami mengulangkaji dan study dikira sebagai ibadat disisi Allah. Doakan MUMTAZ semuanya tahun ini. Doakan segala yang baik utk kami. Biiznillah.

Sekian. Mood nak menulis sudah mula pudar sejak akhir-akhir ini. Maaf atas pos yang pending dan tak kesampaian nak dikongsikan [HIMPUN dll]. 

Sekian.









junior itu yg tgh sembelit?




Tuesday, April 19, 2011

Kerana Muslimah itu sangat berharga...

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan (menjaga) pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan (memanjangkan) kain tudung (khimar) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera (anak-anak lelaki) mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.” (Surah an-Nuur, 24: 31)

Awal-awal blog dah letak ayat Al-Quran. Baca betul-betul dan fahamkan makna. Dan izinkan ana berkongsi rasa sebagai seorang lelaki normal.

Cerita yang bermula petang semalam sewaktu balik dari tuisyen.

"Ajut, nampak kepala di hadapan?"
"Mana2?"
"Tu yang kat depan. Tgk betul-betul.."
[suspek seorg muslimah Arab? yang mengenakan tudung dan baju yang keterlaluan sehingga menampakkan kepala terbeban dgn berat tudung. Maaf. Ini adalah realiti. Bukan menghina.

Dulu waktu ana mula-mula datang belajar di sini, ana lihat, semua muslimahnya bertudung labuh. Berjubah dsb. Pendek kata dari atas ke bawah boleh menyebabkan hati ana gundah gulana. Takut-takut iman bergegar kalau setiap hari bertemu dgn Muslimah sebegini di tgh jalanan. Maklumlah time tu ana tgh 'ustat' lagi..

2-3 tahun kemudian, ana lihat gejala Muslimah giat berfesyen di Mesir ini sangat mengejutkan sekali. Kalau dulu senang nampak org berjubah dan berpurdah, tapi sekarang bilangannya sudah berkurang. Bilangan yang bertudung lilit-lilit dan menampakkan dada serta bermekap ibarat 'menconteng arang dimuka 'sudah semakin keterlaluan belakangan ini. Itu belum kira lagi couple yang duduk bertenggek di kaki lima di tepian jalan menuju ke kuliah dan centre. Pendek kata, gejala Jahiliah ini sudah mula bermaharajalela.

Bukan bertujuan untuk menghukum. Dan bukan juga tujuan untuk mengaibkan sesiapa. Tapi inilah gambaran sebenar atau realiti semasa yang sedang dihadapi oleh negara yang ana kira antara yg Muslimnya masih kuat berpegang kepada agama, Mesir. Cuba antum semua bayangkan bagaimana pula keadaannya di negara-negara lain yang penduduknya kurang mengamalkan budaya Islam. Sudah tentu keadaannya lebih mencemaskan bukan? Pemakaian, perbuatan,pergaulan, muamalat harian dsb adalah imej yang dipantulkan melalui kefahaman mereka terhadap agama Islam itu sendiri.

Selepas episod revolusi [saurah] yang menyaksikan kejayaan gelombang kebangkitan yang dimonopoli pemuda Mesir, satu revolusi baru perlu dibangkitkan seiring dengan kejatuhan rejim Mubarak. Revolusi pemikiran dan akhlak muda-mudinya ke arah yang lebih bertamadun, berakhlak, santun dan seiring dengan kehendak agama Islam itu sendiri. Kita semua pernah dengan frasa ini:
“Jika ingin melihat Negara pada masa hadapan, lihatlah kepada para pemudanya ..."
Andai rosak akhlak dan agama muda-mudi sesuatu negara, maka secara kiraan mudahnya gelaplah masa hadapan negara tersebut.

Ana, antum
------
Aku, kau

Wanita idaman kami

Menyentuh kembali bab aurat wanita [bukan nak bersyarah] aku terpanggil untuk berkongsi rasa dan hati aku dan beberapa org rakan. Agak-agaknya apa perkara pertama yang akan korang nilai bila melihat seorang perempuan? Secara peribadinya, aku melihat kepada pemakaian. Pemakaian yg menepati syarat yang ditetapkan Islam. Apa syaratnya? Ha tulah sebabnya aku letak ayat Al-Quran dalam muqaddimah entri ini. Cuba baca balik. Ada jawapan yang Allah bagi untuk persoalan ini.

“وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا” - “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.”

