Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Exam Final dan Ribut-ribut

1- Semakin hari semakin menjadi-jadi cerita dalam surat khabar sana. Apa tulisnya semalam. Kereta kebal berkeliaran eh? Masya Allah. Sesungguhnya sifat binatang buas telah diletakkan pada sebuah kereta kebal. Kalau famili dekat Malaysia sana kompem tak lalu makan seminggu. Propaganda betul.

2- Kepada keluarga dan saudara mara di Malaysia sana, no worries. Kami dekat sini sihat wal afiat. Makan cukup. Tidur cukup. Takda pun suasana seperti yang digemparkan dalam media massa. Cuma yang tak cukup sekarang ini ialah masa study! Sesungguhnya ia berlalu dengan begitu pantas sekali. Semakin hari semakin exam mendekati. 

3- InshaAllah jadual exam final ana adalah seperti berikut:

SURGERY
24/11- Paper 1 [4pm M'sia]
1/12- Paper 2 [4pm M'sia]
3/12- MCQ [4pm M'sia]
7/12- Clinical [2pm M'sia]
13/12- Oral [2pm M'sia]

OnG
16/1- Written [4pm M'sia]
18/1- MCQ [4pm M'sia]
22/1- Clinical [2pm M'sia]
29/1- Oral [2pm M'sia]

4- Mohon didoakan kejayaan ana dan rakan-rakan semua dalam menempuhi exam final MbbCh[mana huruf kena besar kena kecik ana fun tak tahu] kami ini. 

5- Kepada semua rakan-rakan, good luck. Mohon maaf atas kesilapan selama ini. Doakan kejayaan bersama.

6- Kepada rakyat Malaysia di Mesir, terutamanya di Cairo dan Alex, selamat menjaga diri dengan sebaik-baiknya. Jaga keselamatan diri. Jangan keluar rumah waktu malam. Jangan join mogok sekali. Jangan suka-suka sangat jalan sorang-sorang. Amalkan membaca doa ini setiap kali keluar dari rumah. 
باسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم


7-Moga Allah Taala pelihara keselamatan jiwa dan diri kita. Dan moga Allah permudahkan urusan kita untuk menuntut ilmu sehingga tamat di Bumi Mesir ini. Sekian

ps: Ni last post ana. Kott..

Wednesday, November 9, 2011

Raya Eid Adha 2011

Gambar sekitar solat Raya Adha. Dah cukup tua utk berada di sini. dan sudah tiba masanya untuk raya yg terakhir di Mesir. Melainkan kena dtg lagi utk asbab lain nanti.  jumpa zaujah attachment master etc

Tak banyak gambar yg ditembak. Ini pun utk laporan kpd family dan ada sorg junior yg baca-belog-ini senyap-senyap tu suruh upload kat FB. Sabaq ye dik. I suka tangkap gambar jeww. I tak suka upload gambar kat FB. Dah u baca belog ni, i letak kat sini dulu la ye. Ewww~

Masa berlalu dn sangat pantas skrg. tup tap tup tap dah tinggal 2 minggu je lagi sebelum exam bermula. Justeru, saya pohon kepada semua untuk mendoakan kami yang bakal menghadapi final exam bermula 24/11/2011, Khamis. Doakan urusan kami dipermudahkan. Ilmu kami bermanfaat dan diberkati. Dikurniakan nikmat kesihatan yang baik sebelum, semasa dan selepas exam. Doakan setiap kerja buat kami mengulangkaji dan study dikira sebagai ibadat disisi Allah. Doakan MUMTAZ semuanya tahun ini. Doakan segala yang baik utk kami. Biiznillah.

Sekian. Mood nak menulis sudah mula pudar sejak akhir-akhir ini. Maaf atas pos yang pending dan tak kesampaian nak dikongsikan [HIMPUN dll]. 

Sekian.









junior itu yg tgh sembelit?




Monday, October 17, 2011

...

Banyak kali aku cuba utk menaip. Tapi terhenti di tengah-tengah jalan. Lalu sekadar menambahkan draft yang telah menjangkau puluhan bilangannya. Maaf. Aku janji pada diri aku utk berkongsi. Tapi aku khianati diri aku sendiri.

Mungkin belum diizinkannya Nya lagi.

...

...

...

Sunday, October 9, 2011

HIMPUN!




Kalau perhimpunan BERSIH 2.0 kita boleh promote sakan, kenapa tidak utk HIMPUN? 
1 Ummah sepakat dalam isu Islam!


Himpunan Sejuta Ummat
Stadium Shah Alam
22 Oktober [Sabtu]
2.00-5.30 pm


Hadirkan diri beramai-ramai. Tunjukkan dan zahirkan suara dan sikap kita terhadap gerakan Kristianisasi terhadap umat Islam dan pencemaran terhadap agama Islam yang mulia ini!

Friday, October 7, 2011

Bajet 2012 dan gula-gula

1- Setel pembentangan bajet 2012 oleh PM. 1st time aku rasa macam teruja nak dengar pembentangan bajet kat dalam tv. Sebelum ni aku cuma teruja nak dengar pengumuman raya sahaja.

2- Menunggu dan ingin membaca komen pihak pembangkang dan pihak ketiga [NGO, ustaz2] selepas pengumuman bajet kerajaan 2012. Agak-agaknya apa respon mereka ek?

3- Dalam sesebuah negara memang tak dinafikan, peranan pembangkang sangat besar dalam memandu dan menjadi pengimbang dalam halatuju pentadbiran negara dan kebajikan rakyat. Hasil pembentangan bajet 2012 ni nampaknya melebihkan dan memenangi hati rakyat. Dan peranan PR kali ini memang cukup besar sehingga terhasilnya bajet sebegini.

4- Negara Berkebajikan. Boleh rujuk BUKU JINGGA DAN BUDGET 2012 PAKATAN RAKYAT. Tujuannya untuk memberikan kebajikan kepada rakyat dan mengurangkan bebanan yang dihadapi. Kalaulah kerajaan sekarang terus membutakan mata, aku rasa bajet 2012 tak jadi mcm yang dibentangkan tadi. Jadi, Syabas kepada kerajaan kerana MENDENGAR dan syabas kepada pembangkang kerana memberi KRTITKAN MEMBINA. Dua-dua dapat untung kan?

5- Selepas mendengar bajet gula-gula, marilah kita melihat pelaksanaannya pula pada tahun hadapan. Harapnya pihak kerajaan KOMITED utk melaksanakan semua yang telah dijanjikan.

6- Seronok kanak-kanak sekolah dapat voucher buku+mansuh yuran pengajian dan duit poket. Jangan diorang malas belajar jugak sudahlah. 

7- Mari membaca dan menganalisa. Kesedaran politik bukan bermaksud membaca dan mengepos blog dan sumber bacaan anda di FB semata-mata. Justeru, marilah kita menjadi pembaca, pengkritik dan penganalisa yang 'ilmiah'. Satu hari nanti mungkin kita terlibat dgn politik. Persoalannya: Kesedaran dan kefahaman politik bagaimana yang akan kita corakkan nanti?

Sekian.

ps: Simpan pos yg dijanji dalam draft. Malas nak pos.

Saturday, October 1, 2011

Hujan batu di negara orang..


Bermusafir di UK mengajar dan membuka mata aku untuk melihat pengamalan Islam yang berbeza di kalangan rakyat Malaysia di perantauan. Di UK, komuniti Muslimnya masih lg minoriti di sesetengah tempat. Ruang utk beribadat dan utk melakukan aktiviti keagamaan juga amat terhad dan terbatas. Namum, ia bukan penghalang untuk masyarakatnya yang majoritinya pelajar Melayu kita dari pelbagai latar belakang keluarga, politik dan pemikiran untuk bersama-sama menunjukkan keindahan agama Islam yang mereka anuti kepada penganut agam lain.

Tetapi di Mesir perkara sebaliknya pula yang berlaku dlm komuniti pelajar di sini.

-Adakah kita menunggu agama Islam menjadi minoriti barulah kita boleh sehaluan dan bersatu padu?
-Atau kita terlalu asyik dan seronok berada dalam ZON SELESA?

Tepuk dada, bukalah mata. Berfikirlah dengan minda yg luas. Lihat dengan hati yg tulus ikhlas. 

Dimana silap kita?


ps: teringin ke Korea dan Jepun pula selepas ini.

Friday, September 30, 2011

Hari Lahir 2011

1- Alhamdulillah. Rasmi menjadi 24 tahun pada 28 Sept yang lalu. Moga Allah berkati umur dan diampuni segala dosa-dosa yang lalu. Moga hari-hari mendatang lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya.


