Capadocia: Bandar Batu.
Selepas teruja dengan kecantikan dan keindahan masjid-masjid yang terdapat di Bursa kami meneruskan perjalanan ke Capadocia,yang bermaksud "land of beautiful horses" sebuah wilayah yang terdapat di Central Anatolia. Central Anatolia mengandungi beberapa buah bandar kecil seperti Goreme, Uchisar, Urgup, Avanos dan Nevsehir. Perjalanan dari Bursa ke Capadocia mengambil masa kira-kira 10-11 jam. Mujurlah bas yang kami naiki amat selesa berpatutan dengan harganya sebanyak 45TL.
Setibanya di stesen bas Goreme, kami terus ke sykt travel agen yang berhampiran untuk mengambil pakej percutian yang ditawarkan di situ. [di sini satu-satunya tempat yang kami tak 'gamble' jalan sendiri]. Syrkt yang kami pilih ialah Rose Tour yang menawarkan pakej Green Tour dan Red Tour [entri selepas ini inshaAllah]. Memandangkan kami tiba hampir tengahhari, maka hari pertama di Goreme hanya dihabiskan untuk melawat sekitar kawasan berhampiran dan menunggang ATV.
------Galeri------
Dalam bas ke Capadocia. Dah macam dalam kapal terbang pun ada. Selesa.
Landmark Capadocia dan kawasan sekitar. Batu-batuan.
Batuan yang diukir dan dipahat sehingga menjadi rumah/bilik/hostel
Cave room kami. 25TL/day. Termasuk sarapan pagi.
ATV adventure. Mempunyai lesen penuh bukan jaminan untuk anda menjadi penunggang ATV yang hebat.
Fairy Chimney.
Mari aku kisahkan hikayatnya. Katanya batu-batu seperti ini wujud akibat mendapan larva gunung berapi. Aliran yang mengeras menghasilkan beberapa lapis batuan [Erciyes, Develi, Melendiz, Kegiboydoran, and Hasan Dag cones] Kemudian berlaku gempa bumi yang kuat beberapa juta tahun dahulu menyebabkan batu-batunya termampat. Dan akhirnya berlaku hakisan-hakisan menyebabkan batuan di sini berbentuk seperti yang dapat dilihat.
Rose Valley
Rose Valley menuju ke Red Valley
Dulu mungkin gua ini adalah rumah.
Krum Surg yang tgh struggle untuk memandu ATV nya yang berperangai pelik
Fairy Chimneys
Kelihatan tourist guide kami yang gusar dengan cara pemanduan Krum Surg dan ATV nya yang tidak kooperatif.
Menjadi musyrif Krum Surg supaya beliau tidak ketinggalan lagi.
Gereja apatah dicelah-celah gunung ni
@ Capadocia. Kasut ini adalah tidak sesuai dipakai di atas salji.
Pigeon Valley kalau tak silap
Menurut kepercayaan Org Turki, batu ini boleh membawa tuah. Rupa-rupanya mereka pun ada juga kepercayaan khurafat seperti ini.
Hurm. Perkara yang perlu dibuat sebelum bergambar di atas salji: Cabut helmet dulu.
Fairy Chimney terbesar dan tertinggi. Kalau tgk betul-betul, batu ini terbahagi kepada tidak lapisan. Cap-Neck-shaft. Capnya akan terjatuh apabila bahagian necknya terhakis. Mengikut kata tourist guide kami, dalam masa 10 tahun lagi, kebanyakan cap akan jatuh. Jadi, kepada sesiapa yang belum pergi lagi ke sini, bolehlah berbuat sedemikian ya.
Air yang telah membeku
Ektepe Hill. Sunset
Sekali lagi. Taasub! Sila tanggalkan helmet anda!
Bandar Goreme hampir tidak kelihatan akibat ditimbus salji. Untuk pengetahuan, Goreme bermaksud 'hidden'@tersembunyi. Goreme adalah antara bandar terendah dari paras laut di Turki.
Mengadap bandar Goreme. Sunset. Sebelum aku terpisah dari group ini akibat terlalu taasub menangkap gambar.
Drooling saliva. Waktu ini semua dah terlalu lapar. Namun terpaksa menahan sebentar utk sesi pengambaran. Roti panjang ini telah lesap kurang dari 5 minit selepas gambar ini diambil
"Aku pernah tgk Chef Wan masak benda alah ni dalam TV haritu" kata Surg Krum dengan angkuhnya kepada kami.
"......" respon kami selepas memakan benda alah ini.
Lagi ttg travel lepas:
ps:
Entri santai utk bebdk exam. Janji nak tulis yang tak tertulis-tulis..