Friday, September 2, 2011

Raya Puasa 2011

Raya.

Raya tahun ini memang sangat meriah. Beraya sakan di kampung walaupun kampung atok aku hanya beberapa ratus meter dari rumah. Kalau kentut kuat-kuat boleh dengar dekat sana. Alhamdulillah. Tahun ini sebenarnya bukan dalam perancangan aku untuk beraya di Malaysia. Tapi dek disebabkan kakak aku nak berkahwin dan beliau adalah cucu dan anak pertama,kenduri pertama dalam famili sebelah Melaka dan hanya satu-satunya kakak aku, maka aku pun balik.

Di malam terakhir Ramadhan, kami berkumpul beramai-ramai di rumah Atok. Ada sesi BBQ. Lama sudah merancang BBQ ini dan Alhamdulillah kali ini berjaya dilaksanakan. Dan menjadi kebiasaan dalam kampung ini, ada acara takbir dari rumah ke rumah selepas solat Isyak. 

Raya tahun ini macam biasa. Baba baca khutbah di masjid. Awal pagi dah ke masjid. Kami adik-beradik ke masjid satu kereta kecuali Alawi yang demam. Balik dari masjid sesi bermaaf-maafan dan bergambar. Kata Baba ni kali terakhir nak tangkap gambar sekali. Lepas ni bilangan ahli keluarga ini akan bertambah. Dan tak mustahil juga akan berkurang. Panjangkan umur kami Ya Rabb.

Lepas sesi di rumah selesai, kami terus ke rumah atok. Makan-makan. Sembang-sembang. Salam-salam. Dan kutip duit raya! Seronott. Aku nak ringkaskan beberapa perkara yang aku dapat dari raya kali ini.

1- Semakin meningkat usia kita, duit raya bukan prioriti utama lagi. Kalau orang nak kasi, Alhamdulillah. Tapi perkara yang paling penting di sebalik raya ialah mempertaut kembali talian persaudaraan yang sudah renggang dan mengeratkannya lagi

2- Dah lama tak jumpa pakcik-pakcik aku yang jauh. Rupa-rupanya time raya haritu terserlah habis perangai depa yang sebenar. Masing-masing memang loyar buruk dan suka buat lawak jenaka. Kadang-kadang dari pakcik yang paling tidak disangka-sangka.

3- Jejak sejarah dan silsilah keluarga. Kesempatan beraya di rumah nenek saudara hari tu, sempat juga kami semua mengorek Sejarah keluarga sebelah emak. Banyak rupa-rupanya sejarah yang tersimpan dan tidak diberitahu kepada kami anak cucu. Alhamdulillah. Banyak cerita sudah diceritakan. Lepas ini boleh buat projek salsilah keluarga pula

Muhasabah Ramadhan.

1- Suasana Ramadhan di Malaysia dan Mesir memang sangat jauh berbeza. Kalau diakhir 10 Ramadhan, rakyat Malaysia sudah mula memasang lagu raya, membuat kuih raya dan sebagainya. Kalau di Mesir mereka sibuk membuat Qiamullail di malam hari sehingga sebelum sahur demi untuk mencari dan mengejar pahala Lailatulqadar.

2- Target Al-Quran 30 juzuk. Aku tak sempat habis 30 juzuk tahun ni. Tinggal 5 juzuk berbaki. Dan muhasabah paling penting yang aku sedari ialah, apabila Al-Quran tidak menjadi habit bacaan harian kita [terutamanya selepas solat] maka amat mudah sekali untuk kita melupakannya jika kita terlalu sibuk dengan urusan harian. Al-Quran bukan menjadi prioriti utama. Maka perlu dipertingkatkan lagi usaha.

3- Macam mana nak membudayakan suasana Ramadhan di Mesir di negara kita Malaysia? hmm. Aku rasa perlu lebih banyak video-video Ramadhan di Mesir untuk dihantar ke Malaysia sini.

4- Puasa 6. Bak kata nenek semalam: Sementara tengah ada semangat puasa ni baik puasa 6 siap-siap. Karang dah raya banyak-banyak, puasa pun dah malas.
"Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)"

Cukup dulu setakat ini ceritera raya dan puasa lepas. Lepas Solat Jumaat inshaAllah ada akad di rumah aku. Aku pun nak berlatih salam-salam tok Kadi sikit. Karang esok lusa dah senang.