2- Meletakkan fokus dan target jangka pendek yang perlu dicapai dalam masa 5 tahun dari sekarang. Berkerja sebagai seorang Dr yang berdedikasi. Berumah tangga. Memiliki sebuah kereta dan rumah sendiri. Komited dgn i-medik jika Allah izinkan utk terus berada dalam jalan ini.


3- Terima kasih kepada kawan-kawan yang wish di FB, sms dan mendoakan. Moga Allah kabulkan doa-doa kalian.


4- Terima kasih kepada emak dan baba yang telah membesarkan sehingga ke hari ini. Terima kasih atas ingatan sms. Bila cakap kat mak tahun depan nak sambut besday berdua dgn isteri mak balas: "ewah-ewah".hehe. Doakan cheq grad dgn cemerlang tahun depan. 


5- Moga terus dedikasi, berdisiplin, maju ke hadapan dalam hari-hari yang mendatang. 


Sekian.


ps: Hari-hari lahir yg lalu
2008
2009
2010

Wednesday, September 28, 2011

Exam, kahwin, baby, selamat datang

1- Alhamdulillah. Hari ni setel exam round OnG. Exam round terakhir sepanjang 6 tahun aku berada di sini. Doakan keputusannya baik-baik saja. Kejutan soalan tadi masih lagi menghadirkan sejenis trauma kepada kami.

2- Secara rasminya, study leave selama 1 bulan lebih telah bermula. Doakan kami dapat menjalani kehidupan yang tabah sepanjang waktu study week ini. Doakan istiqamah+sentiasa bersemangat mcm Ajut+ positif+ berjiwa besar+ jadi rajin+berdisiplin

3- Tahniah kepada rakan-rakan yang telah mendirikan rumahtangga di sepanjang bulan Syawal. Warouq [Cairo] dan Dian. Syafiq Affandi+zaujah. Azizi. Mukmin. Syamil [Tanta]. Hanif Mahmud dan Nada, Aiman dan Tasnim, Kak Pipah dan pasangan, jr2 mans dll. Moga Allah berkati hubungan perkahwinan kalian, dikurniakan family yang bahagia, anak-anak yang soleh solehah dan berkekalan hingga ke syurga.

4- Tahniah juga kpd Kaklong dan Abg Nizam yang bernikah 2/9/2011. Akhirnya aku ada juga seorang abang. Moga rumahtangga kalian berbahagia sampai ke syurga. Kepada Abg Nizam, bertabahlah dikau tatkala ditinggalkan isteri yang meneruskan pengajian di negera India sana. InshaAllah nnt Tuhan balas pengorbanan kalian dengan rezeki dan Rahmat yang tidak disangka-sangka di hari mendatang.

5- Tahniah kepada Basyirah dan Azfar, schoolmate atas kelahiran cahaya mata, Iman Zulfa. Moga pengarang jantung hati kalian menjadi mujahidah agama dan anak solehah. Amin. 


6- Tahniah kepada graduan dentistry 1st batch Mans U, Raja Affan, Yazmeen dan Ain Azmi yang telah pulang ke Malaysia semalam. Moga Allah permudahkan kami utk ikut jejak kejayaan kalian juga. Selamat berkhidmat kepada masyarakat Tanah Melayu pula!

7- Selamat datang kepada Jr-jr baru. Selamat meneruskan pengajian dalam bidang perubatan. Selamat menjadi mahasiswa universiti kehidupan.

8- Tahniah kepada diri sendiri kerana bakal menghabiskan pengajian tak lama lagi. Sila berusaha dengan gigih, tabah, rajin, berdisiplin dan penuh tekun serta dedikasi. Cepatlah grad laju-laju.

Sekian



Thursday, September 1, 2011

Sejarah. Komunis dan UMNO



2 hari sebelum raya, kecoh kat media massa kata abg Mat Sabu dok julang komunis. Aku mula-mula malas juga nak ambil endah kisah tersebut. Maklumlah, bila dah balik Malaysia banyak sgt benda yang nak kena buat. Benda-benda macam ni dianggap sebagai remeh-temeh. Tapi lepas 2-3 hari berita tersebut tak surut, aku pun mula musykil. Kata media massa, ramai ahli keluarga mangsa Bukit Kepong yang terlibat marah dgn kenyataan Abg Mat tersebut. Kawan-kawan aku yang aktif PAS pun dah mula perli-perli, kutuk-kutuk dan emo-emo dekat FB sana. Blog sana sini dah tulis macam-macam. 


