Tuesday, December 28, 2010

Semasa| Simple vs Complicated

Tadi masa tengah kelas OnG, ada seorang student perempuan Arab cuba untuk masuk kelas di tengah sesi pembelajaran. Ditolaknya sebelah kiri pintu [daun pintu ada 2] bersungguh-sungguh sampaikan satu kelas mengalihkan pandangan mata ke arah kesungguhan beliau untuk membuka pintu. Lepas bersusah payah, akhirnya pintu yg berdaun dua itu pun terbuka. Beliau pun masuk dengan muka yang amat gembira. Dan secara spontan, Dr pun berkata yang mafhumnya begini:

"Kenapa kamu semua suka buat kerja yang susah-susah? Sedangkan dalam hidup ni banyak je benda yang simple yg kamu boleh buat.. Kalau dah tahu sebelah pintu tak boleh bukak, cubalah bukak pintu yang satu lagi tu kan.." Ujar Dr sambil disambut gelak ketawa oleh semua student dalam kelas kami. 

Hakikatnya, dalam realiti hidup, memang kebanyakan student medic akan pilih cara yang susah aku rasa. Sampaikan ada masa, tak boleh nak selesaikan sesuatu perkara dengan cara yang paling mudah dan simple. Kadang-kadang benda yg hanya perlu logik akal, kita akan fikir dengan cara yang paling susah@ complicated. Cth, nak diagnose satu-satu penyakit. Kadang-kadang sebuk kita nak sebut penyakit-penyakit yang susah dan rare dse, tapi penyakit-penyakit yg common dan selalu berlaku dalam komuniti kita macam diagnose last-last sekali. Budak Medik mmg suka benda yg complicated agaknya kan?

Kemudian Dr menyambung kelasnya dengan ayat yang aku akan sematkan dalam hati ini.

"Diagnose the common, treat the treatable" Dr A. Badawi.

--------------
Tadi dalam Round Class, belajar tentang Breast Cancer. Cuma nak letak beberapa fakta umum tentang Breast Cancer kat sini.

Kanser ke-2 selalu berlaku [2nd common cancer in female]
SEMUA wanita ada kemungkinan menghidapinya [at risk]

Utk High Risk Group boleh baca di sini dan sini.
Untuk nak cek ada lump@ mass boleh cuba cari video di youtube. [Breast examination]

Sekian sedikit perkongsian.

Friday, December 24, 2010

Famili| Endau-Rompin

[dah 10 minit depan komputer ni tapi tak keluar-keluar perkataan yang nak ditaip]

Serius. Tak main-main. Ini mungkin kesan sampingan sebab dah lama tak makan kismis ni. Mulai esok, setiap pagi, aku berazam akan ajak budak-budak rumah ni sarapan kismis dengan susu. Agar otak kami menjadi cerdas sedikit harapnya.

 Matahari terbit. 1st day. Muara Sg Rompin


 Tempat menginap kami. Muara Lodge

 Sarapan pagi. Nasi Dagang!
Kalau esok-esok dah kerja, pagi-pagi ada org ikatkan necktie. Pastu dok kat meja, makan sarapan nasi dagang sebelum pegi kerja pon sedap kan?Ehhem~





Di mana-mana pun boleh tidur. 


 Sata @ Penyabung. The best!





@ Pantai Pasir Lanun, Johor

 Otai

Dah besar kompem jadi ketua kampung ni 


 Ikan buntal yg telah diawetkan.


 Nenek ni memang steady buat keropok lekor. Buat kerja tak gugah iman walaupun ada kamera besar kat depan. Muka serius. Sifat Jiddiyyah[bsungguh-sungguh] yang sangat perlu dicontohi setiap Muslim 


 Sata

 Otak-otak


 Ikan masin. Suka makan?

 Keropok lekor




 Singgah beli ikan fresh

 Suka makan ikan dan sotong kering? Cuba tgk yang tompok-tompok hitam tu apa?


Gading gajah=Pahang 



 Khas utk rakyat Pahang diperantauan. Takut-takut depa lupa warna negeri depa.


Musim luruh di Pahang. Negeri lain ada? 


 Ikan 1st memancing. Tapi dilepaskan semula sebab belum akil baligh katanya.



 Musim luruh!


Ada dua sebab gambar ni. 
Satu, aku rasa gelaran Aina Ibam datangnya dari Bukit Ibam. 
Yang kedua. Kuantan.

Aina Ibam! Aku harap mak tom baca pos asal usul Aina ni

Cuti yang lalu, sempat bercuti dengan Family ke sempadan Johor-Pahang, Endau-Rompin. Menghabiskan cuti hujung minggu di Pantai Lanjut, jalan-jalan makan sata dan otak-otak di Penyabong, memancing di muara Sg Rompin dan yang paling best, sarapan makan nasi dagang! 

Semuanya dalam gambar di atas walaupun tak berapa banyak sgt gambar pantainya. Ada gambar lompat-lompat tapi segan pulak nak bubuh kat sini kan. Kang org kata tak siqoh. Sekian

Wassalam


ps: 1-Currently reading Nasib melayu di Bumi Melayu by Ridhuan Tee Abdullah
dan sedang mencari jawapan kepada beberapa soalan:
i- Apa kaitan Melayu dgn kebangkitan Islam?
ii- Islam for All vs Melayu sepakat Islam berdaulat
iii- Adakah ketuanan Melayu itu salah disisi Islam?
iv- dan beberapa salah tafsir lain yg berkaitan Melayu dan Islam.

2-Downloading kertas kerja KOBANNA
3-Gambar di atas kebanyakan diedit menggunakan Adobe Lightroom