Tuesday, December 28, 2010

Semasa| Simple vs Complicated

Tadi masa tengah kelas OnG, ada seorang student perempuan Arab cuba untuk masuk kelas di tengah sesi pembelajaran. Ditolaknya sebelah kiri pintu [daun pintu ada 2] bersungguh-sungguh sampaikan satu kelas mengalihkan pandangan mata ke arah kesungguhan beliau untuk membuka pintu. Lepas bersusah payah, akhirnya pintu yg berdaun dua itu pun terbuka. Beliau pun masuk dengan muka yang amat gembira. Dan secara spontan, Dr pun berkata yang mafhumnya begini:

"Kenapa kamu semua suka buat kerja yang susah-susah? Sedangkan dalam hidup ni banyak je benda yang simple yg kamu boleh buat.. Kalau dah tahu sebelah pintu tak boleh bukak, cubalah bukak pintu yang satu lagi tu kan.." Ujar Dr sambil disambut gelak ketawa oleh semua student dalam kelas kami. 

Hakikatnya, dalam realiti hidup, memang kebanyakan student medic akan pilih cara yang susah aku rasa. Sampaikan ada masa, tak boleh nak selesaikan sesuatu perkara dengan cara yang paling mudah dan simple. Kadang-kadang benda yg hanya perlu logik akal, kita akan fikir dengan cara yang paling susah@ complicated. Cth, nak diagnose satu-satu penyakit. Kadang-kadang sebuk kita nak sebut penyakit-penyakit yang susah dan rare dse, tapi penyakit-penyakit yg common dan selalu berlaku dalam komuniti kita macam diagnose last-last sekali. Budak Medik mmg suka benda yg complicated agaknya kan?

Kemudian Dr menyambung kelasnya dengan ayat yang aku akan sematkan dalam hati ini.

"Diagnose the common, treat the treatable" Dr A. Badawi.

--------------
Tadi dalam Round Class, belajar tentang Breast Cancer. Cuma nak letak beberapa fakta umum tentang Breast Cancer kat sini.

Kanser ke-2 selalu berlaku [2nd common cancer in female]
SEMUA wanita ada kemungkinan menghidapinya [at risk]

Utk High Risk Group boleh baca di sini dan sini.
Untuk nak cek ada lump@ mass boleh cuba cari video di youtube. [Breast examination]

Sekian sedikit perkongsian.

7 comments:

Anonymous said...

abg fifi mmg seorang senior contoh..percayalah!

baihaqi said...

ya! abg fifi memang senior yang hebat!

:p

sista said...

fifi pulak dahhh

p said...

smpai dlm blog kena bakar...

Anonymous said...

hahaha.. fifi..
sedap juga nama tu.. =P

p said...

dah banyak nama samaran aku kat sini parihin..

yg latest. ABUYA. dah mcm ketua ajaran baru plak..

Anonymous said...

p nk kawin 2016 ke?hehe..