Monday, October 21, 2013

Bunyi cengkerik

Askm wbt.

Lama tak menulis entri di sini. Sibuk? hmmm. buat-buat busy dengan kehidupan yang asyik nak mengejar dunia barangkali. Letih. Dan sedikit bosan dengan kehidupan yang mengejar cita-cita dunia.

Kontang sedikit jiwa. Tapi kena terima hakikat yang hidup sekarang ini bukan lagi dalam suasana biah yang Islami macam di Mesir dahulu. Al-Quran kedengaran di sana sini. Setiap kali waktu solat ada org yang ajak dan ingatkan etc.

Bila dah mula kerja, kena berdiri atas kaki sendiri. Kita yang memulakan arus. Atau kalau tidak, kita yang akan hanyut dan lemas dalam arus sekeliling. Be different. Initiate good thing around you. Camnilah kot dalam bahasa org putihnya.

Sekarang ni, alhamdulillah. Hidup berdua disamping isteri terchenta. Masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Kami adaah dua manusia yang sangat kontra. Memang betul cakap orang, hidup suami isteri adalah saling lengkap melengkapi. Kat dalam rumah, kereta mana-mana sahaja aku yang banyak bercakap. Hehe. Owh, dan yang paling penting adalah menerima kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing. Jangan hidup nak terawang-awang sangat sebelum kahwin. Nak berangan boleh, tapi jgn sampai tak realistik. Bajet nak romantik-romantik kononnya tapi nanti lepas kahwin lupa nak buat apa. haha. Benda chenta ni bukan boleh dibuat-buat. ia lahir dari perasaan yang ikhlas dan jiwa yang tulus-mulus. macam jiwa aku.... krikk krikk :p

Dan si bujang lelaki, simpanlah duit dari sekarang. Lepas bayar duit hantaran, mas kawin semua, banyak lagi perbelanjaan yang diperlukan. Nanti nak bayar duit rumah, kereta, bil air, letrik, barang dapur, tuala wanita, alat pengesan kehamilan dan pelbagai lagi. Time muda jgn nak boros-boros sangat. Hidup ala kadar. Belajar manage time. Belajar kemas diri/bilik/ rumah.

Untuk wanita pula, lepas kahwin, ketaatan hendaklah tumpah kepada suami. Belajar untuk melengkapi sesama pasangan. bertolak ansur. Biasalah kalau awal-awal kahwin suami tak kentut lagi kuat-kuat. Tunggu lah lagi 5-6 tahun, kentut tu rutin harian. Bersabarlah... bau syurga katanya? eh.

Ok. Skrg tinggal lagi satu posting ETD/Anaes before jadi MO. MO? hmmm. untuk difikirkan semula di masa hadapan.

Skrg posting ortho. Moga Allah permudahkan urusan ku dan urusan isteriku yang dah habis OnG. Moga Allah permudahkan urusan kita semua. Aminnnn.

Sekina. bertemu lagi dalam entri yg entah lagi berapa tahun akan dtg. wassalamu



Sunday, February 3, 2013

....


Rabu depan mula posting OnG. Bismillah.


Monday, December 3, 2012

Friday, October 19, 2012

El-Jannah fi Buyutina "Syurga di dalam Rumah Kita"- Amr Khaled

Chap. 1. Boleh usha di youtube utk video-video selanjutnya.

ps: Satu binaan/bangunan, asasnya mestilah ditegakkan dengan kukuh dan kuat. Jika tidak  mudahlah ia rebah dan tumbang semasa pembinaan, sehari lepas ia disiapkan, esok, lusa atau beberapa tahun selepas itu. Membina bangunan yang kukuh memerlukan masa, tenaga, bahan binaan yang berkualiti, komitmen, pengorbanan, kesabaran, toleransi dan banyak perkara lagi. 

Sebuah bangunan yang hebat dari aspek kejuruteraannya nescaya akan menjadi basis/ asas/ rujukan kepada jurutera lain pula dalam membina bangunan seterusnya. Hasilnya, semakin banyak binaan berkualiti yang dapat dihasilkan disamping semakin bertambah ramai engineer hebat. Rantaian ini akan berterusan sekiranya setiap engineer memahami dan menjalankan tugas dengan baik dan memastikan kelangsungan proses melahirkan generasi engineer yang lebih baik dari mereka di masa akan datang. 

 Jom jadikan bangunan kita contoh dan ikutan kepada org lain. 

