Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Friday, September 9, 2011

Tsabat


"Cuma ingin aku peringatkan pada diri sendiri, sahabat-sahabat, adik-adik dan anak-anakku. Sebenarnya kita belum buat apa-apapun untuk ‘jalan hidup pilihan kita’ ini. Kita masih lagi jauh selesa berbanding pejuang-pejuang silam. Kita naik kereta berhawa dingin, meeting dan berusrah di bilik berhawa dingin, lepas program dijamu dengan makanan yang energynya tak habispun digunakan untuk keperluan dakwah dan bakinya tersimpan di perut dan peha kita. Pengorbanan wang? Memang ada tapi masih banyak lagi bakinya untuk membayar ansuran kereta dan rumah kita.

Generasi awal Islam korbankan segalanya. Untuk Islam mereka sanggup disiksa dan dibunuh. Abu Bakar nafkahkan seluruh harta dan sahabat-sahabat yang lain membelanjakan separuh harta. Kita masih lagi berjuang tak jauh dari kampung halaman, masih sempat mengutip buah durian dan menanam tanaman untuk anak-cucu akan datang. Pejuang dulu mati di perantauan dan kubur mereka juga tak mampu diziarahi oleh sanak saudara. Lantaran itu kita tak akan temui kubur Abu Ayyub al-Ansari, Muaz bin Jabal, Amru bin al-As dan ramai sahabat-sahabat yang lain di Madinah mahupun Mekah.

Kita masih jauh berbanding mereka. Lantaran itu kita sebenarnya belum berbuat apa-apa untuk ‘jalan pilihan hidup kita’. Kalau adapun sumbangan kita sangat kecil. Cuma untuk menyejukkan hati yang kadangkala futur, kita mungkin baik sikit dari sesetengah saudara seagama yang hanya mengira minitnya untuk menghasilkan keuntungan diri. Bahkan kita jauh lebih baik dari mereka yang menghabiskan hidupnya untuk meratah hidangan nafsu dan menjadi ulat merosakkan agama sendiri. Mungkin kita baik sikit…"

....

و إن تتولوا يستبدل قوما غيركم ثم لا يكونوا أمثالكم

" dan jika kamu berpaling ia (Allah) akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu". (Surah Muhammad).

Sebahagian para Daie berkata: Aku merasa gembira dan takut bila melihat ramai orang baru menyertai dakwah. Aku gembira kerana dakwah ini dapat sambutan. Aku takut kalau-kalau Allah datangkan mereka untuk mengantikan daku atas kesalahanku mengabaikan hak perjuangan ini.

Petikan blog:SaripAdul
....

Belum pun berbuat apa-apa, sebenarnya futur sudah pun menjengah tiba. Kalaulah dakwah betul-betul difahami dari hati yang tulus ikhlas..Dari jiwa yang murni bersih..Dari fikrah yang jelas matlamat dan halatuju. Tsabatkan kami atas jalan yang kami pilih. Amin

Tuesday, June 7, 2011

Nikmat dan Ujian. Siqoh dengan Allah.

Manusia. Bila diuji dengan kesusahan cepat-cepat dia akan mengadu kepada Tuhannya. Bila ditimpa kesempitan hidup, tanpa tangguh-tangguh terus meluru menyungkur di atas sejadah memohon kelapangan dari sang Pencipta.

Manusia. Bila diuji dengan nikmat dan kesenangan. Lupa dia seketika. Nikmat itu adalah Rahmat? Atau nikmat dan senang itu ujian dari Tuhan? Maka lupa dia dan terus menerus lalai, alpa dan leka. Kerana sangkanya nikmat itu adalah ganjaran dari apa yang telah dia susah-susahkan sebelum itu. Terus dia menjauh dari sempadan dan jalan yang sepatutnya mendekatkan dia kepada Tuhannya.

Akal itu adalah kurniaan Allah. Gunakan sebaik-baiknya. Jangan sampai diuji hilangnya akal, ketika itu baru mahu sedar dari lamunan yang menghayalkan ini.

