Status: hmm err
Kadang-kadang kita berpenat untuk sesuatu yang belum pasti. Tiba masanya, result yang kita nak, bukan macam yang kita usahakan. Pernah alami situasi begini?
Sebagai contoh. Study Paeds siang malam petang dan pagi. Mula manu-sia start tidur kau pun study lah dengan bersungguh-sungguh. Bersengkang mata. Subuh-Sarapan dan sambung study lagi. Sampailah ke hari exam. Alih-alih bila hari exam, kau tak dapat jawab macam yang kau usahakan sebelum ini. Apa kau rasa? Macam sia-sia bukan study sebelum ni.
Ni situasi yang aku rasa semalam. Dan kawan-kawan lain juga mungkin. Sampaikan hilang mood sewaktu balik dari exam semalam. Banyak situasi yang first time aku alami semalam.
Satu: Kena cek seorang bayi yang sedang disusukan oleh emaknya [breastfeed]. Apa yang kau orang akan buat?
Interrupt feeding dia untuk buat auscultation dan percussion semata-mata nak menjawab exam dengan jayanya?
Atau kau biarkan bayi tu menyusu seperti biasa dan cuba jwb soalan lain sedangkan waktu tetap berjalan seperti biasa?
Dua: Disuruh cek seorang budak perempuan dalam lingkungan 12 tahun.. Tiba-tiba dalam jawapan soalannya ada jawapan edema lower limb only. Ada lagi satu jawapan edema lower limb+ genital edema.
Nah kau. Apa kau orang akan buat?
Cek edema lower limb sahaja dan tandakan jawapan tersebut disebabkan kau pun tak pasti ada ke tak edema of genitalia sbb ptn itu adalah seorang perempuan.
Atau Bukak sahaja seluarnya tanpa hiraukan maruah beliau semata-mata nak cek edema tersebut.
Semalam banyak dilema yang kami orang lalui. Kalaulah tak tahu case apa yang akan masuk sebelum masuk tu, maka semakin padamlah harapan dapat jawab dengan baik dalam exam semalam.
Maka, aku cuba untuk mencari hikmah disebalik peristiwa ini.
Pertama. Ikhlaskan niat sebelum belajar. Belajar bukan untuk exam. Tapi belajar kerana ilmu. Walaupun exam kau tak dapat perform dgn baik, tapi jangan lupa, mungkin Allah gantikan kekurangan itu dengan memberikan ilmu yang diberkati dan kau akan ingat untuk tempoh yang lebih lama
Dua. Expect the unexpected. Itulah kehidupan di sini.
Tiga. Try to test what you have read and memorize. Cuba buat latihan/ tanya soalan oral pada diri sendiri dan cuba sebutkan kembali apa yang kita sudah belajar. Kadang-kadang, kita rasa kita dah tahu, tapi alih-alih bila orang tanya, kita jadi 'blur'.
Empat. Yang lepas biarkan lepas. Yang depan ni, berusaha lebih bersungguh-sungguh ok?
Lima. Selepas berusaha bersungguh-sungguh, bertawakkal dan serahkan segala-galanya pada Allah. Tuhan itu Maha Adil. Dia tahu apa yang terbaik utk kita.
Kepada Ruqayah, Fareedah, Sarah, Raudhah dan Muhd Gamal [?], moga adik-adik cepat sembuh ye.
[tak guna mengeluh panjang]
Tukar status: Berusaha! Sembangat2!
Dan aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada SEMUA yang mendoakan dan wish Good Luck kpd kami semalam samada di Facebook, YM, sms, komen blog dan yang tak terzahir di mana-mana ruangan. Terima kasih!
2 comments:
mashaAllah enta,, segan ana ngan enta.
sya***q.
kena rahsiakan nama hang.haha
pi la bukak blog tu. yang pi delete pasaipa?
Post a Comment