Tapi Abg Mat masih tak keluarkan kenyataan sehinggalah baru-baru ini dia kata dia sudah lupa apa yang diucapkan. Lepas itu, yang sokong PAS julang Abg Mat Sabu sebagai hero yang telah 'membangkitkan kesedaran tentang Sejarah'. Yang sokong UMNO pula kata polis zaman dahulu memang berkerja bawah British. Tapi untuk mendapatkan kemerdekaan, mereka kena berlawan dengan 2 musuh utama ketika itu. BRITISH dan PKM [Parti Komunis Malaya]. Jadi usaha pertama mereka ialah dengan melemahkan pengaruh komunis [PKM] dahulu dalam Malaya. Kemudian tumbangkan British pula. Dan memang itu yang berlaku pun sebenarnya kan?


Suatu pagi waktu Baba tengah baca surat khabar, baba tunjukkan tentang cerita Mat Sabu tu. Dan Baba rekemen buku 2 buku untuk aku baca lepas dia selongkar buku-buku dekat almari ruang tamu depan. 
1- Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan- Mohammed Salleh Lamry
2- Meniti Lautan Gelora Sebuah Memoir Politik- Said Zahari


Aku belum sempat pun nak baca buku-buku ini dan aku harap lepas aku baca aku dapat tasawwur sebenar tentang kenyataan yang Abg Mat keluarkan dari sudut pandangan dia dan boleh aku bandingkan dengan sejarah yang tertulis dalam buku-buku teks yang kita belajar dulu.


Jadi harapan aku selepas membaca 2 buku ini supaya dapat menjawab beberapa persoalan yang berlegar dlm kepala ini. Satu, adakah benar sejarah yang kita belajar dahulu telah direka untuk menyokong dan mengagungkan UMNO? Dua, adakah kenyataan Abg Mat itu benar atau sebaliknya beliau tersilap memahami Sejarah?


Aku malas nak join org ribut-ribut sana sini sebab dulu time sekolah subjek Sejarah aku tak minat pun. Karang dok ribut-ribut nampak pulak kita ni jenis tak faham Sejarah atau tersilap faham sejarah yang telah berputar belit. Nak kena baca 2 buku ni dulu sampai habis baru boleh komen. At least nampak sikit macam mahasiswa yang cakna politik dan tahu Sejarah
dari bercakap tak tahu hujung pangkal dan emo-emo tak tentu pasal.


Nanti kalau aku dah habis baca aku cuba tulis ringkasan buku-buku tersebut di sini. Entah bila nak habis bacanya tu jangan ditanya ye.


Sekian


ps: 
1-Tak minat politik dan Sejarah. Tapi berusaha untuk meminati mereka berdua.
2- Rumah dah mcm perpustakaan negara. Mcm-mcm buku ada.Tapi tak baca sebab tak pernah berniat utk membeleknya

Friday, August 26, 2011

...


HOME IS WHERE THE HEART IS 

 Ok. Utk kali kedua nak tulis mcm ni. Alhamdolillah 3las salama

Rindu nak bau hujan pun dah terubat. Hujan selebatnya pagi ini

Hajat nak buat seperais kat semua org pun dah terlaksana.

ps:
-Banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk benda tak setel lagi kat rumah ni. Lalang melambai-lambai. Daun kering meronta-ronta. Lampu tak menyala. Tingkap lompong nak kena ganti. Isteri gua pun nak eksesori raya baru. Ke lowyat dulu lah kita hari ni. Doakan selamat semuanya
-Adik2  yang nak exam lepas raya jgn teruja sangat memintal? ketupat diperantauan dan menggodak rendang di malam raya,  ingat-ingat ke exam tu sama. Macam2 doa dah dalam kapal terbang semalam. Siap amik mikropon pilot baca doa kuat-kuat
-26-3. Moga ini bukan Ramadhan terakhir. Kejar-kejar

Sunday, August 21, 2011

Lailatul Qadar



Alhamdulillah. Tahun ini sempat bertemu Ramadhan untuk kali yang ke 24. Moga terus dipanjangkan umur ini untuk bertemu dengan Ramadhan-ramadhan yang seterusnya.

Aku cuba untuk mengupdate blog ini sekerap mungkin sepanjang bulan Ramadhan, namun sesungguhnya aku cuma sempat merangka karangan di dalam otak sahaja setiap kali sebelum tidur. Bila bangun dari tidur, semua yang aku rangkakan lenyap terus.

