“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan (menjaga) pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan (memanjangkan) kain tudung (khimar) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera (anak-anak lelaki) mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.” (Surah an-Nuur, 24: 31)
Awal-awal blog dah letak ayat Al-Quran. Baca betul-betul dan fahamkan makna. Dan izinkan ana berkongsi rasa sebagai seorang lelaki normal.
Cerita yang bermula petang semalam sewaktu balik dari tuisyen.
"Ajut, nampak kepala di hadapan?"
"Mana2?"
"Tu yang kat depan. Tgk betul-betul.."
[suspek seorg muslimah Arab? yang mengenakan tudung dan baju yang keterlaluan sehingga menampakkan kepala terbeban dgn berat tudung. Maaf. Ini adalah realiti. Bukan menghina.
Dulu waktu ana mula-mula datang belajar di sini, ana lihat, semua muslimahnya bertudung labuh. Berjubah dsb. Pendek kata dari atas ke bawah boleh menyebabkan hati ana gundah gulana. Takut-takut iman bergegar kalau setiap hari bertemu dgn Muslimah sebegini di tgh jalanan. Maklumlah time tu ana tgh 'ustat' lagi..
2-3 tahun kemudian, ana lihat gejala Muslimah giat berfesyen di Mesir ini sangat mengejutkan sekali. Kalau dulu senang nampak org berjubah dan berpurdah, tapi sekarang bilangannya sudah berkurang. Bilangan yang bertudung lilit-lilit dan menampakkan dada serta bermekap ibarat 'menconteng arang dimuka 'sudah semakin keterlaluan belakangan ini. Itu belum kira lagi couple yang duduk bertenggek di kaki lima di tepian jalan menuju ke kuliah dan centre. Pendek kata, gejala Jahiliah ini sudah mula bermaharajalela.
Bukan bertujuan untuk menghukum. Dan bukan juga tujuan untuk mengaibkan sesiapa. Tapi inilah gambaran sebenar atau realiti semasa yang sedang dihadapi oleh negara yang ana kira antara yg Muslimnya masih kuat berpegang kepada agama, Mesir. Cuba antum semua bayangkan bagaimana pula keadaannya di negara-negara lain yang penduduknya kurang mengamalkan budaya Islam. Sudah tentu keadaannya lebih mencemaskan bukan? Pemakaian, perbuatan,pergaulan, muamalat harian dsb adalah imej yang dipantulkan melalui kefahaman mereka terhadap agama Islam itu sendiri.
Selepas episod revolusi [saurah] yang menyaksikan kejayaan gelombang kebangkitan yang dimonopoli pemuda Mesir, satu revolusi baru perlu dibangkitkan seiring dengan kejatuhan rejim Mubarak. Revolusi pemikiran dan akhlak muda-mudinya ke arah yang lebih bertamadun, berakhlak, santun dan seiring dengan kehendak agama Islam itu sendiri. Kita semua pernah dengan frasa ini:
Selepas episod revolusi [saurah] yang menyaksikan kejayaan gelombang kebangkitan yang dimonopoli pemuda Mesir, satu revolusi baru perlu dibangkitkan seiring dengan kejatuhan rejim Mubarak. Revolusi pemikiran dan akhlak muda-mudinya ke arah yang lebih bertamadun, berakhlak, santun dan seiring dengan kehendak agama Islam itu sendiri. Kita semua pernah dengan frasa ini:
“Jika ingin melihat Negara pada masa hadapan, lihatlah kepada para pemudanya ..."
Andai rosak akhlak dan agama muda-mudi sesuatu negara, maka secara kiraan mudahnya gelaplah masa hadapan negara tersebut.
Ana, antum
------
Aku, kau
Wanita idaman kami
“وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا” - “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.”
Maksudnya di sini, janganlah kamu (wanita yang beriman) menampakkan walau satu pun perhiasannya kepada lelaki ajnabi (yang bukan mahram), kecuali yang tidak dapat disembunyikan.
Kami nak cantik-cantik. Apa salahnya? Awak lelaki apa tahu??