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Bila Tuhan beri susah, tak semestinya Tuhan benci atau marah atau tidak sayang kepada kita. Dan bukanlah bermakna apabila Tuhan beri nikmat untuk bersenang-senang itu tandanya Tuhan kasih dan sayang. Kerana org kafir juga Tuhan beri nikmat senang bukan?
.

وَلاَ يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ خَيْرٌ لِأَنْفُسِهِمْ إِنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ لِيَزْدَادُوا إِثْمًا وَلَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ

“Dan janganlah sekali-kali orang-orang kafir menyangka, bahwa dibiarkannya mereka (terus mendapat nikmat) adalah lebih baik bagi mereka. Sesungguhnya Kami membiarkan mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka; dan bagi mereka nantinya azab yang 
menghinakan.” (Ali ‘Imran: 178)

وَلاَ تُعْجِبْكَ أَمْوَالُهُمْ وَأَوْلاَدُهُمْ إِنَّمَا يُرِيدُ اللّهُ أَن يُعَذِّبَهُم بِهَا فِي الدُّنْيَا وَتَزْهَقَ أَنفُسُهُمْ وَهُمْ كَافِرُونَ
“Dan janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki akan mengazab mereka di dunia dengan harta dan anak-anak itu dan agar melayang nyawa mereka, dalam keadaan kafir.” (At-Taubah: 85).

Kepada yang Allah uji dengan kesusahan. Jangan lupa kepada ayat ini. Kalau kita rasa susah, percayalah bahawa ada orang yang hidupnya lebih susah dari kita. Kalau kita rasa kita sudah tidak larat diuji, percayalah bahawa tiada orang yang lebih kuat ujiannya melainkan paranabi dan mereka yang mengikuti selepasnya. “Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.”

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]

Takkanlah Tuhan begitu kejam untuk tidak memberikan kita ganjaran setimpal dengan amalan dan usaha yang kita buat selama ini kan? Tuhan itu Maha Adil. Kalau tidak diberikan sekarang, maka sudah tentu yang terbaik itu diberikan kepada kita selepas ini. Ditangguhkan sebentar untuk menguji jiwa-jiwa kontang kita. Siqoh dengan Allah. Jom!

ps: Entri ptg tatkala melihat hamburan perasaan sedih dan kecewa mereka yang exam hari ini di FB.

Friday, April 15, 2011

Dah senja-senja ni jom pakat-pakat beringat...

Senja di Nottingham, England 2010

[Ini pos pending]

Waktu-waktu di akhir tahun pengajian adalah aku labelkan sebagai waktu senja bergelar mahasiswa. Tambah-tambah tinggal lagi beberapa bulan nak grad. Banyak benda nak kena cover. Banyak skill nak kena masyikan. Banyak ilmu-ilmu basic yang nak kena ulang kembali. Physio, Anatomy, Histology dan Pathology. Sampaikan ada masanya rasa sangat takut dan gelisah nak grad dan menjadi seorang Dr. Takut-takut nanti tak menepati 'kriteria' seorg Dr yg diidamkan oleh seorang pesakit. Nauzubillah.

Dan di senja usia ini jugalah masa-masa kritikal untuk membentuk peribadi dan karakter seorang Dr. Membentuk disiplin diri. Disiplin masa dan waktu. Peribadi dan perwatakan yang anggun?. Amanah. Bersungguh-sungguh. Ceria. Boleh mengatasi stress dan menyalurkannya di tempat yang betul. Pandai berkomunikasi dengan pesakit, kawan-kawan, Dr-dr dll. Terlalu banyak lagi yang boleh disenaraikan. Bila fikir-fikir semula semua perkara ini aku rasa boleh membuatkan aku tak lena tidur. Mandi pun kadang-kadang tak basah. Makan pun selalu tak kenyang. Bohong