Maksudnya di sini, janganlah kamu (wanita yang beriman) menampakkan walau satu pun perhiasannya kepada lelaki ajnabi (yang bukan mahram), kecuali yang tidak dapat disembunyikan.



Kami nak cantik-cantik. Apa salahnya? Awak lelaki apa tahu??

Kami yang golongan perempuan ni suka hati kamilah nak cantik-cantik. Nak pakai tudung lilit-lilit sampai nampak kepala berat ke. Nak pakai kobis dan balut atas kepala ke. Nak pakai tudung singkat sikit tapi menutupi upper 1/3 of our breast ke. Ape ade hal dgn ostat?Yang 'ustat' nak sebuk-sebuk jaga tepi kain saya  ni apasal?'Ustat'  bukan suami saya pun.Cett!

Ha apa salahnya nak cantik-cantik? Baguslah nak cantik-cantik. Tapi kan lebih molek lagi kalau bercantik-cantik di hadapan suami nanti. Tengah suami korang dok penat-penat baru balik kerja waktu petang, tiba-tiba korang datang peluk dia sambil pakai cantik-cantik. Mekap semua. Tudung Wardina bagai. Korang ingat kami sebagai lelaki ni akan rasa apa? Cemas kot~ Mesti ingat baru balik kerja isteri dah nak jalan pergi pasar malam kan??

Dan kalau aku sebagai lelaki normal aku akan tanya: "Awak nak pergi mana pakai cantik-cantik macam artis ni?" Dan korang pula bagi jawapan pada suami korang:"Saya pakai cantik-cantk ni utk sambut abang balik dari kerjalah.." Dan kalau akulah suami dia, korang rasa apa yang akan aku rasa?  Boleh berenti sekejap degupan jantung aku. Silap-silap darah pun tak mengalir.Dah tentu la waktu itu penat aku terus hilang. Hati aku senang. Senyum meleret sampai sepet mata dan aku terus mandi siap-siap dan sujud syukur kot sebab dapat isteri yang sanggup bercantik-cantik utk aku. Lepas tu terus solat maghrib sama. Pastu baca Quran sama-sama.Pastu dan pastu yang lain. Bukankah begitu lebih molek bagi seorang perempuan? Semakin cantik di mata suami, semakin suami sayang katanya.

Sebagai lelaki aku cemburu.

Sifat cemburu adalah sifat yang perlu ada pada setiap lelaki. Ini bukan aku kata. Tapi Ust Kazim yang kata. Manakala sifat perempuan yang menjadi mahkotanya pula adalah MALU. Sebagai lelaki, aku akan tersangat cemburu andainya bakal isteri aku pernah mempamerkan kecantikannya kepada orang lain sebelum dia berkahwin dengan aku. Aku sebagai suami lebih layak untuk melihat kecantikannya berbanding lelaki lain. Kan?

Dan sebagai wanita, kamu semua perlulah malu untuk menunjukkan kecantikan kamu di khalayak ramai kerana kecantikan kamu hanya layak ditatap oleh suami kamu yang bersifat cemburu. Jangan khianati dia sebagai bakal suami kamu.

Angin, sampaikan rinduku kepada dia di Selatan..

Kami sayang sebab itu kami jalan pegang tangan. Kami rindu sebab itu tiap hari kami bertemu. Kami cinta sebab itu kami makan suap-suap. Kami sms setiap saat. Kami pakai baju matching. kalau dia jauh, saya call dia. Kalau dia stress, saya yang memotivasikan dia. kalau dia ada masalah, saya yang membantu dia menyelesaikan masalah. Dan semakin kami menghabiskan masa bersama, semakin kami bertambah sayang.

Dan bila nak buat semua perkara di atas? Bila kita dan dia sudah bergelar SUAMI ISTERI. Bila semuanya sudah HALAL. Bila ayahnya sudah menyerahkan dia di bawah tanggungjawab saya. Bila HATI DAN PERASAAN saya sudah saya serahkan kepada dia untuk dijaga. Dan bila harinya saya akan mengungkapkan kata cinta saya pada dia..Dan bila tiba saatnya saya boleh merindui dalam dalam keadaan halal..

Tapi realitinya semua perkara di atas sudahpun dibuat oleh mereka yang sedang bercouple.. Moga kita dihindarkan dari perkara sebegini. Langkah dan permulaan yang salah boleh membuatkan perkara yang halal menjadi haram.