Kami yang golongan perempuan ni suka hati kamilah nak cantik-cantik. Nak pakai tudung lilit-lilit sampai nampak kepala berat ke. Nak pakai kobis dan balut atas kepala ke. Nak pakai tudung singkat sikit tapi menutupi upper 1/3 of our breast ke. Ape ade hal dgn ostat?Yang 'ustat' nak sebuk-sebuk jaga tepi kain saya ni apasal?'Ustat' bukan suami saya pun.Cett!
Ha apa salahnya nak cantik-cantik? Baguslah nak cantik-cantik. Tapi kan lebih molek lagi kalau bercantik-cantik di hadapan suami nanti. Tengah suami korang dok penat-penat baru balik kerja waktu petang, tiba-tiba korang datang peluk dia sambil pakai cantik-cantik. Mekap semua. Tudung Wardina bagai. Korang ingat kami sebagai lelaki ni akan rasa apa? Cemas kot~ Mesti ingat baru balik kerja isteri dah nak jalan pergi pasar malam kan??
Dan kalau aku sebagai lelaki normal aku akan tanya: "Awak nak pergi mana pakai cantik-cantik macam artis ni?" Dan korang pula bagi jawapan pada suami korang:"Saya pakai cantik-cantk ni utk sambut abang balik dari kerjalah.." Dan kalau akulah suami dia, korang rasa apa yang akan aku rasa? Boleh berenti sekejap degupan jantung aku. Silap-silap darah pun tak mengalir.Dah tentu la waktu itu penat aku terus hilang. Hati aku senang. Senyum meleret sampai sepet mata dan aku terus mandi siap-siap dan sujud syukur kot sebab dapat isteri yang sanggup bercantik-cantik utk aku. L
Sebagai lelaki aku cemburu.
Sifat cemburu adalah sifat yang perlu ada pada setiap lelaki. Ini bukan aku kata. Tapi Ust Kazim yang kata. Manakala sifat perempuan yang menjadi mahkotanya pula adalah MALU. Sebagai lelaki, aku akan tersangat cemburu andainya bakal isteri aku pernah mempamerkan kecantikannya kepada orang lain sebelum dia berkahwin dengan aku. Aku sebagai suami lebih layak untuk melihat kecantikannya berbanding lelaki lain. Kan?
Dan sebagai wanita, kamu semua perlulah malu untuk menunjukkan kecantikan kamu di khalayak ramai kerana kecantikan kamu hanya layak ditatap oleh suami kamu yang bersifat cemburu. Jangan khianati dia sebagai bakal suami kamu.
Angin, sampaikan rinduku kepada dia di Selatan..
Kami sayang sebab itu kami jalan pegang tangan. Kami rindu sebab itu tiap hari kami bertemu. Kami cinta sebab itu kami makan suap-suap. Kami sms setiap saat. Kami pakai baju matching. kalau dia jauh, saya call dia. Kalau dia stress, saya yang memotivasikan dia. kalau dia ada masalah, saya yang membantu dia menyelesaikan masalah. Dan semakin kami menghabiskan masa bersama, semakin kami bertambah sayang.
Dan bila nak buat semua perkara di atas? Bila kita dan dia sudah bergelar SUAMI ISTERI. Bila semuanya sudah HALAL. Bila ayahnya sudah menyerahkan dia di bawah tanggungjawab saya. Bila HATI DAN PERASAAN saya sudah saya serahkan kepada dia untuk dijaga. Dan bila harinya saya akan mengungkapkan kata cinta saya pada dia..Dan bila tiba saatnya saya boleh merindui dalam dalam keadaan halal..
Tapi realitinya semua perkara di atas sudahpun dibuat oleh mereka yang sedang bercouple.. Moga kita dihindarkan dari perkara sebegini. Langkah dan permulaan yang salah boleh membuatkan perkara yang halal menjadi haram.
