”Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia (iaitu) kesihatan dan masa lapang”-Al-Hadis
Bila salah satu nikmat ini ditarik Allah, baru nak tersedar. Itulah yg terjadi skrg. Semalam baru 20 minit main futsal, ankle aku adalah terseliuh. Niat nak bagi badan sihat adalah tergendala selepas itu. Dan pagi tadi, waktu Subuh, kaki aku adalah tidak boleh bergerak lantas terpaksa berjalan terhincut-hincut. Gait adalah limping. Baru sedar yang selama ini Tuhan bagi nikmat sihat yang pelbagai itu, jarang pula syukur itu diucapkan sebagai tanda terima kasih kpdNya. Bila nikmat dah kena tarik, baru rasa menyesal. Baru rasa besarnya nikmat yang Tuhan selalu bagi.
Ah, manusia mmg mcm tu. Bila sakit/susah baru sedar. Bila senang nanti, lupa balik.
Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan kerana menarik nikmat itu. Kalau tidak tentu aku terus lupa dan kufur dgn nikmatMu.
Doakan aku sembuh cepat dari kecacatan ini.
Harap-harap takde ligament yg injured teruk
ps:dpt mc 3hari dari Hasanah. mc yg tak valid kat sini. Round perempuan dan penyakit-penyakit berkaitan mereka mula hari ini. Maalish. Hari ini adalah terpaksa cuti kerana telah menjadi seorg cacat.