Kesimpulan

Dialog aku dan Ajut di atas bukan sekali dua kami dendangkan di mulut bahkan berkali-kali  terutamanya apabila bertemu dgn wanita Arab yang bercantik-cantik utk org lain. Kami lelaki Melayu normal tak tergamak untuk melihat perempuan Melayu terakhir juga turut terkesan dengan budaya nak bercantik-cantik sedemikian rupa. Takut-takut nanti jadi PENCEMARAN PANDANGAN  pula... Sekian sedikit perkongsian.

Hati yang lalai ini perlu selalu diingatkan secara berterusan.

ps:
1- Aku tujukan entri ini utk Kaklong, Hasanah, bakal isteri, bakal adik ipar perempuan juga.

2- Khas utk laki-laki: Semakin kita sayang seseorang, semakin kena suppress perasaan itu. Bersabar kerana Allah akan ganjari setiap kesabaran kita dengan nikmat yang tak terhingga.  YAKIN! hari ini kita sabar dari mengungkap kata cinta pada dia yang belum halal utk kita. Nanti lepas berkahwin moga-moga Allah limpahi keluarga kita dengan Rahmat dan kasih sayangnya dan perasaan cinta yang tak kita sangka-sangka. Silap-silap dapat rezeki anak kembar 3-4. Mana tau kan? Jom jaga hati!

3-  Kami yang normal ni lebih-lebih lagi nak isteri berhias utk kami Dahlah sanggup berhias, tambah dengan comel dia sekali. Terus pengsan~ @@ katanya nak kerja doktor kan. Kang kot-kota tak sempat jumpa kat rumah, dapat tgk isteri comel dan cantik babai-babai  dalam kereta kat parking hospital pun jadilah...

4- Anda aset yang begitu berharga. Jaga diri baik-baik

Saturday, January 8, 2011

Pengalaman| Kafilah Tibbiah, Syannisah 2011

Semalam, Jumaat 7/11/2010 aku telah berkesempatan untuk mengikuti program Kafilah Tibbiah anjuran Mans U di perkampungan Arab bernama Syannisah. Syannisah terletak di Markaz Agga di pinggir bandar Mansurah. Perjalanan kami bermula pada pukul 945 pagi dari tempat berkumpul, Mans U. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 25 minit.

Di sana, kami diberi kebebasan untuk memilih bahagian pemeriksaan mengikut kehendak hati. Antara pemeriksaan yang dijalankan ialah Surgery [Garahah], Internal Medicine [Batnah], Paediatrics, Dermatology [Jildiah], ENT [anfu uzun], Rheumatology, Neurology, Urology [masalik], Ophtalmology [Ramad] dan beberapa lagi pemeriksaan kesihatan lain. Kami berpeluang untuk melihat doktor Mans U merawat pesakit dengan lebih dekat dan berpeluang untuk belajar pelbagai ilmu baru di sana.

Pilihan pertama aku ialah Surgery dan ENT. Malangnya pada awal pagi, hanya ada seorang ptn yg datang untuk pemeriksaan "Carpal Tunnel Syndrome". Sesi Surgery akhirnya beralih menjadi sesi soalan oral [syafawi] oleh Dr yng bertugas! Huh! Trauma. Berpeluh jugaklah nak menjawab soalan yang diajukan. Soalan bertubi-tubi itu telah berjaya kami elakkan [aku, Azrul, Khalil Palestin] dengan beberapa patah jawapan dan senyuman blur. Akhirnya sesi oral ditamatkan setelah cubaan aku bertanya tentang post-graduate study berjaya. Maka sesi oral beralih menjadi sesi penerangan dari Dr pula. Lepas habis Dr memberi penerangan, kami lekas-lekas cabut ke bahagian lain pula. 

Sesi pemeriksaan berhenti untuk solat Jumaat dan bersambung semula selepas itu hingga jam 2 ptg. Selepas itu, sedikit jamuan diadakan untuk kami dan cenderamata buku Arab kepada semua peserta dan Dr-Dr.

Sekian.

ps: 
-Amacam? Ada mcm karangan laporan format UPSR?
-Syannisah tu nama KG ok. Bukan nama aku+nama sapa2. Kalau nama aku+nama sesorang dia jadi nama lain.

-----Galeri----

Geng Saudi.

Konvoi para Dr di belakang bas kami

Konvoi Dr. Macam nak g kenduri kawin

International student. Malaysia-Saudi-Palestine

Tempat pemeriksaan. Ni gambar lepas habis semua pemeriksaan. Gambar sewaktu pemeriksaan tak sempat dipukul akibat khusyuk melihat dan belajar dr Dr-Dr yg ada. 