Hmm. Sekarang pun aku sudah lost. Nak tulis pasal apa ek tadi? 

Aku ambil kesempatan untuk mengajak DIRI AKU dan kawan-kawan semua jom kita tingkatkan amalan kita di malam 10 terakhir Ramadhan ini. Moga-moga kita dapat bertemu dengan malam Lailatulqadar; malam yang lebih baik dari seribu bulan. 

Sekian. Wassalamu.

Sumber:google image
ps: 
-nntlah aku update apa yg aku nak tulis dlm pos ni..kalau ingat
-2nd vid in progress. tp BUKAN utk sengkenitproduction.doakan setel semuanya
-Moaweya kena Hepatitis A. Menggelabah aku tgk mata dia jadi kuning sbb jaundice. Doakan beliau segera sembuh

Tuesday, August 16, 2011

Ambil Cakna

Ambil Cakna. Entah. Aku tak suka bila dengar atau membaca perkataan ini. 
Maksud aku, perkataan Cakna itu sendiri. Tapi bukan maksudnya.

Cubalah guna ayat ambil berat, ambil tahu pula. Apa salahnya.

Ah. Tak salah pun guna perkataan ambil cakna tu.

So, apa masalahnya?

Masalahnya kalau tak ambil tahu hal org lain.

"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal umat Islam, dia bukan di kalangan umatku Al-Hadis"

ps: -memperbaiki hubungan sesama manusia dari hari ke hari supaya ia menjadi hubungan  mutualism yg memberikan manfaat kepada diri sendiri dan pihak lain. Tidak parasitism atau komensalism.
-Poci protes tidur dlm tandas pulak dah
-Target Ramadhan mcm mana?
-Oh apakah perasaan yg sepatutnya bila nak dpt abg? Nerbesssnye~

Sunday, August 7, 2011

Kalam Hikmah

‎"Org yg sibuk menebas semak tidak rasa sakit belasan nyamuk mengigitnya. Org yg duduk diam rasa sakit walau seekor nyamuk menggigitnya". Perumpamaan lama bertahun lalu, tapi sering terlintas dibenak fikiran saya. Org yg sibuk berdakwah sentiasa bersangka baik dan memaafkan walau kesalahan yg banyak, tetapi org yg tak berdakwah sering mencari kesalahan orang lain 
walau sedikit.

Allah~ Kalam hikmah dari Ustaz Halim Abdullah tatkala sedang berbuka megi depan komputer hari ini

Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa!

Mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan ini kepada  yang membaca blog ini, ahli keluarga, sanak-saudara, kawan-kawan dan seluruh Muslimin dan Muslimat. 

Moga semua amalan kita di terima Allah dan jadikan bulan puasa ini sebagai turning point utk kita mengubah diri kepada yang lebih baik.

Dan saya mengambil kesempatan ini juga untuk memohon maaf andai terdapat salah silap, terlepas atau terkasar bahasa. Justeru saya menyusun 10 jari memohon maaf atas segala kesilapan dan sahaja dosa yang dilakukan.

Ramadhan Kareem 


ps: Al-Fatihah utk ruh Jr CU saya, Fatin Fasihah yang pergi meninggalkan kita pagi td. Moga ditempat bersama para solihin.

Sunday, July 31, 2011

Once a Year


Alhamdulillah. Siap satu projek sebelum Ramadhan. Dan banyak lagi yang masih perlu disiapkan. Mohon doa dari kalian.

Special thanks to Muaz dan Husni yang membantu. Jzkk.

ps: Satu lagi. Bulan mensucikan jiwa-jiwa yang telah dinoda dan ternoda selama 11 bulan. JOM ambil dan rebut peluang ini dalam Ramadhan yang bakal berkunjung tiba.

Monday, July 25, 2011

Tsiqah dgn Allah

Manusia.
Usaha dan ikhtiar. Membuat yang terbaik untuk mengecapi apa yang dia mahukan dalam hidupnya.
Andai tak dapat, frust.

Burung.
Keluar pagi dari sarang untuk mencari rezeki. Terbang dari satu tempat ke satu tempat.
Tetap ia berusaha walaupun rezekinya hanya seekor ulat beluncas yang kecil.

Tuhan manusia dan burung itu.
Memberikan Rahmat yang tidak terhingga kepada makhluk ciptaanNya.

