Latar suasana:
Mendung.Matahari di balik awanan. Segan-segan melimpahi cahayanya. Tidak terzahir secara langsung. Tapi ditapis-tapis lapisan wap air halus yg membentuk awanan indah itu.
Memandang langit Ilahi. Awan itu ditatap utk kali terakhir. Esok bakal melihat langit biru. Terbang tinggi membelah awan-awan itu. Dan tiba di destinasi yg langsung tiada awan-awan yg ku lihat ini. Biru. Sunyi sepi seketika. Sendirian. Mendung hati ini.
--------
Izinkan aku utk guna pkataan 'gua' utk membalut rasa hati yg sudah tidak tenteram ini. Gusar. Gelisah. Tak sedap hati. Susah bernafas. Tak lalu makan. Sedih. Pilu. Macam-macam lagi. Pendek kata gua tak mahu buat apa-apa skrg ini. Gua tak mahu cuti ini berakhir. Gua mahu cuti lama-lama lagi. Gua tak puas! Alang-alang cuti gua nak dalam 2-3 tahun. Baru puas.
-------
Harini adalah hari Jumaat. Maka adalah sembahyang Jumaat kan. Hari ni mendengar khutbah terakhir Jumaat di Malaysia. Baba yg baca. Tapi malangnya aku tak dengar sangatlah. Sampai masjid agak lambat + fikiran aku merewang ke serata alam. Tidak tumpu dan fokus. Memerhati. Diam diri. Melempar pandangan ke jalanraya dari penjuru sebelah kanan masjid tempat aku duduk. Manusia-manusia yg berjalan masuk ke dlm pintu utama masjid.Kain pelekat. Baju melayu. Songkok. Kopiah.Selipar Jepon. Pelbagai fesyen dan gaya. Ada yg berlari-lari anak. Berjalan lenggang kangkung walaupun khutbah kedua hampir habis dibaca. Mungkin tak sedar yg waktu Zuhur yg masuk seawal jam 1.02 ptg. Tak ramai yg tahu dan peduli waktu-waktu solat begini kan?
Usai solat jam 130 ptg, jemaah serbu pintu luar. Lepas doa, bersalaman dengan jemaah di sebelah kanan dan belakang. Tiada yg berada di kiri mahupun depan kerana aku solat betul-betul di penjuru masjid. Iktikaf. Lihat keluar. Bebudak IKM dan beberapa pemuda berlari-lari kononnya nak kejar solat Jumaat bersama imam. Walhal solat dah pun habis. Bila terpandang ke laman masjid yg dipenuhi jemaah yg baru keluar, masing-masing yg beberapa langkah lagi mahu masuk ke pintu utama terkejut. Berhenti. Toleh kiri kanan. Tanya-tanya kawan sebelah.Solat dah habis ke? Patah balik. Solat Zuhur jelah kau hari ini. Zuhur awal. Tapi kau dtg lambat.Jgn salahkan waktu. Sebab kau memang selalu lambat. Macam aku kata. Tak ramai yg tahu dan peduli waktu-waktu solat begini kan?
Lepas solat, aku tunggu sekejap. Jumpa pakcik-pakcik dan kawan-kawan.Mintak maaf. Pohon doa utk aku yg akan balik esok.
----------
Ptg keluar. Jumpa nenek. Jumpa atok. Gua sebak beb. Even nenek gua masakkan mee kuah pun gua still sedih lagi. Gua makan ala kadar sbb nak jaga hati nenek. Pastu atok gua balik. Gua borak lagi utk kali terakhir. Gua lagi sedih. Dulu atok gua ada pesan:
"Belajar ni memang lah susah. Kena jauh dari keluarga. Nanti inshaAllah Tuhan permudahkan. Kerja besau"
Dia tambah lagi.
"Kalau atok panjang umur, nanti kita boleh jumpa lagi next year."
Nada sebak.Gua pandang tepat ke mukanya. Redup matanya. Bergenang.
Gua punya air mata dah bertakung. Nasib baik empangan besar. Kalau tak komfem dah berderai situ jugak.
Lepas Maghrib gua jumpa nenek and atok angkat gua. Depa bela gua dari besar jari kelingking sampailah skrg ni. Makan-makan. Sembang-sembang sikit. Gua meluahkan perasaan di hati ini. Sebelum balik mintak nenek doakan gua berjaya dunia akhirat. Sekali lagi drama berulang. Gua bertakung habis. Tak pecah-pecah gak.
Lepas tu ke rumah pakcik n acik. Makan the last kueh jemput-jemput made by Acik. Sembang-sembang lagi. Kali ni tak bertakung sgt. Sebab dia sempat buat lawak sebelum gua blah.
Hari ni Hari Bertakung utk gua. Tadi tgk video gempa bumi kat Padang pun gua bertakung lagi.
Ni tgk muka adek-adek gua yg bakal ditinggalkan, gua bertakung lagi.
Gua tengok highlights Tenis Terbuka Malaysia pun gua bertakung jugak. Apa masalah gua ni?
--------
Ok. Lu org tau apa perasaan gua skrg? Esok gua rasa mau bertakung lagi ni. Silap-silap mau pecah gak kat KLIA nanti. Lagi-lagi skrg ni gua tgh dlm mode Muhasabah Cuti. Tgh mengulang kembali peristiwa sepanjang cuti 2 bulan lepas. Ada banyak kekurangan. Sedih kot. Ok. Kalau lu org tak penah tgk lelaki menanges, esok silalah ke KLIA. Kalau rezeki lu murah, dapatlah tgk. Kalau tidak lu cuba tahun depan. Gua penah tgk laki menanges. So, tak heran sgtlah kan.Ada org kata air mata laki tu emas. Tu sebab susah nak mengalir keluar. Gua pulak kata, laki yg tak menanges tu adalah laki hatinya keras. Gua tataulah siapa yg betul.
--------
Aku nak mintak maaf banyak-banyak kpd pembaca blog ni kalau ada salah dan silap. Tertulis bahasa yg kurang sopan. Tak terbalas komen ke ape ke. Doakan perjalanan aku selamat. Doakan aku berjaya di Mesir nanti. Dan tak dilupakan, doakan jugak kawan-kawan aku yg lain berjaya. Entah dorg ingat lagi ke tidak kat aku ni agaknya. Doakan baki lagi 2 tahun setengah ni segala-galanya berjalan lancar. Diberi kemudahan oleh Tuhan dlm semua urusan kami. Semakin kuat ikatan hati-hati kami. Dan semakin dimatangkan dan dimudahkan dalam melalui kehidupan-kehidupan di Mesir sanun. Aku tak pernah menyesal tercampak ke Mesir. Terima kasih Tuhan. Moga kami grad dari Universiti Dunia ini dengan mendapat ijazah SYURGA Allah kelak.
-------
Ni antara gambar-gambar yg sempat aku tangkap hari ini. Kebanyakannya diambil dari akhbar UTUSAN MALAYSIA. Ada keratan tajuk akhbar yg menarik. Budak-budak baru balik sambut hari Raya di sekolah. Si pengumpul tempurung kelapa. Budak-budak main 'ikan kepala bapok' [kalau ingatlah ikan dalam entri aku memancing dulu] kesalahan ejaan, ayam bakar, jemputan Hari Keluarga di kampung aku [anjuran sapa beb?] dan koleksi buku yg aku baru beli utk dibaca di Mesir nnt.
Nota: TQ kpd yg suggest aku guna flickr. Aku akui flickr sgt best dan gambar sharp. Tapi aku perlu agihkan masa itu utk agenda lain. Nanti-nantilah ye :)