Aku suka nak berpesan pada kawan-kawan yang baca blog ni atau lebih spesifiknya bdk-bdk Medik yg baca blog ni [adalah 2-3-org]. Time-time muda korang ni gunalah setiap saat dan waktu itu dengan sebaik mungkin. Gunakan setiap ruang dan peluang yang ada untuk menjadikan kita insan yang lebih baik dari zaman-zaman sebelumnya.
Kalau sebelum ini kita bukan seorg yg berdisiplin, maka hari ini berubah menjadi seorg yang berdisiplin.
Kalau kita jenis yang tak berapa reti atau malu nak bergaul dan bersosial dengan org ramai, cuba-cuba utk ringankan mulut menyapa org2 disekeliling kita.
Kalau kita jenis selalu ponteng kelas@atau tinggal dgn serumah org yang suka ponteng, pakat-pakat peringat antara satu sama lain. Pergi kelas itu banyak keberkatannya. 
Kalau kita bukan sejenis manusia pengemas, hari ini bertukar menjadi seorang yang pengemas. Kemas katil lepas tidur. Basuh pinggan lepas makan. Kemas ruang tamu kalau nampak berselerak. Buat benda-benda basic ni sikit-sikit.
Kalau kita jenis pakaian kurang kemas, mandi 2-3 hari sekali, apa salahnya setiap hari Isnin pakai semat-semat sikit. Dtg kuliah pakai kemeja. Kasut bertutup dsb. Profesional Day katanya?
 

Benda kalau kita dah biasa buat, lama-lama akan jadi tabit kita. Tapi kalau kita dari sekarang tak mula, itu yang jadi masalah problem time dah tua. Semua benda tak reti nak buat. Semua benda nanti bersuruh. Tak ketuk, tak jalan. dah stat nak membebel ni. Senang dan pendek kata, selagi ada waktu untuk berubah, kita berubahlah ke arah yang LEBIH BAIK.

Ini aku menulis dengan mengandaikan diri aku di senja waktu bergelar mahasiswa Medik. Tapi ada lagi perkara yang lebih utama dari senja medik ini. KEMATIAN KITA. Tak tahulah adakah kita di senja kematian? Atau masih lagi zuhurnya? Jadi jomlah pakat-pakat beringat dan mengingatkan antara satu sama lain. Sambil-sambil kejar dunia Medik, bekalan akhirat itu LEBIH UTAMA DIKEJAR kerana kita tidak tahu, di waktu mana kematian itu akan datang menjemput kita. Dah senja-senja ni, jom pakat-pakat beringat...

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

MUDA SEBELUM TUA

KAYA SEBELUM MISKIN
LAPANG SEBELUM SIBUK

HIDUP SEBELUM MATI

SIHAT SEBELUM SAKIT

Sekian.

ps: 1- Pagi-pagi dah mimpi rotation round OnG kat hosp Msia. Amacam?
2- Abg Zuhud-Ajut dan Insan Kamil-Faisal tetap menjadi idolaku.
3- Benda dh tua-tua baru nak bulat-bulat balik. Karat otak. Jgn sampai ke pengetahuan HalQi kaherah sudahlah
4- Cth di atas banyak yg aku ambil dari pengalaman dan pemerhatian pd org sekeliling.
5- Dah senja-senja ni apa kata kita pakat-pakat berkahwin. Haha. Gatal!

Wednesday, July 14, 2010

PIT STOP 2

Sekarang adalah pukul 210 pagi. Aku tak berapa dapat nak tidur time-time macam ni sejak kebelakangan ni. Lagipun, aku baru minum secawan kopi. HR adalah sangat laju. Mata mengantuk tapi otak masih ligat mahu berfikir.

Sambil usha-usha buku Surgery lepas baca sikit Internal Medicine tadi, aku teringat pasal blog-blog yang pernah aku tulis. Lantas aku pun membelek pos-pos yang telah aku tulis. Sekarang sudah berjumlah 142 pos untuk blog Sengkenit ini dan 150 pos untuk blog Syabab49. Dan untuk blog empatdua49 yang dah kena banned dengan blogspot, aku tak tahu ingat berapa banyak posnya. Dan dalam blog pertama aku sewaktu zaman friendster pun aku tak ingat berapa jumlah posnya. Tak tambah lagi dengan Fotopages aku yang aku dah tutup akaunnya. Pendek kata beratus-ratus jugak lah pos aku.

Aku cuma nak muhasabah satu perkara. Dalam banyak-banyak yang aku tulis, agak-agaknya berapa orang yang dapat manfaat dari penulisan aku? Atau aku sekadar menulis sesuatu yang sia-sia. Takut nanti, bila aku mati, semua yang aku tuliskan akan dipersoalkan depan Allah. 

