Monday, December 5, 2011

Undi-PR-undi semula. Again and again?

Gegak gempita dan kehangatan pilihanraya/ mesyuarat agung semakin terasa [aku tak rasa apa pun]. Sana-sini sibuk orang ramai mengibar gambar calon pilihan mereka. FB, blog, twitter dsb. 

Dalam sedar tak sedar, musim sejuk ini untuk kesekian kalinya telah menjadi saksi kemunculan golongan yang menabur janji yang mereka sendiri belum tentu mampu untuk menunaikannya. Samada untuk menang PR semata-mata atau memang niat mereka itu ikhlas, maka kita serahkan semuanya kepada Allah. Itu urusan Dia dan dia.

Muhasabah

Cuma sekadar muhasabah. Acapkali menjelang apa-apa pemilihan? PR/mesyuarat agung dll, aku dapat melihat manifesto yang pelbagai bunyi dan rangkap. Manifesto melambangkan pemikiran/ perbuatan/ matlamat yang ingin dicapai oleh calon yang berkenaan sekiranya beliau memenangi PR. Manifesto yang dilaungkan semakin hangat menjelang hari-hari pengundian diadakan. Bermacam-macam dan sangat pelbagai.

Cuma yang sedikit aku kesalkan [barangkali ramai juga yang sedar], selepas sahaja menang pilihanraya, semua janji itu sekadar menjadi habuk yang berlalu pergi tanpa sedikit pun meninggalkan kesan. Janji hanya sekadar janji. Kesatuan? Kebajikan? Kebersamaan? Keterbukaan? persatuan milik semua? dan macam-macam lagi. Semuanya bertukar menjadi seolah-olah organisasi yang aku pimpin sekarang ini menjadi 'hak milik aku'. Semua aku@ exco tertinggi yang tentukan. Semua keputusan aku@exco yang buat. Akulah yang berkuasa menentukan segala-galanya. Yang lain suma perlu PATUH DAN IKUT. Ketika inilah voters hanya dianggap sebagai 'alat' untuk mendapatkan undian semata-mata. Mana perginya istilah KEBERSAMAAN yang dilaung-laungkan? Secara tidak sedar sebenarnya organisasi ini hanya ditentukan oleh pemimpin dan exconya semata-mata, bukanlah lagi AHLInya. 



Lebih malang lagi, kadang-kadang kalau kita menegur untuk penambahbaikan kerja di masa akan datang, kita pula yang dipersalahkan. Kononnya hanya pandai mengomen, tidak pula pandai nak membuat/ tolong berkerja, keputusan tersebut adalah hasil syura exco? [again] ahli persatuan lain tak layak memberi pandangan dan banyak lagi. Ini semua hanya sekadar contoh semata-mata.

Janji tinggal janji

Lupakah pada satu perkara. Sebelum berkuasa apa yang dijanjikan? Dulu pernahkan kalian berkata SATU HARI mengatakan persatuan/pertubuhan ini MILIK SEMUA dan kenapa 364 HARI menjadikan persatuan milik PERIBADI? Nice kan?~ Voters tertipu dgn janji palsu. Sebab itu, kalau nak bermanifesto pun biarlah berpada-pada. Jangan mudah berjanji sewaktu kita senang. Takut-takut nanti bila kita sesak dan sibuk dengan jawatan, kita lupa janji-janji yang telah kita taburkan. Sama macam sebelum kita dapat duit RM1000 dan merancang ingin mendermakan semuanya kepada perkara kebajikan. Bila dah dapat duit nanti percayalah dugaan dan cabarannya lebih banyak. Silap-silap RM 1000 yang ada belum cukup bahkan duit org pula yang disapu!

Amanah dan terus amanah. 

Peringatan dari Allah:
إنا عرضنا الأمانة على السماوات والأرض والجبال فأبين أن يحملنها وأشفقن منها وحملها الإنسان إنه كان ظلوما جهولا
Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (al-Ahzab, ayat: 72)

حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ شُعَيْبِ بْنِ اللَّيْثِ حَدَّثَنِي أَبِي شُعَيْبُ بْنُ اللَّيْثِ حَدَّثَنِي اللَّيْثُ بْنُ سَعْدٍ حَدَّثَنِي يَزِيدُ بْنُ أَبِي حَبِيبٍ عَنْ بَكْرِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ الْحَارِثِ بْنِ يَزِيدَ الْحَضْرَمِيِّ عَنْ ابْنِ حُجَيْرَةَ الْأَكْبَرِ عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا تَسْتَعْمِلُنِي قَالَ فَضَرَبَ بِيَدِهِ عَلَى مَنْكِبِي ثُمَّ قَالَ يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةُ وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا
Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Abdul Malik bin Syu'aib bin Laits telah menceritakan kepadaku bapakku Syu'aib bin Laits telah menceritakan kepadaku Laits bin Sa'ad telah menceritakan kepadaku Yazid bin Abu Habib dari Bakr bin 'Amru dari Al Harits bin Yazid Al Hadhrami dari Ibnu Hujairah Al Akbar dari Abu Dzar dia berkata, saya berkata, "Wahai Rasulullah, tidakkah anda menjadikanku sebagai pegawai (pejabat)?" Abu Dzar berkata, "Kemudian beliau menepuk bahuku dengan tangan beliau seraya bersabda: "Wahai Abu Dzar, kamu ini lemah (untuk memegang jabatan) padahal jabatan merupakan amanah. Pada hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi siapa yang mengambilnya dengan haq dan melaksanakan tugas dengan benar." (Shohih Muslim – Hadis ke 3404).

