Monday, October 12, 2009

Hari 3: Round Psychiatry

Salam sejahtera semua.


Beberapa menjak ni, idea aku untuk menulis memang dah kering kontang. Nak buat ayat-ayat BM pon macam dah tak reti sgt. Tak tahulah sebab apa. Balik aje ke Mesir Umm Dunia ni, terus blur-blur ayam. Tambahan lagi, kan aku kena pindah rumah. Nak dijadikan cerita, skrg ni rumah susah nak carik dah sebab semuanya dah penuh diisi dek student2 Arab yg dah mulakan pengajian seawal bulan 10 haritu. Maka sedikit tekanan dirasai di kala ini.


-----


Peristiwa hari ini.


Hari ini ialah kelas ketiga dalam round kedua untuk minggu kedua ini. Belajar tentang Organic Brain Disorder. Nak cerita banyak pun malas. Habis kelas, dpt tgk ptn. Seorang perempuan berumur 62 tahun. Komplen ttg mood changes, depress, hypersomnia,lack of concentration, streotype (ulang-ulang perkataan banyak kali), loss of appetite, agitated dan ada bizzarre behaviour. Aku berusahalah nak fahamkan Bahasa Arab dia+ makcik tu cakap slow dan tak jelas. Namun, ku keciwa. Nampak gayanya BA ni nak kena banyak diimprovekan lagi nih.Bila Dr terangkan situasi si pesakit, barulah aku faham..


-----


Pindah rumah ni memang memenatkan. Satu: Bungkus barang-barang yg akan dipindahkan. Dua: bila dah pindah, barang-barang yg dah dibungkus tu kena bukak balik dan susun elok-elok kat tempat yg sesuai. Tiga: Aku bukannya baru 2 hari duduk kat Mesir ni, Dah hampir 5 tahun kot. So, bayangkanlah barang yg nak dipindahkan tu banyak mana?


Doakan urusan cari rumah+pindah selesai dalam masa terdekat. Minggu depan dah nak exam kot.


Adalah sekian dahulu.

-----

Sesi makan-makan malam tadi. [padahal sesi aku buka puasa jam 930mlm]
 







Sunday, October 11, 2009

Dr = No MERCY


Mula drama sebabak.


Semalam bermulalah round Psychiatry. Round kedua dalam minggu kedua. Tadi adalah hari kedua dalam round kedua tersebut. Dapatlah melihat 2 org ptn [depression] dan seorang lagi umur 14thn yg mengalami masalah maniac. Kesian. Paling kesian yg ptn umur 14thn tu. Muda lagi. Perempuan. Tadi siap ada drama ibu-anak.Kesian betul. Menangis-nangis lah budak tersebut bila ibu dia menceritakan history dia kepada Dr. Aku memang kesianlah tgk ptn tersebut. Semua org pon macam khusyuk mendengar history dan cerita berkaitan yg ditanyakan Dr kepada emak tersebut. Dalam masa yg sama, si budak tersebut marah-marah kat emak beliau sampai kata emaknya-bukan-emaknya. Sedih siot. Ringkas cerita, Mesir ni memang ramilah org yg mengalami masalah tekanan emosi dan jiwa ni sebab persekitaran, genetik dll lagi. Mereka tak mintak pon untuk dapat penyakit-penyakit tersebut, tapi nak buat macam mana kan? Perancangan Tuhan itu melebihi segalanya. Dan harini aku teringat kata-kata seorang kawan aku ni. 


"Kadang-kadang Dr memang perlu TIADA PERASAAN BELAS KASIHAN KPD PESAKIT"


Pernyataan ini mungkin hanya difahami oleh mereka yg bergelumang dalam dunia Medic ini shj.


Habis drama


-------


Jumaat lepas aku ditaklifkan? dipertanggungjawabkan untuk bagi taklimat kpd student Thn 1 Conventional ttg sistem pengajian kami. Alhamdulillah. setel semua presentation dan edaran. Ramai jugaklah yg datang dan majoritinya  adalah conv. student. Nak cerita banyak pon susah jugak sebab depa ni belum start lagi kelas. So aku just terangkan secara basic-basic shj. Kang bg details sgt pulak buat pening kepala depa nnt. Harap depa paham lah apa yg disampaikan. Dan harap depa diberi kekuatan untuk mengharungi dunia medic yg penuh pancaroba ini. Jangan nanti ada pulak yg menambahkan drama macam kisah di atas sudah. Dan dalam slide aku yg terakhir, sempat aku bubuh pernyataan ini yg tiba-tiba terlintas selepas aku solat Jumaat, sebelum bg taklimat:



“Sikap anda ketika menjadi pelajar perubatan akan menentukan sikap dan sifat anda ketika menjadi doktor kelak”

Peringatan untuk diri aku jugak benonye..