Duit adalah saham dunia.
Pahala ialah saham akhirat

Aku mintak maaf kalau lepas ni aku jarang-jarang update blog ini. Macam aku kata dulu, blog ini sebenarnya adalah untuk laporan aktiviti aku dan aktiviti ahli keluarga aku yang lain. Tapi bila tengok balik blog stats Sengkenit ni, aku dapati capaian ke blog ini adalah dari serata dunia. Maka aku adalah sedikit cuak di situ. Aku takut dapat saham dari penulisan aku yang sia-sia. Dan kalau ada perkara yang kau orang rasa macam merepek dalam blog ini, maka jangan teruskan pembacaan anda. Banyak lagi blog lain yang lebih ilmiah dan bermanfaat. 

Dan ingatkan dengan satu perkara. Ingatkan dengan apa yang pernah aku tulis di sini terutamanya dalam label PERKONGSIAN sebab aku selalunya lupa. Nak menulis ni senang sebenarnya. Tapi bab nak kena buat apa yang kita tulis adalah sangat susah sekali. Maka marilah kita sama-sama mengingati antara satu sama lain ya.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog yg tak seberapa ini.

Sekian. 

ps: Aku minat bacaan ilmiah yang santai berbanding yang berat-berat skrg ni. Mungkinkah sbb faktor usia? Ah. Tua benar rasanya..

Tuesday, May 18, 2010

Hati yang Basah

Tanah apabila tidak dibasahi dengan air, akan menjadi kering kontang. Tak mampu untuk membuahkan hasil tanaman yang memuaskan dan produktif. 

Begitu juga hati manu-sia. Apabila terlalu lama berada dalam fasa  rehat dan relaks, maka ia akan menjadi kontang. Justeru, perlu ia dibasahi dengan peringatan-peringatan walaupun sedikit.
Semalam, mendapat satu peringatan. Pembasah-pembasah jiwa dikala diri kontang dilanda musim peperiksaan dan musim panas. Tajuknya: Hati yang basah. 
Cuba lihat surah Anfal ayat 2. Apa bunyinya?

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu dan yang sempurna imannya ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

Selepas membaca terjemahan ayat ini, si pemberi tazkirah pun azan. Allahuakbar..allahuakbar. Tapi bunyi azannya macam orang yang mahu bertakbir raya menyebabkan kami ketawa terbahak-bahak. Haha~ [Terbaik dah tu bro. Menambah rindu gua pada Malaysia ni.]

Isi utamanya ialah, Apa perasaan hati kita apabila mendengar azan dilaungkan dan apabila kalimah Allah disebut? Buat bodoh/gementar/gerun/ teruja dll. Anda pilih sendiri jawapan untuk diri masing-masing.
Maka, diperumpamakan ibarat sepasang kekasih. Apabila nama pakwe/makwe 'kita' disebut dikhalayak ramai, sudah tentu kita akan rasa semacam suatu perasaan yang teruja bukan? Atau kita mesti ingin tahu apa yang sedang dia buat sekarang. Atau sudah tentu kita mahukan sesuatu yang baik-baik sahaja untuk si dia yang kita puja. Atau, setiap kali melihat dia online, kita berdebar-debar tak sabar menunggu dia menegur kita. Atau orang-orang sekarang, cuba untuk menzahirkan rasa kasih dan sayang dengan mengupdate status 'in a relationship with...' di Facebook.

Begitulah juga perumpamaannya untuk orang-orang yang beriman. Apabila disebut nama Allah ketika azan, maka dialah yang berpusu-pusu bersegera menunaikan solat. Apabila kalimah Allah dipermainkan, maka dialah yang sehabis nyawa mempertahankan kesucian kalimah itu. Dan apabila disebut dan dibacakan ayat Allah, dialah yang paling memahami dan menyedari tuntutan dan kelebihan yang terkandung dalam ayat yang dibacakan. Apa tujuannya? Supaya kita lebih disayangi oleh Pencipta itu. Untuk menunjukkan betapa kita ini sayang kepada Allah melebihi segala sesuatu yang kita sayangi di dunia ini.