Kesimpulan
Dialog aku dan Ajut di atas bukan sekali dua kami dendangkan di mulut bahkan berkali-kali terutamanya apabila bertemu dgn wanita Arab yang bercantik-cantik utk org lain. Kami lelaki Melayu normal tak tergamak untuk melihat perempuan Melayu terakhir juga turut terkesan dengan budaya nak bercantik-cantik sedemikian rupa. Takut-takut nanti jadi PENCEMARAN PANDANGAN pula... Sekian sedikit perkongsian.
Hati yang lalai ini perlu selalu diingatkan secara berterusan.
ps:
1- Aku tujukan entri ini utk Kaklong, Hasanah, bakal isteri, bakal adik ipar perempuan juga.
2- Khas utk laki-laki: Semakin kita sayang seseorang, semakin kena suppress perasaan itu. Bersabar kerana Allah akan ganjari setiap kesabaran kita dengan nikmat yang tak terhingga. YAKIN! hari ini kita sabar dari mengungkap kata cinta pada dia yang belum halal utk kita. Nanti lepas berkahwin moga-moga Allah limpahi keluarga kita dengan Rahmat dan kasih sayangnya dan perasaan cinta yang tak kita sangka-sangka. Silap-silap dapat rezeki anak kembar 3-4. Mana tau kan? Jom jaga hati!
3-Kami yang normal ni lebih-lebih lagi nak isteri berhias utk kami Dahlah sanggup berhias, tambah dengan comel dia sekali. Terus pengsan~ @@ katanya nak kerja doktor kan. Kang kot-kota tak sempat jumpa kat rumah, dapat tgk isteri comel dan cantik babai-babai dalam kereta kat parking hospital pun jadilah...
4- Anda aset yang begitu berharga. Jaga diri baik-baik
1- Aku tujukan entri ini utk Kaklong, Hasanah, bakal isteri, bakal adik ipar perempuan juga.
2- Khas utk laki-laki: Semakin kita sayang seseorang, semakin kena suppress perasaan itu. Bersabar kerana Allah akan ganjari setiap kesabaran kita dengan nikmat yang tak terhingga. YAKIN! hari ini kita sabar dari mengungkap kata cinta pada dia yang belum halal utk kita. Nanti lepas berkahwin moga-moga Allah limpahi keluarga kita dengan Rahmat dan kasih sayangnya dan perasaan cinta yang tak kita sangka-sangka. Silap-silap dapat rezeki anak kembar 3-4. Mana tau kan? Jom jaga hati!
3-
4- Anda aset yang begitu berharga. Jaga diri baik-baik
5 comments:
betul lah weh.. skang macam2 pesen dah org pmpn bertudung skang.. org kata nak ikut peredaran zmnlah katakan.. aku pun yg sama jns ngan dia org pun jadi takut nk tgk..
p/s: apsal ntah aku rasa, aku baca entri2 ko ni macam makin lama entri nak dekat kahwin aje weh.. macam tu bagus juga tu.. jgn tunggu lama2 p.. aku pun tak sabar nak makan nasi minyak spesel doktor-doktor ni... hahaha... =P
Tersentap kejap...woo~
Alhamdulillah. satu peringatan yang amat jujur dan telus.
Terima kasih.
MasyaALLAH..entri yg kelihatannya tulus ikhlas dr hati..sama spt tulip:tngok tajuk ja..trs terdiam (blm bc isi lg)..smg kamu beroleh wanita yg solehah..
parihin:
bab pesen tu kat sini lagi teruk aku rasa. Kadang-kadang tak boleh beza dah dorg berpesen ke tak. pelik sgt~
ps: Sapa tak nak kawen kan? dekat nak kawen tu takdela. jauh lagi jalannya. hehe. prepare2 apa yang patut awal2 ni. Kang dah kawen takde la terkena kejutan budaya haha.
tulip
sama2.
ps:rafflesia eh ni?
kwn:
amin Ya Rabb. peringatan utk semua insA.
mcm2 bunga ada kat belog ko ni sekarang kan? hahahaha...moga doa2 dimakbulkan...amin.
Post a Comment