Monday, February 14, 2011

Travel| Athens, Greece [Day 1]

Trip yang tertunda

Alhamdulillah. Trip ke Turki dan Greece yang dirancang setelah sekian lama akhirnya telah berjaya dilaksanakan. Trip yang memakan masa selama lebih kurang 2 minggu bermula 28/1/2011- 12/2/2011. Sebenarnya misi merancang untuk ke Greece dan Turki ini adalah misi tertunda. Asalnya rancangan aku untuk ke dua-dua negara ini adalah pada cuti winter 2010. Namun, dengan perancangan Allah, cuti winter lepas aku habiskan di Bahriya [sini, sini, sini] dan mengikuti clinical training anjuran Mans U di sini.

Dengan berbekalkan peta dan panduan dari Adie, perancangan kami untuk ke Athens ibu negara Greece menjadi semakin mudah dan lancar. 

Escape.

Jumaat 28/1/2011. Jam 9 am, kami bertolak ke airport. Penerbangan menggunakan Egypt Air ke Athens adalah pada pukul 4 petang. sengaja kami memilih untuk ke airport [mator] awal untuk mengelakkan sebarang kelewatan dan masalah dalam perjalanan. Membaca perkhabaran dari akhbar Mesir dan tv, selepas solat Jumaat akan diadakan tunjuk perasaan besar-besaran untuk memprotes dan menuntut agar Pres Mesir, Hosni Mubarak untuk meletakkan jawatan selepas hampir 30 tahun memerintah. Alhamdulillah, tiada  masalah dalam perjalanan bahkan kami sampai di mator lebih awal dari yang kami sangkakan!

Trip kali ini disertai oleh aku dan 3 org jr. Pamoi, Kimoi dan Akramuddin [semua nama tercipta semasa dalam trip ini].

 Motif tindakan Akramuddin menanggalkan kasut dalam setiap flight masih samar-samar


 Athens from above



Athens.

Athens adalah antara kota tertua dalam dunia. Untuk maklumat geografi, demografi, sejarah dan lain-lain berkenaan Athens, boleh rujuk di sini

Setibanya kami di airport Athens, suhu adalah sangat sejuk sekitar 0 hingga -ve celcius. Dari airport, kami mengambil Metro untuk ke stesen Syntagma dan menukar laluan untuk berhenti di stesen Metaxourgio. Di sini kami meneruskan perjalanan untuk menginap di Athens International Youth Hostel. Di hostel ini, kami menginap dalam sebuah bilik berbentuk dorm yg mempunyai 4 katil [2 double decker] dengan bayaran sebanyak 15 euro seorang untuk satu malam. 

Penunjuk arah ke stesen metro. Kalau tiada terjamahan BI, nescaya kami berada dalam kesesatan yang nyata


Dalam bilik


Secara ringkasnya, pada hari pertama kami tiba di Athens, tiada sebarang aktiviti yang dilakukan kerana kami sampai di Athens, menjelang Maghrib dan selesai check-in di hostel menjelang jam 9 malam. Tumpuan hari pertama ialah untuk menyelesaikan urusan penginapan dan mencari kedai runcit berhampiran untuk membeli makanan halal sebagai makan malam kami.

Bersambung nanti...

ps: 40G gambar ditembak sepanjang trip ini. Camna nak kongsi pun tatau?
Dah genap setahun kan trip Bahriya?

No comments: