Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

Happy Father's Day Baba!



God took the strength of a mountain
  The majesty of a tree 
The warmth of a summer sun
The calm of a quiet sea 
The generous soul of nature
The comforting arm of night
The wisdom of the ages 
The power of the eagle's flight
The joy of a morning in spring 
The faith of a mustard seed 
The patience of eternity 
The depth of a family need 
Then God combined these qualities
When there was nothing more to add 
He knew His masterpiece was complete
And so
He called it ... Dad
......

Thanks for being there
Through the Tears,
Laughter,
And Dirty Diapers.
Happy Father's Day Baba!


Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Emak, Emak!

Ke hadapan Mak ceq moga sehat-segat selalu hendaknya.

Tujuan ceq menulis belog ini adalah untuk mendedikasikan keseluruhan isi kandungannya kepada mak ceq, Pn Hjh Salmi bt Abas.

Dulu masa ceq kecik-kecik, ceq tak ambil pusing pun pasal hari emak. Dalam tv punyalah buat iklan, dalam cerita buatlah drama pasal hari ibu dsb. Tapi ceq tetap buat tak tahu. Nak buat apa kan nak sambut Hari Ibu? Sebab Mak ceq ada depan mata. Dan pada waktu kecil tersebut, ceq beriktikad bahawa hari ibu hanya disambut oleh orang-orang yang jauh di perantauan dan yang oleh orang-orang yang telah kehilangan emaknya. Itu masa ceq zaman kanak-kanak dulu lah.

Mak ceq,

Bila ceq start masuk sekolah menengah, ceq mula belajar kepentingan hari ibu itu bila ceq tgk Pakcik Famie dan adek-beradeknya menge'wish' nenek Sokdah tatkala tibanya Hari Ibu.Dan ceq tengok betapa riangnya riak wajah nek Sokdah ketika itu. Lalu terlintas di hati nurani ceq untuk buat perkara yang sama pada emak ceq juga. Bagi ceq, duduk belajar di Kedah ni pun dah kira macam duduk di perantauan juga. Maka ia tidak menyalahi iktikad ceq seperti waktu kanak-kanak dahulu. Ceq ingat lagi mula-mula dulu masa ceq wish selamat hari ibu pada emak ceq dalam telefon.. Ceq kata: "Emak.. Selamat Hari Ibu" dan mak ceq reply: "Hurm yelah.[?]". kalau mak ceq nak tau masa tu ceq punya lah malu-malu nak wish sebab ceq mmg tak biasa wish-wish ni. Dan mak ceq mesti ingat lepas je wish ceq terus letak telepon laju-laju kan? Dan ceq yakin mak ceq pun jwb mcm tu sebab mak ceq tak sangka pun ceq akan wish kan? kan? [hik hik malunya]

Tapi mak ceq, bermula dari situlah, ceq mula belajar nilai seorang emak dalam kehidupan ceq. Ceq ingat lagi dulu time mula-mula mak ceq tinggalkan ceq di 'perantauan', ceq tak nangih sebab ceq malu nnt nek Sokdah gelakkan ceq. Pastu dalam seminggu berkali-kali ceq telefon rumah sebab rindu. Macam-macam soalan yang ceq tanya kat mak kan? "Adek dah makan ke belom. baba mengajar kat mana malam ni? Cimot dah beranak ke belum? Adek dah reti cakap ke belum? Friskies ada lagi tak kat rumah?" dan macam-macam soalan lain yang tak relevan. Mak ceq ingat tak? Tu sebabnya ceq rindu mak ceq dan semua orang yang ada kat rumah. Itu masa zaman sekolah menengah.

Zaman sekarang ni, kalau mak ceq nak tau, hasil pendidikan emak di zaman ceq kecil-kecil dahulu telah berjaya ceq aplikasikan dalam kehidupan ceq bila dah besar ni. Mak ingat tak dulu-dulu time sebelum balik Kedah, ceq lah org terakhir yang akan keluar dari rumah sebab nak pastikan letrik dan pili air semua bertutup kan? Ha, kalau mak ceq nak tau budaya tersebut telah berjaya ceq praktikkan hingga ke hari ini. Dan bulan lepas ceq dan rakan-rakan telah berjaya mereducekan harga bil letrik dari Le 190 lebih menjadi Le 13 sahaja bulan ini! yeay! Terima kasih mak ceq kerana mengajar ceq menjadi seorang yang pandai berjimat-cermat.

Mak ceq.