Kalaulah bukan dengan Rahmat Allah
Nescaya burung-burung kecil tidak dapat rezekinya berbanding burung besar.
Nescaya ulat di dalam batu tidak akan dapat hidup
Nescaya manusia itu tidak dapat apa yang dihajatinya
Sudah tentu apa-apa yang diusahakan, dihajati, 
dibuat oleh makhluk, hanya sia-sia belaka

Dan, kita hidup, tanpa kita sedari
kurniaan nikmat yang kita kecapi setiap hari
adalah kerana Rahmat Allah
hatta sehingga masuk ke dalam syurga sekalipun.
itupun kerana Rahmat Allah.

Semalam
Menguji aku dimanakah letaknya Tuhan aku dalam hati ini
Kadangkala, kita berbangga mengaku sebagai Muslim
Tapi hakikatnya kita adalah 'Atheis' berjenama Muslim
Yang tidak mempercayai dan meletakkan Tuhan 
di tempat sepatutnya, ketika diuji

Kalau ditanya tsiqah itu kepada pelajar sekolah
Sudah tentu abang yang berserban berjubah dan lancar memberi tazkiran itu diangkat sebagai tsiqah
Sudah tentu kakak yang bertudung labuh jalan tunduk memerhati lantai itu dikatakan tsiqah

Kalian
Dimanakah tsiqah yang sepatutnya diberikan kepada Tuhan itu setelah sekian lama kita menjadi Muslim 'Atheis'?

'Dan cukuplah Allah sebagai wakil...'(An-Nisa:81)

'Wahai orang yang beriman, cukuplah bagi kamu Allah, dan orang mukmin yang mengikuti kamu.'(Al-Anfal:64)

'Sekiranya kamu sudah berazam, maka bertawakallah kepada Allah.'(Ali-Imran:159)

  'Sesungguhnya Kami tidak meminta rezeki darimu, bahkan Kamilah yang memberikan rezeki.'(Taha:132)

ps:
Semalam.
Mengingatkan aku kembali kepada sebuah buku yang pernah aku baca, 5 tahun lepas. Tajuk:Tsiqah Billah [Yakin dgn Allah]-Hatta Yughayyiru maa Bianfushim- Dr Amru Khaled

Sunday, July 24, 2011

Projek Ramadhan

Projek sepanjang Ramadhan yg sudah dirancang dan akan bermula. Harap semuanya lancar. 2 short movies+ video tazkirah. Apa yg kita perlukan ialah kesungguhan dan keazaman yang membara. yeah. doakan!










































ps: Update ringkas-ringkas macam ni pun best jugak.
Selamat menongkah arus!~

Sunday, July 17, 2011

Bahasa Arab


Hari ini ada semacam perasaan kecewa dan kesal dalam diri aku. Waktu lepas habis round tadi, kami berpakat untuk mengisi buku Log OnG dengan aktiviti yg telah ditetapkan dalamnya. Selak punya selak, setiap page kena ambil History [Hx] of ptn even ptn yg dtg di outptn Clinic. Maka bermulalah sesi soal jawab dengan ptn. Kami tanya sepatah dia jawab berpatah-patah. Tapi bila dia jawab tu, kami 3 ketul terpinga-pinga nak memahamkan Complaint [C/O] yang diberitahu. Ajut mula menyelak buku Clinical PERUBATAN. Aku konon buat paham tanya ptn berkali-kali. Pesal bertindak bijak memanggil seorg student perempuan Arab utk membantu kami menterjemah loghat pasar ke Bahasa Inggeris. Tugas mengambil Hx selesai setelah menghampiri satu jam.

BA

Penguasaan BA diri aku secara peribadi, aku setakat yang aku evaluate hanya berkisar kepada muamalah harian sahaja. Pergi membeli barang di kedai, menaiki teksi, bertanya soalan-soalan mudah dsb. Kalau dalam istilah perubatan, maka penguasaan aku adalah -ve. Tak sampai ke tahap 0 pun. 

Sekadar perkongsian kpd Jr yang baca blog ini, untuk mengambil Hx, terbahagi kepada beberapa part. 1-Personal Hx: Name, age, sex, adress etc. Kemudian 2-Complaint [CO] .3- Analysis of the complaint [Present Hx] -Onset, corse, duration, associated symptoms, symptoms of similar system etc. 4-Past Hx 5- Family Hx dan banyak lagi.