Justeru, andai mahukan hati yang basah, sirami ia dengan air[peringatan] yang disirami oleh petani [orang berilmu]. Sudah tentu suatu masa nanti, hati yang keras, bisa menjadi lembut selembut sutera.

Sekadar pengisian santai di pagi Hari Selasa. Esok aku exam. Mohon doa kalian agar dipermudahkan dan diberi ketenangan ketika menjawab soalan ya. Sekian

ps: Akhirnya, Baba sudah update blog. Baca komen juga ya.

Saturday, December 26, 2009

No Kompromi!


Maksiat tetap maksiat
Takde kompromi

Kenapa mengejar kebahagiaan yang seketika itu
Untuk merana selama-lamanya?

Mencipta bahagia sesaat
Untuk menderita selama-lamanya

Benar kasih itu manis
Benar cinta itu indah

Tapi lama mana bertahan?
Kalau mulanya sudah salah

Lama mana manisnya?
Kalau habis madunya dihisap sekarang

Lama mana seronoknya?
Kalau berkah sudah hilang

Sabar itu payah
Tapi indah kalau sudah dapat hasilnya

Biar langkah mula itu kukuh
Biar langkah mula itu bersih

Nanti akhirnya Tuhan bantu
Beri kita yang terbaik

Sabar itu indah
Tuhan itu adil
Berkah itu perlu dalam berkasih-sayang

Mana mungkin berkasih-sayang kalau Tuhan tak izinkan...

Maksiat tetap maksiat
Takde kompromi

---------

Sedang melihat manusia yg sedang mencipta bahagia disekeliling
Betullah kata orang, cinta itu buta
Biar buta dari cinta manusia
Jangan buta dari cinta Ilahi



Thursday, October 1, 2009

Gempa Bumi

Salam utk semua. Today i would like to update this blog in English. Sorry. If you dont understand, please take your dictionary with you. Actually, today i have spent thousands of ringgit buying properties for my so called balik- kampung-di-mesir-terchenta this Saturday. Shirts, jeans, shoes, jerseys, socks, slr, lenses, flash etc. Ok. Jangan nak ngengada update dlm BI. Aku rasa cam BI aku dah lebur ni. Entah betul entah tidak grammar kat atas tu jangan tanya akulah..

Tadi saya pergi ke Bandar Melaka. Hari ni kecoh pasal gempa bumi eh? Asal aku tak rasa apa-apa pun? Sabitlah masa kat Mahkota Parade tadi semua org macam cakap dan tertanya-tanya antara satu sama lain:

Eh! Tadi ade gempa bumi eh? Aku tak rasa apa-apa pun

Aku yang tak ketahuan mana kepala mana ekor nak jugak menyampuk, tapi malas. Kononnya aku anggap yang dorg tu tengah mengalami halusinasi tahap terlampaulah. So, otak aku ligatlah mengimbau kembali subjek Geografi menengah rendah dulu. Adalah aku teringat bahawa Malaysia bebas dari sebarang gempa bumi dan terletak di luar lingkaran Api Pasifik. betul? Maka kalau diikutkan logika akal, sudah tentu tak berlaku gempa seperti yg diuar-uarkan oleh pekerja kat MP tadi.

Ketika pulang bershopping, telah terdengar di corong telinga aku siaran ERA. Kecoh bab gempa bumi. Maka betullah berlakunya gempa bumi hari ini. Tapi taklah terus sgt kan? Ada kwn aku dok tingkat 13 siap terjun bangunan lagi konon terperanjat gempa bumi.Entah tuala apalah yg dia pakai buat serkup kepala tu kan? Kisah beliau di sini [klik]

--------

Aku rasa mybe terkena serpihan gempa sebab bala Tuhan. Yelah. Maksiat pun dah berleluasa kan sekarang? Nak nak lagi kat Melaka ni. Hurm. Doalah banyak-banyak. Kiamat dah dekat ni. 