[Directly indirect mesej]

Saturday, October 6, 2012

Medical Posting [7/6/12-6/10/12]

Askm wbt.

Alhamdulillah. Semalam tamat sudah posing Medical yang telah aku lalui selama 4 bulan. Kesimpulan, if lepas ni kena hantar ke KK/ Hosp Daerah mmg aku akan terkial-kial lagi sebab banyak lagi kes-kes yang jarang aku tengok dan jumpa sepanjang 4 bulan ni. Nak kena tambah lebih dari 4 bulan??? Cukup-cukup sudah sampai di sini saja. Tak sanggup dah..

Medical? Internal medicine. Batnah. Dengar nama memang cukup menggerunkan. Basic dalam bidang perubatan adalah medical itu sendiri. DM, HPT, IHD, MI, Unsable Angina, Leptospirosis, Dengue, Asthma, COAD, Gastritis dll. Kalau buka buku rujukan beratus-ratus topik. Tak terbaca dan tak terhafal satu persatu. Cuma, unuk di Malaysia, kebanyakan kes di hospital adalah kes-kes common spt Unstable angina, IHD, dengue, BA, COAD uncontrolled DM, Hypoglycemia.

Aku teringat kata-kata sifoo Dr Boon Hau [yang masa mula-mula posting aku cuak dgn dia sebab garang padahal dalam hati ada bunga rafflesia]: 

"You dont need to manage the expert2 and complicated things, if you can manage the basic thing it is more than enough"

*Aku pernah juga menulis di sini

Memang betul. Kadang-kadang gelabah time oncall bila dapat call dari ETD [Emergency& Traumatic Department] bila pt nak admit ke ward. Pada kebiasaannya depa akan call dulu ke ward untuk maklumkan pesakit akan dihantar ke wad berserta diagnosisnya. Lagi gelabah bila diberitahu diagnosisnya pelik-pelik contoh: UGIB TRO malignancy. TRO Hematological Mg. Bila dapat impression macam ni sebelum pt masuk ke wad, perasaan cemas meresap ke segenap jiwa. Sampai kadang-kadang terkompius ni kes medical@ surgical?

Dan lagi sifoo nasihatkan aku: 

"Dont follow their impression, make our own impression base on clinical examination& investigation" 

Dan sekali lagi perkara ini amat berguna tatkala oncall bersendirian. Tenang, relaks, berfikir dengan waras. Clerk pt betul-betul. Tengok investigation yang dibuat @ETD. Tgk CXR. Cari abnormal finding. Buat examination. Order proper investigation. Buat plan management baik-baik. Dan.... buat diagnosis yang berkaian. Salah takpe! yang penting management kena betul. Ini kalau admission 2-3 satu malam boleh lah nak tenang. sekali satu malam ada 13-14 admission pandai-pandailah korang nak tenangkan diri. haha sure akan gelabah punya sampai rasa nak nangis, SOB, palpitation semua ada

1st Day

Ingat lagi masa awal-awal masuk ke Medical, kena perli siap dengan bos sebab tak pernah ambil darah, pasang Branula, tak reti interpret ECG dan banyak lagi. Pesanan aku kalau tak tahu banyak perkara, jangan segan silu untuk belajar. Dan jangan malu-malu untuk mengaku yang kita tidak tahu. Orang disekeliling boleh membantu seperti HO, MO [tak semua lah kan], dan STAFF NURSE! Aku lebih banyak belajar dari staff nurse. Dose-dose ubat celah gigi diorang. Management pun banyak yang depa lebih expert. CPR pula macam exercise harian bagi dorg. So, belajar dari mereka. Respect mereka. Sebab pengalaman mereka lebih luas dan banyak berbanding kita seketul HO yang berpangkat UD 41 yang tiada lain melainkan ilmu yang seciput saja.

Yang paling dekat itu MATI!

Satu perkara yang sering aku ingatkan diri aku setiap kali buat CPR pada patient ialah bahawa satu hari nanti kita akan MATI. Harini buat CPR pada orang, esok lusa mungkin orang pula yang buat CPR pada kita. Jika berhadapan dengan saat-saat kematian, jangan lupa untuk mengingatkan diri sendiri bahawa kita juga akan melalui detik kematian itu. Takut-takut bila dah selalu sangat berhadapan dengan kematian perkara itu menjadi RUTIN BIASA dan TIDAK MENINGGALKAN SEBARANG KESAN DAN MUHASABAH PADA DIRI SENDIRI.