Dr Neuro e Khalil

Dr Tropical dse

Dr Neuro and his ptn


Dr yang meng'oral' kami bertubi-tubi


Jamuan ringan. Fatirah-Gibnah Adim-Asal iswid-Asal biasa-Batang sayur. Tipikal Egyptian meal







Bebdk thn 6. Makin besar, makin macam-macam. Hereditary dse dari batch-batch sebelum ni jugak rasanya.


Baju merah yg tengah tu. Gigi sangat cantik.haha

Bro Muhammad dan kanak-kanak rebina

Kanak-kanak rebina yg happy selalu


Pemandangan Syanniah. Ni gambar waktu dalam perjalanan pulang

Awan mendung. Dan hujan renyai-renyai turun sekejap selama 10 minit. mansurah kembali sejuk.

Sekian

Friday, November 5, 2010

Perkongsian| SINERGI

[Kalau tak update tak update dah. Kalau tak tulis tak tulis dah.]

Pagi Jumaat yang indah. Redup. Cloudy. Dengan bunyi kereta yang lalu lalang di luar rumah. Hidup di sini buatkan aku sedikit tenang. Pagi Jumaat dalam minggu kedua. Minggu depan pulang sudah.

Cerita khutbah minggu lepas. Khutbah pertama dalam BI yang aku dengar dalam hidup ini. Dan pengisian yang sangat menarik dan wajar dikongsikan dengan semua. Khatibnya orang Syria. Kebetulan, beliau baru pulang dari  seminar isu Palestin 2 minggu yang lalu. Lalu banyak pengisiannya berkitar tentang isu Palestin dan umat Islam sedunia.

Antara point penting yang sangat membuatkan aku kagum dan terfikir ialah apabila beliau menyentuh isu masyarakat Muslim di UK. Komuniti Muslim di UK ini amnya dan Khususnya di Soton [Southampton] diajak agar bersama-sama memenangi dan menempati ruang hati non-Muslim agar mereka tidak berasa takut atau prejudis terhadap warga Muslim UK. Menariknya antara pengisiannya ialah Muslim di sini diajak untuk bersama-sama meyakinkan non-Muslim bahawa kita semua boleh hidup secara aman dan damai di atas mukabumi, negara yang sama dan bersama-sama menuju ke arah kehidupan yang lebih baik. 

"we can live together towards a better life and peaceful world"

Nampak apa halatuju masyarakat Muslim di sini? Menarik bukan. Komunitinya sudah ada agenda tersendiri. Terarah dan terpandu. Bila mendengar khutbah tersebut, aku cuba untuk membandingkan situasi di tempat negara aku belajar. Mesir. Ummud duniya. Perkara sebaliknya berlaku dalam komuniti Muslim Melayu.

Apabila berada dalam komuniti yang Islam adalah agama majoriti, maka agenda dan halatuju pemikiran Muslimnya sudah berubah. Pertembungan yang berlaku bukan lagi pertembungan Muslin-NonMuslim, tetapi pertembungan antara mereka yang baik dan siapa yang lebih baik. Masing-masing pun berebut untuk membuat perkara baik sehingga ada satu masa kita bukan lagi menanamkan rasa kasih dan sayang terhadap jiwa-jiwa Muslim, tetapi sebaliknya tanpa kita sedari kita telah menanamkan rasa benci, dendam, meluat dll dalam diri-diri Muslim terhadap lebih lagi dari sepatutnya kita membenci Zionis dan mereka yang menentang agama kita. Malang sungguh komuniti Muslim sebegini. 

Jadi, apakah penyelesaian untuk isu sebegini? 

Point utama ke arah berlakunya babak dan adegan sebegini adalah kerana kita berada dalam ZON SELESA. Mungkin kalau kita keluar dari zon ini, maka kita akan lebih berpijak di bumi nyata dan berada di dunia realiti. Hakikat di luar sini, bukan semuanya indah macam yang kita harap dan angankan. Takkan nama berdakwah kalau takde tentangan. Takkan ada rasa manis kalau kita tak tahu rasa pahit, masam dan manis. Selagi tak pernah rasa sangkut kat imigresen sebab nama ada Muhammad kat depan, atau sebab ada cop visa Egypt, selagi tulah kita sebenarnya ada dalam ruang lingkup zon selesa. Selagi tak naik Metro dan semua orang macam takut nak duduk sebelah sebab kita ada janggut, selagi itulah kita berada dalam zon selelsa. Selagi tak jalan mana-mana sambil bawa beg besar dan laluan sunyi tanpa orang di depan dan belakang sebab disangka bawak bom, selagi itulah kita sebenarnya berada dalam zon selesa.

