Hai kawan-kawan. Assalamualaikum. Apa khabar? Selamat tahun baru Hijrah. Semalam baca doa awal dan akhir tahun tak? Aku baca. Doa akhir tahun sewaktu di kelas tuisyen. Doa awal tahun selepas balik dari kelas tuisyen. Maklumlah, tuisyen stat lepas Asar dan habis lepas Maghrib. Hujan pulak semalam. Hujan rahmat di awal tahun baru. Perfect beginning for this new year perhaps. Soalan. tahun ni dah berapa tahun Hijrah? 1428, 1429, 1430, 1431, 1432? Ha. Jawab2.
Apa yg korang doa semalam?
Doa aku simple je. Semoga dosa-dosa aku yg lalu diampunkan dan aku menjadi org yang lebih baik di tahun baru ini. Juga tak lupa aku berdoa supaya ilmu-ilmu yg aku pelajari diberkati dan bermanfaat. Hidup dalam limpah Rahmat dan kasih sayang Allah. Supaya tahun ni aku lebih sukses dan berjaya dalam pelajaran.Hidup tidak terpesong dari jalan yang lurus. Dikuatkan kembali untuk meneruskan rantai perjuangan para Nabi. Disayangi oleh makhluk Allah di langit dan di bumi. Dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah. Bertambah akhlak-akhlak baik. Hati lembut untuk membuat kebaikan. Diampunkan dosa kedua ibubapa aku. Kami adik-beradik semakin erat ikatan hati. Dan juga semakin kuat tali persahabatan dengan kawan-kawan dan sahabat.Dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Dan yang paling penting, dikurniakan isteri penyejuk mata dan penawar hati. (yg ni kena bold tapi kena gariskan kasi blur gak, takut mak n baba baca) Juga zuriat yang soleh solehah. Hurm. Simple kan? Ada lagi sebenarnya..
Beberapa hari lepas aku call Bunas kat UK. Dia taknak kalah. Nak gi Scotland dan tour Europe. Mak dan baba inshaAllah akan balik ke Malaysia hari ni. Adek pun taknak kalah. Rasa-rasanya dia dah gi Debon dengan kak Sanah. Aku? Aku taknak kalah jugak! HArini nak gi jalan-jalan di tepian pantai Mediterranean. Menghirup udara segar dan menembak matahari terbenam di King Farouq Palace inshaAllah. Doakan aku dan kawan-kawan ye. Sekian.
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH
KULLU AM WA ANTUM ILALLAHI AKRAB!
KULLU AM WA ANTUM ILALLAHI AKRAB!
1 comment:
selamat tahun baru.
semoga yang didoa termakbul..
termasuk yg bOLD tu!
Post a Comment