Wednesday, April 6, 2011

Perkongsian&Semasa| Exam round Surgery, Berita sensasi dan Amanah

Alhamdulillah. Ana sudah selamat sampai kembali ke Mesir pada 23/3/2011. Terima kasih kepada kerajaan Melaka kerana menghantar ana pulang semula walaupun dah rasa mcm dianaktirikan sbb tiket asyik pospon. Terima kasih juga kpd JPA sebab menjadikan saya anaktiri mereka.

Tadi ana sudah habis exam Round Surgery. Alhamdulillah. Doakanlah ana dan kawan-kawan dikurniakan ilmu yang berkat dan bermanfaat.Dikurniakan Isteri yang solehah dan anak-anak yg soleh solehah penyejuk mata penawar hati. Juga kepada kawan-kawan ana yg taajil, selamat berstudy dan berexam lepas ni ok. 

Sabtu ini ana bakal meneruskan round Neurosurgery pula. Dan exam nya adalah lebih kurang lagi sebulan.

Berita yang disensasikan 

Kwn-kwn yg baca blog ini dari Mesir. Belakangan ini mahasiswa perubatan mahupun agama dihentam dalam suratkhabar Msia kan? Jom kita koreksi balik diri. Kadang-kadang mudah sgt kita nak tuding jari salahkan org lain walhal yang salah itu diri kita sendiri. Jom kita tutup mulut depa-depa ini dengan KEJAYAAN dan KECEMERLANGAN kita dalam akademik.

Org kata yang kuat ponteng itu budak Mesir, kita rajin-rajinkan diri ke kelas
Org kata budak Mesir tak pandai BA, rajin-rajinkan tangan belajar dan buka kamus BA
Org kata graduan Mesir low-class, kita naikkan standard kita dgn CEMERLANG dalam exam dan kehidupan.
Org kata klinikal skill kita kurang, rajin-rajinkan diri pergi round di hospital
Org kata budak Mesir kuat membangkang, kita jadi pembangkang yang rasional
Org kata itu ini, jangan tuding jari salahkan depa. depa ada hak nak 'menilai' prestasi kita. Kita tgk dulu diri kita kat mana silapnya. Kemudian kita betulkan sama-sama inshaAllah.

Amanah

Suka juga nak ingatkan diri sendiri dan org lain yang dapat TAJAAN [JPA, MARA, negeri dll]. Duit yang kita gunakan itu sebenarnya duit rakyat Msia hasil cukai dan hasil-mahsul yg dikutip dari poket mak ayah kita. Jadi jagalah AMANAH ini dgn sebaiknya. nanti kalau kita silap belanjakan kat akhirat nanti susah nak menjawab depan Allah nnt.

Oklah. Sekian dahulu. Ana nak keluar bersosial pula. Ada hak org lain yg ana tak tunaikan waktu study week haritu. 

ps:Kempen Abg Gagah. Kempen ana dengan Shahir. lelaki gagah tak ponteng kelas. lelaki gagah solat di masjid. Siapa nak join jom!

5 comments:

alia said...

Oh, ye ke brader..ai da lama tak tgk berita pasal tak hbs2 cerita PR sarawak, pembangunan, bla2. tp, ai rasa ble u da keje sok, soalan dr uni mana tu akan drop ke soalan yang ke berapa tah nnt.

kawan said...

Ana suka cerita nta pasal amanah tue..lps ni pakat2 boleh blk berbakti pd rakyat malaysia..duit ana pun kira msk jg tu sbb dah krja..

p said...

alia:

u asek tgk citer korea....kan?

kwn:
iA. rakyat msia, nnt kan kepulangan kami!

sahabat said...

"Your back will face the wall when youre becoming a doctor. Nobody will help you"

mohon penjelasan serba sedikit tentang ayat ni boleh? trm kasih.

p said...

bila dah jadi Dr, pesakit akan berada di hadapan kamu. dan kamu akan menghadap dia. waktu dah takde org lain nak tolong dah. blkg kamu adalah dinding, bukannya kawan2 yg kita boleh tanya itu ini [nak diagnose, cara nak exam etc]

so belajar lah semua skills yg ada waktu tgh belajar ni.takut nnt dah jd Dr baru nak belajar dah sgt terlambat pulak.