Kalau nak tulis semua perkara yang mak ceq dah korbankan waktu ceq kecil dulu sampai dah besaq panjang ni, nescaya tak tertulis dalam blog ni. Kalau nak dikira duit yang mak ceq habiskan untuk tanggung belipakai dan makanminum ceq dari dulu sampai sekarang, nescaya gaji PM bulan-bulan pun belum tentu dapat menyamai duit yang mak ceq dah habiskan.

Terima kasih mak ceq kerana membesarkan dan berkorban untuk ceq selama ini. Terima kasih kerana telah membunuh nyamuk-nyamuk Aedes yang cuba menghirup darah ceq waktu kecil dulu. Terima kasih kerana menuam kepala ceq waktu ceq jatuh tersembam dari pokok rambutan dulu. Terima kasih  mak ceq kerana menemankan ceq tunggu depan surau time sekolah Taski dulu. Terima kasih mak ceq sebab tegur ceq basuh ikan pakai sabun dulu. kalau tak, kompem skrg ceq basuh ikan pakai sabun. Terima kasih mak ceq kerana menemankan ceq di depan pintu tandas sewaktu ceq buang ayaq masa kecil-kecil dahulu. Terima kasih mak ceq kerana konsisten beletiaq kepada ceq sehingga akhirnya ceq tersedar siapa diri ceq hari ini. Terima kasih atas segala-galanya.

Kalau mak ceq gembira ceq grad sebagai seorang Dr, maka itulah hadiah yang ceq akan berikan kepada mak ceq bila grad nanti.
Kalau mak ceq gembira ceq melihat ceq menjadi anak soleh, maka itulah yang ceq akan usahakan selagi ceq hidup ini.
Kalau mak ceq gembira ceq hadiahkan mak ceq seorang menantu solehah dan cucu-cucu comel, maka itulah yang ceq akan hadiahkan untuk mak ceq lepas kahwin nanti.
 
Kalau dulu ceq segan-segan nak wish kat mak ceq, tapi hari ini ceq dengan bangganya wish
SELAMAT HARI EMAK kepada emak ceq. Biarlah satu dunia tau yang ceq sayang dan hargai mak ceq.

Terima kasih kerana melahirkan ceq. Terima kasih atas segalanya. Love u always~♥♥♥

Semoga kita sekeluarga dapat reunion dalam syurga kelak. Amin. 

Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, siapa yang paling berhak memperoleh pelayanan dan persahabatanku?" Nabi Saw menjawab, "ibumu...ibumu...ibumu, kemudian ayahmu dan kemudian yang lebih dekat kepadamu dan yang lebih dekat kepadamu." (Mutafaq'alaih).
 
Ceq tau mak buat-buat tak tgk kamera. Kan? hehe
-EidFitri 2008-

Akhir sekali, ceq mintak tlg Hujan nyanyikan lagu ni utk mak.


ps: Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu di luar sana juga. Moga pengorbanan kalian Allah balas dengan syurgaNya insA.
Menggunakan perkataan 'ceq' sebab ktorg dlm famili mmg guna loghat Kedah. hehe

Tuesday, March 8, 2011

Famili| Memancing

Tengah drive kereta sewaktu ingin menjemput emak tadi, tiba-tiba teringin nak memancing ikan kepala bapok [ikan yg diberi gelaran oleh Ijol kerana kepalanya sgt keras, mulutnya lebar dan matanya tersembul]. Lalu bersiap-siaplah kami selepas pulang ke rumah. Joran, cangkul, plastik dan kamera. Pusat perkumpulan adalah di rumah atok. 


Tempat berkumpul. Rumah Atok. Lihat kanak-kanak yang sedang eksaited mencuba pancing di laman rumah
[bendera yang belakang tu tunggu masa nak tersejat]

Anak dak Ebek, kucing yang Atok sayang


Anak Ebek sedang bermain seorang diri.2 ekor  Abang-abang beliau sudah mati dibaham kucing jantan minggu lepas


Sikap Ebek yang menyayangi anaknya harus dicontohi oleh ibu-ibu yang suka membuang anak mereka merata-rata. Haiwan menunjukkan sifat berperikemanusiaan, manakala sesetangah manusia pula bersifat berperikebinatangan.

