Friday, February 12, 2010

Family Outing| Azazna, Dikournis 2010

Alhamdulillah. Sudah kembali berada di rumah setelag berjalan di sekitar bumi Mesir. Letih dan penat. Sangat kagum dengan keindahan ciptaan Tuhan. Subhanallah hil Azim. 3 tempat yang sempat aku pergi dari 5-10hb yang lalu ialah Dikournis (melawat kawan Arab), Iskandariah (bawak kawan-kawan n jr jln2) dan Bahariya. Memang letih tetapi kenangan yang terakam memang sangat indah dan tak dapat dilupakan. Tambahan lagi dengan berbekalkan senjata 500D Canon dan Sony Alpha ku itu, perjalanan lebih bererti dan bermakna. 
Aku tak tahu nak mula bercerita dari mana. Boleh kita mula dengan ziarah di perkambungan Arab? 
5hb, kawan sekelas, Hany Ahmad menjemput kami bertiga (aku, Pesal, Ajut) ke rumah beliau di Azazna, Dikournis. Sebuah perkampungan yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari Mansurah. Tempat ni memang kampung habis. Tempat ini memang betul-betul sejuk. Tambahan lagi  hujan turun sehari sebelum kami ke sana. Kawasan lapang yang dikelilingi sawah, tanaman gandum dan sayur-mayur ini memang menenangkan jiwa.
Untuk sampai ke perkampungan tersebut, kami mengambil tremko (van) ke perhentian Dikournis. Kemudian menaiki Tuk-tuk untuk ke Azazna. Meredah kesejukan pagi hari di sana memang mencabar habislah. Sejuk terketar-ketar. Tambahan ada antara kami yg tak memakai kasut dan stoking. Beku bai.

Tengahari, menjelang waktu solat Jumaat kami bersiap untuk ke Masjid. Masjid yang diberi nama Masjid Kabir (Masjid Besar). Hany memilih untuk membawa kami melalui jalan sawah padi berbanding melalui jalan bertar (biasa). Memang seronok menikmati keindahan perkampungan Arab. Itik yang bermain di tebing sungai. Pakcik-pakcik Arab yang menunggang keldai membawa sayuran. Burung bangau yang mencari makan di tengah tanaman gandum dan banyaaaakkk lagi landskap menarik. [rujuk gambar]

Kami menjadi perhatian warga masjid ketika sampai. Maklumlah, mana pernah orang-orang Melayu sampai kat kampong beliau kan. Feeling macam selebriti habis. Nak sembahyang pun tak khusyuk. Mesti diorang tertanya-tanya kita baca Fatehah guna bahasa apa kan.

Lepas habis solat, kami beramah mesra sebentar dengan imam masjid tersebut di dalam bilik imam. Sheikh Abd Fattah. Lulusan Al-Azhar. Dan tak lupa, sesi bergambar juga. Balik ke rumah, kami melalui jalan yang sama.

Makanan tengahari, kami dihidangkan dengan macaroni, ayam bakar, syurbah(sup) dan nasi. Petangnya selepas  solat Asar, kami  memenuhi jemputan Sheikh Abd Fattah untuk menjadi tetamu beliau.

Kenangan paling indah ialah aku sempat menangkap gambar sunset di kampong ini. Cantik sungguh! Aku betul-betul teruja. Kebetulan sewaktu hendak bersiap pulang, aku sempat berlari keluar untuk menikmati pemandangan sunset. Kebetulan ada gumpalan awan tebal di kawasan tersebut yang menambahcantikkan lagi pemandangan sunset tersebut. [tgk gambar bawah].

Selepas Maghrib, kami pulang ke rumah. Sekian.

Ps: Kenapa karangan dah jadi macam budak-budak darjah 6 ek? Tetiba terskema pulak.

                                                              -----Galeri----

 
 

2 comments:

Faarihin said...

nak nangis aku tengok pic2 ni semua.. pic pemandangan ajelah.. pic ada orang tu tak.. hahaha...

pergh.. jeles lah.. makin mantap photographer ni.. (^__^)

ko pi jalan2.. sbab tu ko tutup blog eh..

p said...

hahaha...

aku blaja2 lagi ni. entah bila nak pro aku pon tatau.

sbb jalan2 pon satu..
ade sebab lain jugak..