“Katakanlah, ‘Sesungguhnya, kematian yang kamu lari darinya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.’” (QS. Al-Jumu’ah : 08 ) 

Takde Life! Tapi banyak pahala??

Serius. Medical posting memang takde life! Masa makan tah ke mana. Masa bersukan entah ke mana. Lari ke sana ke sini. Jalan laju-laju. Trace result Ix. Isi borang itu borang ini. Kena marah sebab salah orang lain. bla..blaa boleh tambah sendiri seksaannya. Sehari berbelas-belas jam dalam wad. Bla..bla..bla.. [mengomel lagi sorang-sorang] Tapikan, selalu orang lupa satu perkara. BASIC pada setiap PERBUATAN SEORANG MUSLIM bermula dengan NIAT YANG BETUL! Sebenarnya, Medical posting tempat mengumpul PAHALA dengan sebanyaknya jika kita sentiasa memperbetulkan dan membaharui niat setiap hari! Wow~ Saya teringat hari pertama saya masuk posing Medical dapat mesej dari seorang makcik ni [moga Allah Rahmati dan luaskan rezeki beliau sekeluarga]:

"Tajdidkan niat, sentiasa IKHLAS kerana Allah, nanti dah jadi ROUTINE, tak rasa Ikhlas tu"

Jika niat kita betul,ikhlas dan kerana Allah insA allah akan beri ganjaran yang setimpal. Rugi sekiranya kita berkerja hanya kerana mengejar kekayaan dunia semata-mata. Nanti dah berkerja akan berjumpa dengan pelbagai kerenah manusia. Ada yang berkerja kerana duit, ada yang hanya berkerja berkadar terus dengan gaji yang dibayar. Pernah satu hari sewaktu saya oncall yang sangattttt banyak admission ada seorang ini berkata: Gaji Dr banyak bolehlah kerja lama-lama. Gaji saya ni kecik saja, so tak payahlah kerja susah-susah. Kalau kerja banyak pun gaji bukan bertambah.." Memang logik kan? Tapi saya berfikir sebaliknya. Kalau ahli keluarga kita yang masuk hospital dan memerlukan rawatan, sudah tentu kita mahukan rawatan yang terbaikkan? Jadi berilah rawatan yang secepatnya dan yang terbaik seolah-olah pesakit itu ahli keluarga kita sendiri. InsyaAllah walaupun gaji kecil/gaji besar, kalau niat ikhlas Allah akan lapang dan luaskan rezeki tanpa disangka-sangka.

Dan niat adalah perkara penting yang menjadikan perbuatan kita ADAT aau IBADAT. Jangan lupa! Takde life! Tapi dapat kumpul banyak pahala kan???

Terima kasih

Aku ucapkan terima kasih pada warga Medical HTAN yang banyak membantu dan menolong aku selama ini terutamanya staff nurse wad 1 (ni mmg SN yang palinggggg banyakkkkk tlg dan motivate aku), wad3, wad 4, geng HO, MO dan Bos. Doakanlah aku berjaya di Surgical Department pula.

Surgical

Semalam dah lapor diri pada bos Surgical. InshaAllah akan bermula pada hari Isnin ini. Doakanlah ye rakan-rakan sekelian.

Ok. Rasa macam dah banyak berceloteh. Nanti ada kesempatan aku update. Moga perkongsian ini bermanfaat.

Sekian.

ps: Turun 10kg tetapi gradually increasing weight bila dah akhir-akhir posting medical. Habislah. Buah tembikai dah mula tumbuh di perut. Pergi kau tembikai!

Thursday, May 10, 2012

Percaya dan Sabar

Alhamdulillah. Semalam sempat bertemu dgn Shafiq Mansor yang pulang ke Malaysia sekejap utk -menyelesaikan masalah beliau. Moga Allah permudahkan semua urusan beliau.Sambil-sambil tu sempat juga aku update situasi semasa Mesir, hal kawan-kawan sebaya dan beberapa perkongsian lain.

