Sunday, October 11, 2009

Dr = No MERCY


Mula drama sebabak.


Semalam bermulalah round Psychiatry. Round kedua dalam minggu kedua. Tadi adalah hari kedua dalam round kedua tersebut. Dapatlah melihat 2 org ptn [depression] dan seorang lagi umur 14thn yg mengalami masalah maniac. Kesian. Paling kesian yg ptn umur 14thn tu. Muda lagi. Perempuan. Tadi siap ada drama ibu-anak.Kesian betul. Menangis-nangis lah budak tersebut bila ibu dia menceritakan history dia kepada Dr. Aku memang kesianlah tgk ptn tersebut. Semua org pon macam khusyuk mendengar history dan cerita berkaitan yg ditanyakan Dr kepada emak tersebut. Dalam masa yg sama, si budak tersebut marah-marah kat emak beliau sampai kata emaknya-bukan-emaknya. Sedih siot. Ringkas cerita, Mesir ni memang ramilah org yg mengalami masalah tekanan emosi dan jiwa ni sebab persekitaran, genetik dll lagi. Mereka tak mintak pon untuk dapat penyakit-penyakit tersebut, tapi nak buat macam mana kan? Perancangan Tuhan itu melebihi segalanya. Dan harini aku teringat kata-kata seorang kawan aku ni. 


"Kadang-kadang Dr memang perlu TIADA PERASAAN BELAS KASIHAN KPD PESAKIT"


Pernyataan ini mungkin hanya difahami oleh mereka yg bergelumang dalam dunia Medic ini shj.


Habis drama


-------


Jumaat lepas aku ditaklifkan? dipertanggungjawabkan untuk bagi taklimat kpd student Thn 1 Conventional ttg sistem pengajian kami. Alhamdulillah. setel semua presentation dan edaran. Ramai jugaklah yg datang dan majoritinya  adalah conv. student. Nak cerita banyak pon susah jugak sebab depa ni belum start lagi kelas. So aku just terangkan secara basic-basic shj. Kang bg details sgt pulak buat pening kepala depa nnt. Harap depa paham lah apa yg disampaikan. Dan harap depa diberi kekuatan untuk mengharungi dunia medic yg penuh pancaroba ini. Jangan nanti ada pulak yg menambahkan drama macam kisah di atas sudah. Dan dalam slide aku yg terakhir, sempat aku bubuh pernyataan ini yg tiba-tiba terlintas selepas aku solat Jumaat, sebelum bg taklimat:



“Sikap anda ketika menjadi pelajar perubatan akan menentukan sikap dan sifat anda ketika menjadi doktor kelak”

Peringatan untuk diri aku jugak benonye..




2 comments:

kelinik+gigi+UM said...

-Tiap2 ari makan kat sepital yang sangat la tak best[PPUM je kot].
-Boleh tgk la life dokter2 ini. (dokter gigi+medic)

Ucapan: Selamat menjadi doktor.

p/s: aku jd doktor falsafah sude..

p said...

mkn kat sepital la best ape.

nasi kosong
sup ikan tawar

slmt2.