Tuesday, May 18, 2010

Hati yang Basah

Tanah apabila tidak dibasahi dengan air, akan menjadi kering kontang. Tak mampu untuk membuahkan hasil tanaman yang memuaskan dan produktif. 

Begitu juga hati manu-sia. Apabila terlalu lama berada dalam fasa  rehat dan relaks, maka ia akan menjadi kontang. Justeru, perlu ia dibasahi dengan peringatan-peringatan walaupun sedikit.
Semalam, mendapat satu peringatan. Pembasah-pembasah jiwa dikala diri kontang dilanda musim peperiksaan dan musim panas. Tajuknya: Hati yang basah. 
Cuba lihat surah Anfal ayat 2. Apa bunyinya?

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu dan yang sempurna imannya ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

Selepas membaca terjemahan ayat ini, si pemberi tazkirah pun azan. Allahuakbar..allahuakbar. Tapi bunyi azannya macam orang yang mahu bertakbir raya menyebabkan kami ketawa terbahak-bahak. Haha~ [Terbaik dah tu bro. Menambah rindu gua pada Malaysia ni.]

Isi utamanya ialah, Apa perasaan hati kita apabila mendengar azan dilaungkan dan apabila kalimah Allah disebut? Buat bodoh/gementar/gerun/ teruja dll. Anda pilih sendiri jawapan untuk diri masing-masing.
Maka, diperumpamakan ibarat sepasang kekasih. Apabila nama pakwe/makwe 'kita' disebut dikhalayak ramai, sudah tentu kita akan rasa semacam suatu perasaan yang teruja bukan? Atau kita mesti ingin tahu apa yang sedang dia buat sekarang. Atau sudah tentu kita mahukan sesuatu yang baik-baik sahaja untuk si dia yang kita puja. Atau, setiap kali melihat dia online, kita berdebar-debar tak sabar menunggu dia menegur kita. Atau orang-orang sekarang, cuba untuk menzahirkan rasa kasih dan sayang dengan mengupdate status 'in a relationship with...' di Facebook.

Begitulah juga perumpamaannya untuk orang-orang yang beriman. Apabila disebut nama Allah ketika azan, maka dialah yang berpusu-pusu bersegera menunaikan solat. Apabila kalimah Allah dipermainkan, maka dialah yang sehabis nyawa mempertahankan kesucian kalimah itu. Dan apabila disebut dan dibacakan ayat Allah, dialah yang paling memahami dan menyedari tuntutan dan kelebihan yang terkandung dalam ayat yang dibacakan. Apa tujuannya? Supaya kita lebih disayangi oleh Pencipta itu. Untuk menunjukkan betapa kita ini sayang kepada Allah melebihi segala sesuatu yang kita sayangi di dunia ini.

Justeru, andai mahukan hati yang basah, sirami ia dengan air[peringatan] yang disirami oleh petani [orang berilmu]. Sudah tentu suatu masa nanti, hati yang keras, bisa menjadi lembut selembut sutera.

Sekadar pengisian santai di pagi Hari Selasa. Esok aku exam. Mohon doa kalian agar dipermudahkan dan diberi ketenangan ketika menjawab soalan ya. Sekian

ps: Akhirnya, Baba sudah update blog. Baca komen juga ya.

1 comment:

ad said...

p, selamat exam. semoga semuanya baik-baik sahaja..