Harapan.

Biarlah yang humble memegang takhta.
Biarlah yang jelas halatuju dan matlamat memandu jiwa.
Biarlah yang berjiwa rakyat yg menjadi ketua.
Biarlah yang boleh menerima kepelbagaian persatuan dan fikrah yg menyatukan kita
Dan yang paling penting, kotakanlah janji-janji yang ditaburkan sewaktu anda merupakan rakyat biasa.

Ingatlah, jawatan boleh membawa kita kepada kebinasaan. Dan ia juga boleh membawa kita ke dalam syurga. Jangan sentiasa menganggap diri lebih mulia dari orang lain sebab kita ada jawatan. Anggaplah ianya AMANAH yang akan dipersoalkan. Ya, andainya anda silap di dunia mungkin tiada org yang berani bersuara menegur kepimpinan anda tetapi ingatlah di Mahsyar nanti SATU pun takkan terlepas dari dihisab Allah. Amanahlah dan rendahkan hati serendah-rendahnya. Moga amal kebaikan menjadi pemberat mizan anda.

To voters.

Moga kita tidak meneruskan cycle yang sama setiap tahun. Vote-tukar kepimpinan-vote-tukar kepimpinan tapi cara fikir dan kerja yang sama masih membelenggu mereka. So apa yang bezanya kan?

Kalau niat kita ikhlas nak tolong orang, takde jawatan pun kita masih boleh tolong orang kan? :)


Akhir


Ingatlah.
1 HARI anda diberi tempoh berkempen dan bermanifesto.
364 HARI Allah beri peluang untuk jalankan apa yang telah dipertanggunjawabkan dan dijanjikan. Laksanakan dgn sebaiknya.

Sekian. Ikhlaskan niat Lillah.

ps: Jawatan dan perbezaan pendapat telah menjauhkan kita. Kita bukan macam dulu lagi. Aku telah menjadi asing dan terus asing untuk selama-lamanya mungkin.

Tuesday, November 22, 2011

Exam Final dan Ribut-ribut

1- Semakin hari semakin menjadi-jadi cerita dalam surat khabar sana. Apa tulisnya semalam. Kereta kebal berkeliaran eh? Masya Allah. Sesungguhnya sifat binatang buas telah diletakkan pada sebuah kereta kebal. Kalau famili dekat Malaysia sana kompem tak lalu makan seminggu. Propaganda betul.

2- Kepada keluarga dan saudara mara di Malaysia sana, no worries. Kami dekat sini sihat wal afiat. Makan cukup. Tidur cukup. Takda pun suasana seperti yang digemparkan dalam media massa. Cuma yang tak cukup sekarang ini ialah masa study! Sesungguhnya ia berlalu dengan begitu pantas sekali. Semakin hari semakin exam mendekati. 

3- InshaAllah jadual exam final ana adalah seperti berikut:

SURGERY
24/11- Paper 1 [4pm M'sia]
1/12- Paper 2 [4pm M'sia]
3/12- MCQ [4pm M'sia]
7/12- Clinical [2pm M'sia]
13/12- Oral [2pm M'sia]

OnG
16/1- Written [4pm M'sia]
18/1- MCQ [4pm M'sia]
22/1- Clinical [2pm M'sia]
29/1- Oral [2pm M'sia]

4- Mohon didoakan kejayaan ana dan rakan-rakan semua dalam menempuhi exam final MbbCh[mana huruf kena besar kena kecik ana fun tak tahu] kami ini. 

5- Kepada semua rakan-rakan, good luck. Mohon maaf atas kesilapan selama ini. Doakan kejayaan bersama.

6- Kepada rakyat Malaysia di Mesir, terutamanya di Cairo dan Alex, selamat menjaga diri dengan sebaik-baiknya. Jaga keselamatan diri. Jangan keluar rumah waktu malam. Jangan join mogok sekali. Jangan suka-suka sangat jalan sorang-sorang. Amalkan membaca doa ini setiap kali keluar dari rumah. 
باسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم


7-Moga Allah Taala pelihara keselamatan jiwa dan diri kita. Dan moga Allah permudahkan urusan kita untuk menuntut ilmu sehingga tamat di Bumi Mesir ini. Sekian

ps: Ni last post ana. Kott..