Tuesday, December 8, 2009

Pemikir Agung



Kau lelapkan mata
Ketika kebangkitan sedang marak menyala


Kau pekakkan telinga
Ketika mereka sudah gegak gempita bersuara


Kau lelapkan mata
Ketika panji-panji berkibar di angkasa


Kau lelapkan mata
Kau tekupkan telinga
Kau sorokkan kepala


Kau cuci tangan
Kau salahkan orang lain
Kau akui kau baik
Kau kata kau pemaaf
Kau kata kau terbuka
Kau kata kau berlapang dada
Kau kata punya mentaliti kelas pertama


Aku kata kau buta
Aku kata kau keras kepala
Aku kata kau buruk sangka
Aku kata kau mentaliti kelas ketiga


Aku tak suka kita tak bertegur sapa
Aku tak suka kita berburuk sangka
Aku tak suka kita bermuram durja


Dua bukan bermakna berpecah
Tiga, empat, lima dan enam juga
Andai kau faham makna sinergi

Aku mahu bertanya


Berpecah atas dasar apa?


Bersatu atas dasar apa?


Lihat-dengar-fikir dengan mata kepala


Hati itu suci untuk menilai bukan?

BANGKITLAH JIWA-JIWA MUDA
SEGAR DAN SEDAR DARI LAMUNAN




Di sini pemimpin dilahirkan

-Beyt Anak-Anak Syarep-
8/12/09 2:03 pagi


3 comments:

kawan said...

Salam,

Ni sajak2@puisi@apa2 aja..buat sendiri ka? sedap jg bila baca.

Ma'an najah utk imtihan kali.
smg kamu & kwn2 diberi ketenangan & kemudahan utk jawab dgn baik, insyaALLAH.

p said...

lg esdap kalau faham situasi.

meluahkan kebengangan jiwa pada insan yg memimpin.

rakyat bangun tatkala pemimpin tidur.

tapi pemimpin still lagi boleh membutakan mata dengan kebangkitan jiwa-jiwa itu.

ak benci pemimpin sebegitu.

hipokrit!

kawan said...

Nampaknya...kamu mmg btul2 marah dgn pemimpin yg ada..
tapi kawan xberada dlm situasi kamu,jd x terasa.

Apapun,berbeza bila kita berada di ats (pimpinan)& bila berada di bwh (ahli)..kdg2 bila kita jadi ahli@pengikut, kita lbh nampak apa yg pimpinan xnampak..
Doakan PEMIMPIN2 itu dicelikkan mata utk nmpak apa yg xnampak..
Smg bila kita jd pemimpin,kita akan bersedia utk memimpin & dipimpin..