--------

Oklah. Hari ni aku angkut seketul lense TAMRON 17-50mm/f2.8 berharga 1k lebih. Maka lepas ini kena ikat perut dan berpuasa sunat banyak-banyak.Sambil-sambil tu boleh menyahut cabaran Farihin utk menguruskan badan yg semakin debab. Tadi, antar laptop ke kedai utk format. Pos sijil mendaki G Ledang ke Kedah dan keluarkan duit di TH. Maka boleh duduk senyap-senyap kat rumah lepas ini menghitung hari-hari yg bakal berlalu pergi.

--------

Sikit gambar utk tatapan saudara saudari sekelian.





Nota: Bulat kecil, bulat besar. Esok nak g sekolah rendah tangkap gambau

Saturday, September 19, 2009

Keselamatan Jalanraya

Aku cuba utk tak menaip panjang berjela-jela kali ini. Esok dah nak raya. Maka Ramadhan pun akan berakhir kurang dari 24 jam. Sedih tak? Ke biasa-biasa? Ke tak rasa apa-apa sbb sebuk buat persiapan raya? Aku sedih sikit sebab target aku tak tercapai. Target 10 akhir Ramdhan aku ialah sembahyang di sekurang-kurangnya 5 buah surau atau masjid yg berlainan di sekitar kawasan aku. Aku cuma dapat 3 sahaja. 2 masjid dan satu surau. Dan tarawih terakhir di bulan Ramadhan tadi, aku solat di Masjid As-Sajidin.

Aku ambil peluang ini untuk memesan beberapa perkara terutamanya kepada yg nak pulang beraya di kampung. Tak kiralah yg nak ke Utara, selatan, barat atau timur. Pandulah dengan berhati-hati dan penuh hikmah (ermm). Jangan terburu-buru sangat nak sampai ke kampung sampai tak sedar pedal minyak kau dah tekan sampai jejak ke lantai. Bahaya tu. Sikit tips untuk org yg bawak kereta tapi tak sedar yg meter dah cecah 120km/j atau lebih. Tengah-tengah drive tu cuba bukak tingkap sikit supaya dengar bunyi angin. Tak tahulah cara korg mcm mana. Tapi bagi aku cara tu berkesan sebab dari kecil sampai la besar ni, aku takut dengar bunyi angin kalau dalam kereta. Bunyi angin kat luar ok. Bukan angin tersopit tu.

Dan yg paling penting, yg bawa famili dalam kereta tu, ingat-ingatlah. Kita bawak kereta yg banyak nyawa dalam tu. Berhati-hati. Nak masuk simpang sila pasang signal supaya org belakang perasan. Kalau tengah-tengah hujan lebat, jangan bawak laju-laju dan pasang lampu. Sebelum mulakan perjalanan, cek tayar, tekanan angin, lampu brek signal dll. [dulu dah belajar kan masa amik kelas memandu?]

Kepada yg selalu memandu seorang diri macam aku ni, kalau dah rasa mengantuk tu berhentilah kat RnR dan berehat/tidur. Tak pun pergilah berhenti kat stesen Petronas yg terpilih sebab dorg ada sediakan coffee secara percuma. Jangan paksa diri drive. Takut nanti tengah drive kau bantai tidur. Nnt naik lagilah statistik kemalangan tahun ni.

-------

Aku nak ucap tahniah jugak kepada PDRM sebab tahun ni kempen keselamatan telah ditingkatkan. Maksud aku, keselamatan di kawasan perumahan sewaktu pulang bercuti. Dorg ada edarkan borang untuk diisi dan dihantar ke balai yg berhampiran rumah anda. Nanti pulangkan semula borang tersebut+nama+ alamat+tarikh balik kg. Time korg takda rumah nnt, polis akan ronda rumah anda utk elakkan sebarang kejadian tak diingini berlaku ketika anda pulang bercuti. Aku dah serik kes org pecah masuk rumah ni. Klik sini

-------

Ok. Dah la kot.

 Amacam?

Berhati-hati di jalanraya
Selamat pulang ke kampung
Selamat Hari Raya Aidilfitri






Nota: Kakak aku masih terkandas kat Banglore. Flight delay ke pagi esok. Doakan baik-baik saja dan beliau sempat sampai before org takbir raya. Oh! Nampak gayanya aku kena ke JB untuk mengambil beliau esok.