Berlapang dada adalah asas terbaik. Walaupun ia bukanlah semudah yang diungkapkan. Adakalanya kita mengajak manusia supaya berlapang dada, namum apabila kita berada dalam keadaan tekanan dan emosi, maka berlapang dada sudah bertukar menjadi sebaliknya. Mulalah menghentam, menghambur fitnah dan sebagainya. Yang rugi nanti ialah Islam itu sendiri. Terus lemah. Mula dari niat untuk mengajak manusia ke arah kebaikan, silap-silap nanti akhirnya ialah membawa manusia ke arah kehancuran. Bukan lagi tujuan utama kita iaitu mengembalikan manusia kepada Tuhan.

Sentiasa membetulkan niat. Niat kita untuk memberi kefahaman kepada orang lain. Bukannya untuk meramaikan pengikut atau menarik undi-undi dsb. Kita boleh mengumpul jutaan manusia utk menjadi pengikut kita. Tetapi jika asasnya lemah, maka angka jutaan boleh dikalahkan oleh jumlah manusia yang sedikit yang dididik dengan asas yang kukuh. 

Kewujudan banyak gerakan/persatuan yang mengajak orang ramai ke arah Islam, bukanlah dianggap sebagai satu isu perpecahan seperti yang sering digembar gemburkan andainya kita memahami konsep SINERGI. SINERGI adalah situasi menang-menang [win-win situation] untuk umat Islam. Dalam keadaan kita yang sudah tiada khilafah, tiada siapa pun yang boleh mendakwa cara mereka yang paling betul untuk mengajak manusia kembali kepada Islam. Sinergi memberi impak yang sangat positif andainya kita ada agenda dan jelas dengan halatuju kita. 

Dan yang paling menarik, defini Kamus Dewan ttg SINERGI: 1. tindakan bersama dua atau lebih ubat, otot, dll utk menghasilkan tindakan pa­duan yg lebih berkesan drpd tindakan bahan tersebut secara berasingan; 2. usaha sama an­tara individu atau organisasi yg hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara sendirian.

SINERGI. Konsep yang menarik andai difahami oleh semua.

Ok. Kesimpulan untuk entri ini. Di dalam komuniti yang masyarakat Muslimnya adalah minoriti, maka pegangan Islam mereka adalah kuat. Dan sebaliknya, komuniti Muslim yang majoriti, Islamnya sudah tidak bersatu dan cacamerba. Jadi di atas tangan-tangan kitalah yang sepatutnya mengubah situasi ini agar kesimpulan ringkas aku sepanjang bermusafir di bumi UK dan Europe ini adalah terus SALAH untuk selama-lamanya.

Andai begini dan agenda inilah yang diterapkan dalam pemikiran umat Islam Eropah, maka tak mustahil Islam akan bangkit semula di Eropah ini. Terus 'admire' dan teruja dengan cara mereka mengembalikan semula Islam itu di benua ini. Doakan yang terbaik untuk kita dan mereka.

Sekian

Jom jadi umat yang ada agenda!

Cheers mate!

ps: Dah tulis macam ni baru rasa tersusun sikit. Sori ye yg malam td tu tak tersusun sgt.
Tak sabar nak dgr khutbah harini pula =)

.......

 @ Arc de Triomphe



 @ Musee de Lurve

 Erk. Sojuk mato momandang...


 Erk lg


@ Disneyland

Sekian

Wednesday, July 14, 2010

Pengalaman| Umrah 2006

Dok belek-belek gambar dalam folder-folder gambar. Terjumpa gambar-gambar kami menunaikan umrah sewaktu musim cuti panas 2006 dulu. Kenangan terindah. Alahai..Solehnya muka sorang-sorang..


Zaman ustat-ustat lagi


Waktu nak mendaki Jabal Nur


Last Day of the camp. Malaysia-Kenya-Jordan-Indonesia


Kenangan terindah di Masjid Nabawi. 


Moga Allah jejakkan lagi kaki-kaki kami ke sini suatu hari nanti. Amin.