Dan yang paling terkesan di hati aku ialah sekali lagi konsep Tsiqah Billah [yakin dgn Allah] dikongsikan. Kadang-kadang kita kita sudah besar ujian yang kita hadapai. Duit dicuri, fail exam, tak dpt panggilan kerja, kena rompak, kena marah dgn bos etc, tapi kita tak sedar bahawasanya ada orang lain yang lebih besar ujian yang mereka hadapi berbanding kita. Dan dalam sedar tak sedar, kita lupa bahawa ujian yang Allah berikan kepada kita adalah satu ujian utk menguji ketaqwaan kita. Kita terus menerus mempersoalkan dan mengeluh dgn masalah yang kita hadapi. Tak sedar kita sudah menjadi hamba yang sentiasa 'bersangka buruk' kepada penciptaNya.

“Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt.” AnKabut:2


“Besarnya pahala seseorang adalah bersamaan dengan sekadar mana ujian yang dikenakan oleh Allah kepada dia.” -Al-Hadis


Ujian yang Allah datangkan selalunya akan diiringi dengan kemanisan dan kegembiraan. Cuma yang perlu ada dalam diri seorang hamba adalah sifat SABAR. Sabar dan doa yang tak terputus supaya Allah kurniakan yang terbaik selepas kita diuji dengan pelbagai perkara. Satu nikmat Allah tarik, tanpa kita sedari rupanya selepas itu Allah nak kurniakan 10 lagi nikmat yang lebih baik.  

Jd jangan cepat putus asa, jangan cepat mengeluh, jangan mudah menjadi insan yang berjiwa kecil sebaliknya jadilah insan yang berjiwa besar, yang mempercayai dan mengimani qada dan qadar yang telah Allah tetapkan kepada kita seterusnya setiap kali kita diuji, semakin bertambah-tambah kesiqahan kita kepada Allah. Jom!

ps: Update ringkas dan pendek. 

Sunday, April 15, 2012

Kehidupan Dunia

Kita terlalu busy update dengan hal-hal duniawi. Dan akhirnya kita tak sedar iman kita statik. Bekalan kita utk kehidupan selepas kematian adalah sifar. Dan lebih kita takuti kita hanya menyedarinya ketika kita sudah betul-betul terlambat. Dan akhirnya kita menyesal tak sudah. Nauzubillah. Sementara ada masa ini, cuba kita tengok-tengok kejap video ni.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan tidaklah penghidupan dunia itu melainkan permainan dan kelalaian. Dan sesungguhnya negeri akhirat adalah lebih baik bagi orang yang berbakti. Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir." (Surah Al-An'am, ayat 32) 

Allah berfirman:"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)" (Ali Imran 3:14) 

"Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan satu permainan, dan satu hiburan; sungguh, tempat kediaman akhir adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Apa, tidakkah kamu faham?" (6:32)

"... kesenangan kehidupan dunia ini, dibandingkan dengan akhirat, adalah suatu yang sedikit." (9:38)


Friday, April 13, 2012

Kahwin.

Banyak isi-isi penting yg kita terlepas pandang dlm video ini. Dikongsikan supaya kita dapat benefit bersama.

"And women of purity are for men of purity, and men of purity
are for women of purity" [s.24;v.26]


Nah dgr2 kan lah. 

Wednesday, April 11, 2012

Masjid Besi, Putrajaya

Ana telah singgah di Masjid Besi sewaktu menyelesaikan urusan utk mula kerja. Alhamdulillah. Sekarang ana telah berjaya menjadi penganggur. 
Antum semua tgk gambar jelah ye. Bg cukup syarat je ana mengupdate belog ini.










 Ust Arep Saleh yg menemani ana. Terima kasih bnyk2.

 Ust terdampar keletihan sebelum meneruskan perjalanan ke Bangi dan Puncak Alam







HQ ISMA Bangi e Ust Salman [yg ni betul2 ust] 

Amacam? 

ps: Jalan dgn 'ust2' dulu. ustazah sombong ngat. bye!

Tuesday, April 3, 2012

AGENDA UMAT.



Tarikh : 6 April 2012 ( Jumaat )
Tempat : Kasr El-Aini Main Conference Hall, Cairo university.
Masa : 8 pagi - 5 petang
Yuran : LE15 



OBJEKTIF 

1.0 Menekankan anasir-anasir agenda musuh seperti pluralism, kristianisasi dan lain-lain yang sedang menyerang umat Islam sekarang terutamanya di Malaysia. 

2.0 Menanamkan kefahaman ringkas tentang slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat kepada masyarakat mahasiswa di Mesir.

3.0 Mengembalikan kesedaran tentang tanggungjawab supaya umat kini kembali beragenda.



Kenapa mahasiswa Mesir perlu datang ke Seminar Agenda Umat?