Sekian


Bertakbir di rumah Rumah A/Y YB Khidir


Geng Takbir di rumah Atok 


 Nangoi. BBQ


 Bakal menjadi kucing kesayangan atok selepas kematian Ebek [2 hari sebelum raya] dan kucing Tupai


Pak Khalid


6 


 Pak Haji yang paling kuat loyar buruk. Pak Lang Johar
Ni gambar time dia tgh soleh 

Sultan Pahang Jr 

 Lepas bermaafan di rumah



Sultan Pahang Jr

Thursday, September 1, 2011

Sejarah. Komunis dan UMNO



2 hari sebelum raya, kecoh kat media massa kata abg Mat Sabu dok julang komunis. Aku mula-mula malas juga nak ambil endah kisah tersebut. Maklumlah, bila dah balik Malaysia banyak sgt benda yang nak kena buat. Benda-benda macam ni dianggap sebagai remeh-temeh. Tapi lepas 2-3 hari berita tersebut tak surut, aku pun mula musykil. Kata media massa, ramai ahli keluarga mangsa Bukit Kepong yang terlibat marah dgn kenyataan Abg Mat tersebut. Kawan-kawan aku yang aktif PAS pun dah mula perli-perli, kutuk-kutuk dan emo-emo dekat FB sana. Blog sana sini dah tulis macam-macam. 


Tapi Abg Mat masih tak keluarkan kenyataan sehinggalah baru-baru ini dia kata dia sudah lupa apa yang diucapkan. Lepas itu, yang sokong PAS julang Abg Mat Sabu sebagai hero yang telah 'membangkitkan kesedaran tentang Sejarah'. Yang sokong UMNO pula kata polis zaman dahulu memang berkerja bawah British. Tapi untuk mendapatkan kemerdekaan, mereka kena berlawan dengan 2 musuh utama ketika itu. BRITISH dan PKM [Parti Komunis Malaya]. Jadi usaha pertama mereka ialah dengan melemahkan pengaruh komunis [PKM] dahulu dalam Malaya. Kemudian tumbangkan British pula. Dan memang itu yang berlaku pun sebenarnya kan?


Suatu pagi waktu Baba tengah baca surat khabar, baba tunjukkan tentang cerita Mat Sabu tu. Dan Baba rekemen buku 2 buku untuk aku baca lepas dia selongkar buku-buku dekat almari ruang tamu depan. 
1- Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan- Mohammed Salleh Lamry
2- Meniti Lautan Gelora Sebuah Memoir Politik- Said Zahari


Aku belum sempat pun nak baca buku-buku ini dan aku harap lepas aku baca aku dapat tasawwur sebenar tentang kenyataan yang Abg Mat keluarkan dari sudut pandangan dia dan boleh aku bandingkan dengan sejarah yang tertulis dalam buku-buku teks yang kita belajar dulu.


Jadi harapan aku selepas membaca 2 buku ini supaya dapat menjawab beberapa persoalan yang berlegar dlm kepala ini. Satu, adakah benar sejarah yang kita belajar dahulu telah direka untuk menyokong dan mengagungkan UMNO? Dua, adakah kenyataan Abg Mat itu benar atau sebaliknya beliau tersilap memahami Sejarah?


Aku malas nak join org ribut-ribut sana sini sebab dulu time sekolah subjek Sejarah aku tak minat pun. Karang dok ribut-ribut nampak pulak kita ni jenis tak faham Sejarah atau tersilap faham sejarah yang telah berputar belit. Nak kena baca 2 buku ni dulu sampai habis baru boleh komen. At least nampak sikit macam mahasiswa yang cakna politik dan tahu Sejarah
dari bercakap tak tahu hujung pangkal dan emo-emo tak tentu pasal.


Nanti kalau aku dah habis baca aku cuba tulis ringkasan buku-buku tersebut di sini. Entah bila nak habis bacanya tu jangan ditanya ye.


Sekian


ps: 
1-Tak minat politik dan Sejarah. Tapi berusaha untuk meminati mereka berdua.
2- Rumah dah mcm perpustakaan negara. Mcm-mcm buku ada.Tapi tak baca sebab tak pernah berniat utk membeleknya