Dalam setiap bahagian, perlu ada pertanyaan khusus supaya kita dapat membuat analisis tentang penyakit yg dihadapi. Cth. Ptn CO is bleeding in the lower abdomen. Banyak soalan yang perlu ditanya selepas ini. Antaranya, sakit increase by what? Decrease by what? Progressive/regressive course? Duration of pain. Radiated to other site or not? Pain started since when? dan banyaaaaaaaaaakkkkkkkkkkk lagi associated symptoms yang nak kena tanya. Ini baru satu CO. Kalau CO nya ada 2-3: Pain-bleeding-mass dsb. Apa macam? Persoalannya: mampukah kita utk menganalisa penyakit dgn sebaiknya tanpa penguasaan Bahasa Arab yang mantap? Ha, itulah sebab nya kekesalan telah berlaku pada hari ini. hakikatnya 6 tahun yang telah berlalu ibarat aku tak pernah belajar BA. Stress!!! 

Tujuan aku menulis ini untuk memberikan gambaran awal kepada korang [yang sedang pre clinical] untuk membuat persiapan rapi untuk zaman clinical nanti. Pandai bertutur BA, mampu untuk menmbaca dan memahami buku BA, faham kuliah BA pun belum tentu akan menjadikan anda seorang yang pakar dalam Hx taking. Cumanya, jangan cuak sebab semua ini memerlukan kepada latihan yang konsisten dan mengambil masa inshaAllah..Ayat nak tenangkan diri .Jadi, belajarlah dan kuasai BA [kalau boleh ammi & fushah] supaya hari-hari mendatang anda dipenuhi dengan warna-warni dan kilauan kejayaan yang bergemerlapan.


Beberapa saranan untuk menguasai BA:
1- Berkawan dgn org Arab dan bertutur dgn loghat mereka.
2- Tulis dan tanya perkataan Arab yang tidak tahu dalam buku nota
3- Banyakkan membaca web, buku, kutaib Arab yang mempunya bahasa Arab yg mudah
4- Banyakkan dengar video BA Fushah dan Ammi
5- Boleh dgr ceramah Arab di sini
6- buku terjemahan clinical BA perubatan
7- Belajar bahasa bukan dengan menghadap buku semata-mata, tetapi dengan BERTUTUR DAN BERCAKAP.

Sekian.

ps: Boleh kongsikan cara kalian belajar BA di ruangan komen jika ada.jzkk 

Wednesday, July 6, 2011

AWAS! Blog ini adalah tempat 'meracun' pemikiran anda.

Sumber:Google Image


Maaf kerana menutup blog ini secara tiba-tiba selama 2 hari. Cuba untuk mengurangkan kadar kemasukan asing ke blog ini. Terima kasih kepada follower tegar. 

AWAS! Blog ini adalah tempat 'meracun' pemikiran anda:) 

In progress:
-Jgn jadi Abu Lahab
-Ummat Buih.

ps: Good luck kepada semua yg exam esok.

Saturday, July 2, 2011

Ankle Sprain

”Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia (iaitu) kesihatan dan masa lapang”-Al-Hadis

Bila salah satu nikmat ini ditarik Allah, baru nak tersedar. Itulah yg terjadi skrg. Semalam baru 20 minit main futsal, ankle aku adalah terseliuh. Niat nak bagi badan sihat adalah tergendala selepas itu. Dan pagi tadi, waktu Subuh, kaki aku adalah tidak boleh bergerak lantas terpaksa berjalan terhincut-hincut. Gait adalah limping. Baru sedar yang selama ini Tuhan bagi nikmat sihat yang pelbagai itu, jarang pula syukur itu diucapkan sebagai tanda terima kasih kpdNya. Bila nikmat dah kena tarik, baru rasa menyesal. Baru rasa besarnya nikmat yang Tuhan selalu bagi.

Ah, manusia mmg mcm tu. Bila sakit/susah baru sedar. Bila senang nanti, lupa balik. 

Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan kerana menarik nikmat itu. Kalau tidak tentu aku terus lupa dan kufur dgn nikmatMu.

Doakan aku sembuh cepat dari kecacatan ini.

Harap-harap takde ligament yg injured teruk

ps:dpt mc 3hari dari Hasanah. mc yg tak valid kat sini. 
Round perempuan dan penyakit-penyakit berkaitan mereka mula hari ini. Maalish. Hari ini adalah terpaksa cuti kerana telah menjadi seorg cacat.