Maka adalah dikisahkan, semenjak beberapa hari yang lalu, akaun email semua orang pun aku rasa dilambakkan dengan inbox tentang promosi umma united. akaun laman sosial islamik katanya. maka berpusu-pusulah geng-geng yang deactivate akaun facebook ni mendaftarkan akaun mereka demi untuk memastikan mereka tidak tercicir merebut pahala yang satu itu; membuat akaun Umma United. Islamiklah katanya. FB memberi untung kpd Yahudi katnya setiap kali log in.
Maka ditakdirkan, lepas buat akaun, demi untuk menyatukan ummah Islam seantero dunia, maka melekatlah mereka di depan skrin laptop mahupun desktop, demi untuk memastikan tiada seorang ummat pun di dalam dunia ini yang tidak di'unite'kan dengan mereka. Muslim Brotherhood katanya. Semua manu-sia adalah bersaudara. Maka addlah segala application, add friend [ade ke?], komen itu ini [ade ke?] , tulis maklumat sana-sini macam facebook katanya, tapi yang ini ISLAMIK punya.
Islamik punya pasal, sampai lupa matlamat utama kita padamkan/deactivate akaun Facebook tadi. Tadi bukan kata nak study ke bang? Alih-alih dok melekat depan laptop layan Umma United yang Islamik tu pulak dah. Haih. kalau gitu, baik on je FB tu. Sama je, takde beza. Lagi sedih, FB pun layan, Umma United pun layan. Hasilnya, masa study entah ke mana. Masa habis membalas komen dsb. Akhirnya, kita jadi ummat Islam yang gah bersosial di alam maya, layu di alam nyata. Mahukah kita?
Buat baik berpada-pada...menyatukan ummat bukan dengan laman sosial shj...Tak salah bersosial/ main FB, UU ni, tapi berpada-padalah.. Bagi aku laman sosial apa-apa pun tak salah, atas diri kita sebenarnya nak disiplinkan diri. Bukak FB 5 minit sehari sudah.
Sekian
Ini Yahudi punya katanya
Ha..Yang ini ISLAMIK punya
ps: Nak buat Umma United punya akaun jugaklah


2 comments:
--Tak nak add mymalaysia ke apa tah untuk malaysian tu?.lupa lak. Erat perpaduan kata mereka..
--aku pun tak faham kenapa org boleh stay depan fb berjam2..tengok apa?
--hakikatnya, fesbuk pun mcm artis..popularitinya ada naik turun.
--tak kose
--tak tau. depa kata informative. apa yg informativenya ak pon tatau
--kalau org tak buat, tak popular lah kot
Post a Comment