1. Kita jahil tentang isu umat Islam. Setiap hari kita bergelumang dengan sendiri, tapi adakah setiap hari kita cakna dengan isu nasional dan global umat? Kita boleh ukur penguasaan kita terhadap isu umat dengan menjawab soalan-soalan berikut:
a. Apakah asas masyarakat Islam Madinah ketika zaman Rasulullah SAW?
b. Siapakah panglima Islam di perang Al-Qadisiyah (perang melawan Parsi)?
c. Siapakah Saifuddin Qutuz?
d. Apakah 3 NGO Islam terbesar di Malaysia?
e. Apakah itu serangan pluralisme, liberalisme, kristianisasi?

2. Kebanyakan kita tidak memahami sepenuhnya slogan "Melayu Sepakat Islam Berdaulat" (MSIB). Oleh itu, anda boleh berdialog secara langsung dengan panel di seminar nanti.

3. Dengan mengikuti seminar ini, anda dapat mengetahui apakah agenda yang paling penting dan mustahak untuk umat ini. Masa sudah tidak banyak. Kita perlu bertindak menyusun kembali agenda kita sesegera mungkin.


ps: Umat beragenda yg acapkali ditafsirkan sebagai umat yang ada udang disebalik batu. Atau perlu diperbetulkan cara fikir dan persepsi bahawa umat beragenda bermaksud umat yang ada halatuju, jatidiri dan cara fikir yang terpandu dan terarah. PILIHAN DI TANGAN ANDA =)

Tuesday, February 28, 2012

Alhamdulillah. Graduated! 27/2/2012

1- Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Puji dan syukur selayaknya kepada Allah yang tak pernah pututs-pututs memberikan nikmat kepada hambaNya.

2- Alhamdulillah semalam sudah mendapat result exam terakhir Tahun 6. JJ 84.43. Memang takde rezeki nak mumtaz. Apa-apa pun syukrulillah. Moga dapat menjadi doktor yang MUMTAZ di masa akan datang.

3- Menulis dari lubuk hati. Balik dari program iMedik semalam selepas mendengar perkongsian Dr Hatta dan Dr Faiz Jamli. Rupa-rupanya kami ada persamaan. Kalaulah dahulu mereka berdua saling kuat-menguat antara satu lain disebabkan mereka the only Malaysian yang ada, rupa-rupanya aku turut ada perkara yang sama. Alhamdulillah. Aku ada Ajut dan Faisal yang terus membuatkan aku terus melangkah daripada berhenti dari bidang Medik ini. Dan aku berharap agar Allah beri keberkatan kepada persahabatan ini untuk terus kami maju melangkah dalam bidang tertinggi dunia perubatan+berjaya dalam kehidupan masing-masing selepas ini. Terima kasih juga kepada kawan-kawan satu batch. Hakim- Azrul- Abdullah Tahir- Ikram- Nahdia- Nadiah Y- Nadiah H- Farah- Hani- Dayah- Farah- Mufidah- Husna- Irham- Maryam.

4- Terima kasih kepada rakan-rakan satu batch, EMAK DAN BABA, juniors, saudara mara dan SEMUA yang memberi sokongan, dorongan, motivasi dan doa kepada aku untuk menghabiskan pengajian selama 6 tahun setengah ini. Terima kasih kerana memberikan ruang untuk menumpang semangat anda supaya aku dapat melalui jalan ini dgn jayanya.

5- Doakan aku dan kawan-kawan terus berjaya dalam bidang perubatan yang telah kami ceburi ini. Doakan kami terus kuat, istiqomah, dapat menjadi qudwah kepada masyarakat, dpt merawat pesakit dengan sebaik mungkin dan yang paling penting dapat menjadi doktor mukmin.

6- 6 tahun setengah pengajian. Konvo bukanlah pengakhiran kepada episod cerita ini, tetapi perjalanan baru sahaja BERMULA. Doakan kejayaan mengiringi setiap langkahan kami.

Sekian.

Muhd Syafi Abd Bari

Gambar yg bakal dikenang-kenang di waktu muka nanti


Tuesday, January 24, 2012

24/1/2012

Menulis dengan hati yang tenang dan jiwa yang tenteram. Selepas segalanya diserahkan kepada Allah.

Hari ini satu chapter dalam hidup aku berakhir. Dan akan bermulalah chapter-chapter baru yang wataknya akan berubah-ubah mengikut ketentuan yang Allah sudah tetapkan.

