Babak Satu
Latar tempat: Bilik segi empat. Gelap. Hanya putaran bilah-bilah kipas yg kedengaran
Sudah tiada lagi pasar-pasar malam
Sudah tiada lagi suara 2 budak mengaji
Sudah tiada lagi suara pembaca berita-berita semasa jam 8 malam
Sudah hilang bunyi sang cengkerik
Sudah tiada bantal peluk kusam
Malam awal
Siang singkat
Terperap dalam bilik
Internet, nota, slides, cermin mata
Hidup kosong di bumi ini
Menghadap benda empat segi yg menjangkau serata dunia andai dilengkapi dengan internet
Menerawang di alam maya
Penat, berpijak kembali di bumi nyata
Langkahan berserta melodi sang himar
Ditendang tuannya akibat bunyinya yg maha hodoh itu
Sepi..
Irama hon-hon kereta pula bertandang
Dentum sana sini
Gesel sana sini
Cilok sana sini
Brek sana sini
Calar-balar
Terkadang aku juga takut
Dirempuh, dilanggar
Menapak sambil usha-usha belakang
Takut disauk pemandu gila babi
------
Al-Fatihah buat allahyarham Fatimatussolehah. berita lanjut di sini
------
Babak dua
Hari ini ialah hari kelima dalam minggu kedua untuk round kedua. Harini ini belajar ttg Anxiety Disorder. Banyak lagi sebenarnya. Phobia juga ada. Cuma round hari ini memerlukan penumpuan yg lebih tatkala Dr memang amat kurang fasih berbahasa Inggeris+suara kurang jelas. Kelas adalah 4 lelaki. 3 Melayu, satu Saudi. Yang lain perempuanlah. Aku tak faham sangatlah kuliah ni sebab tiada slide dipaparkan. Dr bercakap semata-mata dan cuba untuk berkomunikasi dgn student yg jelas memang tak faham dgn soalan yg ditanyakan oleh beliau. Blur. Blur dan terus blur. Aku cuba utk tumpukan juga. Kadang-kadang hilang panduan juga. Row kami memang tak duduk senanglah. Ke tepi. ketengah. Mengiring. Putar pen. Goyang lutut. Gelak sesama sendiri bila tak faham Dr tanya atau gelak bila tgk org lain yg entah faham entah tidak gelak bila Dr buat lawak. Macam aku kata tadi. Blur. Tapi apapun banyak pulak ayat-ayat best yg dapat dalam kelas kali ini.
Aku pun tak terfikir yg ayat-ayat sebegini boleh keluar tatkala kebluran melanda diri aku. Dan aku catatkan ayat-ayat itu dalam nota aku supaya aku ingat sedikit sebanyak babak ini dalam hidup aku.
Dr tanya pada seorg hamba Allah ni.
"You stay here from the 1st year? You has became Egyptionised."
[seriusly aku nak tau, ape maksud sebenar Egyptionised tu? Adakah ia bermaksud: Kamu telah menjadi keMesiran? Oh! Bahaya itu]
Tetibe dalam satu babak ni ketika aku tgh hilang punca Dr cakap:
"She cant accept her husband. She cant swallow him. So, she vomit him"
Terus aku tergelak walaupun tak ketahuan punca. Ada je lawak dr ni.
Satu lagi babak melibatkan seorang brader ni. Menjual risalah-risalah/kutaib. Dgn slumbernye membuka pintu kelas kami untuk menjual barangnya. Dr Samer [master student] terus bergegas menyuruh beliau keluar. Brother yg bermuka innocent tu pun mengeluarkan ayat bernada melucukan:
"Eih? mamno3, mamno3..."
Bila beliau beredar, pecah gelak. Serius nada itu sgt melucukan.
-------
Babak Tiga
Dalam kelas Radiology tadi.
Ok you. What is the mechanism of Cyanotic Heart Dse?
You? [Aku lah tu beb]Sambil buat-buat tgk belakang.
Erm..hurm..err..err.. i dont know
Oh! Are you Malaysian?
Yes! [sambil senyum dan berbangga mengharapkan Dr tak tanya lagi]
Welcome. Ok. Enta el liganbuh.
Embolism.
Excellent!!
------
[pengakuan benar]
"P, masa Dr tanya ko tadi, aku nye kepala dah mula gerak-gerak berselindung sebalik kepala ko.. Naseb baik Dr tak tanya aku"
Biasalah. Jawapan skema. . Ana musy arif-Ana musy fahim-I dont know
Kalau Dr tanya, kepala masing-masing kalau boleh nak sorokkan dalam baju. Tengkuk pn terus jadik pendek.
Siapa? Kamilah tu
------
Galeri
Si kecil ini ialah anak saudara aku. Alamak! Lupalah nama dia.
Location: Kuala Ketil, Kedah.
Event: Abg Fakrul's and Kak Syuna's Wedding
She is really tired of waiting for the 'raja sehari' yg tak kunjung tiba. Sian..
ps: Kat babak tiga tu ada line biru gelap yg aku tak reti nak hilangkan.hehe