Luka dipinggiran leher anak Si Ebek. Mungkin kerana ia terlepas dari dibaham kucing jantan liar


Si Atam dan Si Ebek. Mungkin Atam sedang berbisik mengucapkan "Selamat Hari Wanita" kpd Ebek


Kucing Tupai! Kucing fav atok juga. Digelar tupai kerana hanya bahagian ekornya shj yang kembang


Sedang menuju destinasi. Atas motor


Pakcik dan Ijol

Ana hanya mampu melihat pakcik mencangkul cacing. nak tlg kutip cacing, ana tak berdaya...



Ijol mmg steady pegang cacing. Jadi tugas mengutip dan memasang umpan cacing diberikan kepada beliau






Tempat memancing. Kolam takungan air berhampiran projek Penjara Industri Jasin. Berhampiran dengan rumah kami







Ana memaksa Ijol untuk memasangkan umpan cacing kerana ana tidak berdaya untuk memegang binatang kecil tersebut..

Jumlah ikan yang kami tangkap adalah 4 ekor. Satu terlepas sewaktu ana sedang membersihkan badan ikan tersebut. 

Sekian shj pos santai-santai utk kali ini.

Wednesday, January 5, 2011

Hepi Besday Adek


Selamat Hari Jadi yg ke-10
5/1/2011
Tahun ni jadik ketua kelas ke?

ps: Saja boh gambar sunat dia

Friday, December 24, 2010

Famili| Endau-Rompin

[dah 10 minit depan komputer ni tapi tak keluar-keluar perkataan yang nak ditaip]

Serius. Tak main-main. Ini mungkin kesan sampingan sebab dah lama tak makan kismis ni. Mulai esok, setiap pagi, aku berazam akan ajak budak-budak rumah ni sarapan kismis dengan susu. Agar otak kami menjadi cerdas sedikit harapnya.

 Matahari terbit. 1st day. Muara Sg Rompin


 Tempat menginap kami. Muara Lodge

 Sarapan pagi. Nasi Dagang!
Kalau esok-esok dah kerja, pagi-pagi ada org ikatkan necktie. Pastu dok kat meja, makan sarapan nasi dagang sebelum pegi kerja pon sedap kan?Ehhem~





Di mana-mana pun boleh tidur. 


 Sata @ Penyabung. The best!





@ Pantai Pasir Lanun, Johor

 Otai

Dah besar kompem jadi ketua kampung ni 


 Ikan buntal yg telah diawetkan.


 Nenek ni memang steady buat keropok lekor. Buat kerja tak gugah iman walaupun ada kamera besar kat depan. Muka serius. Sifat Jiddiyyah[bsungguh-sungguh] yang sangat perlu dicontohi setiap Muslim 


 Sata

 Otak-otak


 Ikan masin. Suka makan?

 Keropok lekor




 Singgah beli ikan fresh

 Suka makan ikan dan sotong kering? Cuba tgk yang tompok-tompok hitam tu apa?


Gading gajah=Pahang 



 Khas utk rakyat Pahang diperantauan. Takut-takut depa lupa warna negeri depa.


Musim luruh di Pahang. Negeri lain ada? 


 Ikan 1st memancing. Tapi dilepaskan semula sebab belum akil baligh katanya.



 Musim luruh!


Ada dua sebab gambar ni. 
Satu, aku rasa gelaran Aina Ibam datangnya dari Bukit Ibam. 
Yang kedua. Kuantan.

Aina Ibam! Aku harap mak tom baca pos asal usul Aina ni

Cuti yang lalu, sempat bercuti dengan Family ke sempadan Johor-Pahang, Endau-Rompin. Menghabiskan cuti hujung minggu di Pantai Lanjut, jalan-jalan makan sata dan otak-otak di Penyabong, memancing di muara Sg Rompin dan yang paling best, sarapan makan nasi dagang! 

Semuanya dalam gambar di atas walaupun tak berapa banyak sgt gambar pantainya. Ada gambar lompat-lompat tapi segan pulak nak bubuh kat sini kan. Kang org kata tak siqoh. Sekian

Wassalam


ps: 1-Currently reading Nasib melayu di Bumi Melayu by Ridhuan Tee Abdullah
dan sedang mencari jawapan kepada beberapa soalan:
i- Apa kaitan Melayu dgn kebangkitan Islam?
ii- Islam for All vs Melayu sepakat Islam berdaulat
iii- Adakah ketuanan Melayu itu salah disisi Islam?
iv- dan beberapa salah tafsir lain yg berkaitan Melayu dan Islam.

2-Downloading kertas kerja KOBANNA
3-Gambar di atas kebanyakan diedit menggunakan Adobe Lightroom