Menyesal? Tidak. Kerana aku diberi peluang untuk berkenalan dengan hambaNya yang penuh dengan hikmah, karisma dan banyak manfaat yang dapat aku sedut dan tempelkan pada diri aku. 

Tsiqah dengan Allah. Percaya dengan Allah? Hari ini juga ada pelajaran barunya. Percaya dan redha dengan ketentuan Allah itu bukan letaknya pada lafaz semata-mata, tapi ia diikuti oleh rasa tenang, bebas dan redha dalam hati selepas Allah menetapkan segala-galanya. Pelajaran terbaik yang boleh dijadikan bekal oleh si kelana berjiwa kontang seperti aku.

Diri ini tandus. Jiwa ini gersang. Perlu diisi dengan sebaik-baik bekal sebelum perjalanan ini terhenti dalam jasad yang sudah kaku dan keras. Moga perjalanan ini dapat menemukan aku dengan mereka yang sudi berkongsi bekalan mereka dan kami bersama-sama menuju destinasi abadi itu.

Ayat yg sempat aku baca dan hafal ptg tadi dan membuatkan jiwa aku tenang:


إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْداً عَلَيْهِ حَقّاً فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ



Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Moga diri kita yang kerdil ini dibeli Allah dgn nilai syurganya yg sgt mahal. 


24/1/2012
Selasa
One Chapter Ended.

-------------

Next Chapter.

Bismillah.

Monday, December 5, 2011

Undi-PR-undi semula. Again and again?

Gegak gempita dan kehangatan pilihanraya/ mesyuarat agung semakin terasa [aku tak rasa apa pun]. Sana-sini sibuk orang ramai mengibar gambar calon pilihan mereka. FB, blog, twitter dsb. 

Dalam sedar tak sedar, musim sejuk ini untuk kesekian kalinya telah menjadi saksi kemunculan golongan yang menabur janji yang mereka sendiri belum tentu mampu untuk menunaikannya. Samada untuk menang PR semata-mata atau memang niat mereka itu ikhlas, maka kita serahkan semuanya kepada Allah. Itu urusan Dia dan dia.

Muhasabah

Cuma sekadar muhasabah. Acapkali menjelang apa-apa pemilihan? PR/mesyuarat agung dll, aku dapat melihat manifesto yang pelbagai bunyi dan rangkap. Manifesto melambangkan pemikiran/ perbuatan/ matlamat yang ingin dicapai oleh calon yang berkenaan sekiranya beliau memenangi PR. Manifesto yang dilaungkan semakin hangat menjelang hari-hari pengundian diadakan. Bermacam-macam dan sangat pelbagai.

Cuma yang sedikit aku kesalkan [barangkali ramai juga yang sedar], selepas sahaja menang pilihanraya, semua janji itu sekadar menjadi habuk yang berlalu pergi tanpa sedikit pun meninggalkan kesan. Janji hanya sekadar janji. Kesatuan? Kebajikan? Kebersamaan? Keterbukaan? persatuan milik semua? dan macam-macam lagi. Semuanya bertukar menjadi seolah-olah organisasi yang aku pimpin sekarang ini menjadi 'hak milik aku'. Semua aku@ exco tertinggi yang tentukan. Semua keputusan aku@exco yang buat. Akulah yang berkuasa menentukan segala-galanya. Yang lain suma perlu PATUH DAN IKUT. Ketika inilah voters hanya dianggap sebagai 'alat' untuk mendapatkan undian semata-mata. Mana perginya istilah KEBERSAMAAN yang dilaung-laungkan? Secara tidak sedar sebenarnya organisasi ini hanya ditentukan oleh pemimpin dan exconya semata-mata, bukanlah lagi AHLInya. 



Lebih malang lagi, kadang-kadang kalau kita menegur untuk penambahbaikan kerja di masa akan datang, kita pula yang dipersalahkan. Kononnya hanya pandai mengomen, tidak pula pandai nak membuat/ tolong berkerja, keputusan tersebut adalah hasil syura exco? [again] ahli persatuan lain tak layak memberi pandangan dan banyak lagi. Ini semua hanya sekadar contoh semata-mata.

Janji tinggal janji

Lupakah pada satu perkara. Sebelum berkuasa apa yang dijanjikan? Dulu pernahkan kalian berkata SATU HARI mengatakan persatuan/pertubuhan ini MILIK SEMUA dan kenapa 364 HARI menjadikan persatuan milik PERIBADI? Nice kan?~ Voters tertipu dgn janji palsu. Sebab itu, kalau nak bermanifesto pun biarlah berpada-pada. Jangan mudah berjanji sewaktu kita senang. Takut-takut nanti bila kita sesak dan sibuk dengan jawatan, kita lupa janji-janji yang telah kita taburkan. Sama macam sebelum kita dapat duit RM1000 dan merancang ingin mendermakan semuanya kepada perkara kebajikan. Bila dah dapat duit nanti percayalah dugaan dan cabarannya lebih banyak. Silap-silap RM 1000 yang ada belum cukup bahkan duit org pula yang disapu!

Amanah dan terus amanah. 

Peringatan dari Allah:
إنا عرضنا الأمانة على السماوات والأرض والجبال فأبين أن يحملنها وأشفقن منها وحملها الإنسان إنه كان ظلوما جهولا
Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (al-Ahzab, ayat: 72)

حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ شُعَيْبِ بْنِ اللَّيْثِ حَدَّثَنِي أَبِي شُعَيْبُ بْنُ اللَّيْثِ حَدَّثَنِي اللَّيْثُ بْنُ سَعْدٍ حَدَّثَنِي يَزِيدُ بْنُ أَبِي حَبِيبٍ عَنْ بَكْرِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ الْحَارِثِ بْنِ يَزِيدَ الْحَضْرَمِيِّ عَنْ ابْنِ حُجَيْرَةَ الْأَكْبَرِ عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا تَسْتَعْمِلُنِي قَالَ فَضَرَبَ بِيَدِهِ عَلَى مَنْكِبِي ثُمَّ قَالَ يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةُ وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا
Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Abdul Malik bin Syu'aib bin Laits telah menceritakan kepadaku bapakku Syu'aib bin Laits telah menceritakan kepadaku Laits bin Sa'ad telah menceritakan kepadaku Yazid bin Abu Habib dari Bakr bin 'Amru dari Al Harits bin Yazid Al Hadhrami dari Ibnu Hujairah Al Akbar dari Abu Dzar dia berkata, saya berkata, "Wahai Rasulullah, tidakkah anda menjadikanku sebagai pegawai (pejabat)?" Abu Dzar berkata, "Kemudian beliau menepuk bahuku dengan tangan beliau seraya bersabda: "Wahai Abu Dzar, kamu ini lemah (untuk memegang jabatan) padahal jabatan merupakan amanah. Pada hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi siapa yang mengambilnya dengan haq dan melaksanakan tugas dengan benar." (Shohih Muslim – Hadis ke 3404).

Harapan.

Biarlah yang humble memegang takhta.
Biarlah yang jelas halatuju dan matlamat memandu jiwa.
Biarlah yang berjiwa rakyat yg menjadi ketua.
Biarlah yang boleh menerima kepelbagaian persatuan dan fikrah yg menyatukan kita
Dan yang paling penting, kotakanlah janji-janji yang ditaburkan sewaktu anda merupakan rakyat biasa.

Ingatlah, jawatan boleh membawa kita kepada kebinasaan. Dan ia juga boleh membawa kita ke dalam syurga. Jangan sentiasa menganggap diri lebih mulia dari orang lain sebab kita ada jawatan. Anggaplah ianya AMANAH yang akan dipersoalkan. Ya, andainya anda silap di dunia mungkin tiada org yang berani bersuara menegur kepimpinan anda tetapi ingatlah di Mahsyar nanti SATU pun takkan terlepas dari dihisab Allah. Amanahlah dan rendahkan hati serendah-rendahnya. Moga amal kebaikan menjadi pemberat mizan anda.

To voters.

Moga kita tidak meneruskan cycle yang sama setiap tahun. Vote-tukar kepimpinan-vote-tukar kepimpinan tapi cara fikir dan kerja yang sama masih membelenggu mereka. So apa yang bezanya kan?

Kalau niat kita ikhlas nak tolong orang, takde jawatan pun kita masih boleh tolong orang kan? :)


Akhir


Ingatlah.
1 HARI anda diberi tempoh berkempen dan bermanifesto.
364 HARI Allah beri peluang untuk jalankan apa yang telah dipertanggunjawabkan dan dijanjikan. Laksanakan dgn sebaiknya.

Sekian. Ikhlaskan niat Lillah.

ps: Jawatan dan perbezaan pendapat telah menjauhkan kita. Kita bukan macam dulu lagi. Aku telah menjadi asing dan terus asing untuk selama-lamanya mungkin.

Tuesday, November 22, 2011

Exam Final dan Ribut-ribut

1- Semakin hari semakin menjadi-jadi cerita dalam surat khabar sana. Apa tulisnya semalam. Kereta kebal berkeliaran eh? Masya Allah. Sesungguhnya sifat binatang buas telah diletakkan pada sebuah kereta kebal. Kalau famili dekat Malaysia sana kompem tak lalu makan seminggu. Propaganda betul.

2- Kepada keluarga dan saudara mara di Malaysia sana, no worries. Kami dekat sini sihat wal afiat. Makan cukup. Tidur cukup. Takda pun suasana seperti yang digemparkan dalam media massa. Cuma yang tak cukup sekarang ini ialah masa study! Sesungguhnya ia berlalu dengan begitu pantas sekali. Semakin hari semakin exam mendekati. 

3- InshaAllah jadual exam final ana adalah seperti berikut:

SURGERY
24/11- Paper 1 [4pm M'sia]
1/12- Paper 2 [4pm M'sia]
3/12- MCQ [4pm M'sia]
7/12- Clinical [2pm M'sia]
13/12- Oral [2pm M'sia]

OnG
16/1- Written [4pm M'sia]
18/1- MCQ [4pm M'sia]
22/1- Clinical [2pm M'sia]
29/1- Oral [2pm M'sia]

4- Mohon didoakan kejayaan ana dan rakan-rakan semua dalam menempuhi exam final MbbCh[mana huruf kena besar kena kecik ana fun tak tahu] kami ini. 

5- Kepada semua rakan-rakan, good luck. Mohon maaf atas kesilapan selama ini. Doakan kejayaan bersama.

6- Kepada rakyat Malaysia di Mesir, terutamanya di Cairo dan Alex, selamat menjaga diri dengan sebaik-baiknya. Jaga keselamatan diri. Jangan keluar rumah waktu malam. Jangan join mogok sekali. Jangan suka-suka sangat jalan sorang-sorang. Amalkan membaca doa ini setiap kali keluar dari rumah. 
باسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم


7-Moga Allah Taala pelihara keselamatan jiwa dan diri kita. Dan moga Allah permudahkan urusan kita untuk menuntut ilmu sehingga tamat di Bumi Mesir ini. Sekian

ps: Ni last post ana. Kott..

Thursday, November 17, 2011

Delete

Taip. Delete. Taip. Delete
Last-last ni je yang keluar.

Sama jugak macam baca buku.
Baca. Lupa. Baca. Lupa

Moga-moga pahala usaha study sungguh-sungguh Allah tak delete.
Kalau tak memang naya.



Kurniakan kami ilmu yang berkat dan bermanfaat Ya Rabb

Wednesday, November 9, 2011

Raya Eid Adha 2011

Gambar sekitar solat Raya Adha. Dah cukup tua utk berada di sini. dan sudah tiba masanya untuk raya yg terakhir di Mesir. Melainkan kena dtg lagi utk asbab lain nanti.  jumpa zaujah attachment master etc

Tak banyak gambar yg ditembak. Ini pun utk laporan kpd family dan ada sorg junior yg baca-belog-ini senyap-senyap tu suruh upload kat FB. Sabaq ye dik. I suka tangkap gambar jeww. I tak suka upload gambar kat FB. Dah u baca belog ni, i letak kat sini dulu la ye. Ewww~

Masa berlalu dn sangat pantas skrg. tup tap tup tap dah tinggal 2 minggu je lagi sebelum exam bermula. Justeru, saya pohon kepada semua untuk mendoakan kami yang bakal menghadapi final exam bermula 24/11/2011, Khamis. Doakan urusan kami dipermudahkan. Ilmu kami bermanfaat dan diberkati. Dikurniakan nikmat kesihatan yang baik sebelum, semasa dan selepas exam. Doakan setiap kerja buat kami mengulangkaji dan study dikira sebagai ibadat disisi Allah. Doakan MUMTAZ semuanya tahun ini. Doakan segala yang baik utk kami. Biiznillah.

Sekian. Mood nak menulis sudah mula pudar sejak akhir-akhir ini. Maaf atas pos yang pending dan tak kesampaian nak dikongsikan [HIMPUN dll]. 

Sekian.









junior itu yg tgh sembelit?