Thursday, October 1, 2009

Gempa Bumi 2

Pertama marilah kita bersyukur kepada Tuhan. Sebab negara kita setakat ni masih lagi terlepas dari sebarang bencana alam. Tidak seperti gempa bumi yang baru dihadapi oleh rakyat Indonesia di Sumatera sana. Dari pagi tadi aku mengikuti perkembangan semasa tentang gempa bumi ini. Setakat ni dah 500 lebih meninggal dunia. Beribu lagi hilang. Innalillah. Doakan kesejahteraan sisters and brothers seakidah kita di sana yg telah menemui Tuhan dlm gempa terbabit.

Setakat yg aku dah jalan-jalan kat negara orang, aku tak jumpa lagi negara yg seaman, semakmur, sebahagia, sesentosa, sedamai negara kita. Tambahan lagi sekarang ni aku tercampak dengan perancangan Tuhan ke bumi Mesir. Bayangkanlah kau duduk dalam sebuah negara yang ala-ala Malaysia zaman 60an-70an. Ha. Dapat bayangkan? Seksanya Allah je yg tahu. Mundur, miskin, pemikiran tertutup, jenayah, pencuri, perkhidmatan ala kadar, tidak bersistem dan bermacam lagi. Syukur dan beruntung kerana kita yg tinggal di Malaysia tak menghadapi situasi sedemikian.

Aku cuba untuk positif dalam setiap perkara yg aku lalui di sana (Mesir). Tapi adakalanya emosi aku tak dapat dikawal. Tekanan dan macam-macam lagi. Tapi aku syukur banyak-banyak sebenarnya. Dalam susah ada senang bukan? Dalam setiap keperitan sudah tentu diselitkan kenikmatan yg tersembunyi. Cuma menunggu masa dan ketika yg sesuai untuk menikmatinya bukan? Bukankah Tuhan sudah berjanji:

Inna maal usri yusra
Sesungguhnya bersama-sama kesusahan itu ada kegembiraan. [Al-Insyirah]

Ada susah ada senang. Ada pahit utk tahu nikmatnya manis. Ada masin utk tahu rasa tawar. Begitulah juga kelat, payau, masam dan lain-lain rasa yg tidak enak. Kan? Ke aku silap? Dan tak dilupa juga, adanya penghujung cuti untuk memberi kita betapa nikmatnya rasa ketika cuti masih lagi di permulaan. Boleh ke mcm ni?

----------

Terima kasih Tuhan kerana mencampakkan aku ke Mesir. Aku semakin faham dan menghargai setiap kurniaan Mu walaupun yg datang itu pahit.

----------

Oklah. Tadi aku pergi menembak di Anjung Batu. Dengan Rauf. Tgklah gambar-gambar kat bawah ni wahai saudara saudari sekelian. Ada gambar masjid. Gambar aku naik motor sambilRauf dlm kereta tangkap gmbr. ada gambar jeti Anjung Batu. Matahari terbenam dan lain-lain. Sekian dahulu.



Gempa Bumi

Salam utk semua. Today i would like to update this blog in English. Sorry. If you dont understand, please take your dictionary with you. Actually, today i have spent thousands of ringgit buying properties for my so called balik- kampung-di-mesir-terchenta this Saturday. Shirts, jeans, shoes, jerseys, socks, slr, lenses, flash etc. Ok. Jangan nak ngengada update dlm BI. Aku rasa cam BI aku dah lebur ni. Entah betul entah tidak grammar kat atas tu jangan tanya akulah..

Tadi saya pergi ke Bandar Melaka. Hari ni kecoh pasal gempa bumi eh? Asal aku tak rasa apa-apa pun? Sabitlah masa kat Mahkota Parade tadi semua org macam cakap dan tertanya-tanya antara satu sama lain:

Eh! Tadi ade gempa bumi eh? Aku tak rasa apa-apa pun

Aku yang tak ketahuan mana kepala mana ekor nak jugak menyampuk, tapi malas. Kononnya aku anggap yang dorg tu tengah mengalami halusinasi tahap terlampaulah. So, otak aku ligatlah mengimbau kembali subjek Geografi menengah rendah dulu. Adalah aku teringat bahawa Malaysia bebas dari sebarang gempa bumi dan terletak di luar lingkaran Api Pasifik. betul? Maka kalau diikutkan logika akal, sudah tentu tak berlaku gempa seperti yg diuar-uarkan oleh pekerja kat MP tadi.

Ketika pulang bershopping, telah terdengar di corong telinga aku siaran ERA. Kecoh bab gempa bumi. Maka betullah berlakunya gempa bumi hari ini. Tapi taklah terus sgt kan? Ada kwn aku dok tingkat 13 siap terjun bangunan lagi konon terperanjat gempa bumi.Entah tuala apalah yg dia pakai buat serkup kepala tu kan? Kisah beliau di sini [klik]

--------

Aku rasa mybe terkena serpihan gempa sebab bala Tuhan. Yelah. Maksiat pun dah berleluasa kan sekarang? Nak nak lagi kat Melaka ni. Hurm. Doalah banyak-banyak. Kiamat dah dekat ni. 

--------

Oklah. Hari ni aku angkut seketul lense TAMRON 17-50mm/f2.8 berharga 1k lebih. Maka lepas ini kena ikat perut dan berpuasa sunat banyak-banyak.Sambil-sambil tu boleh menyahut cabaran Farihin utk menguruskan badan yg semakin debab. Tadi, antar laptop ke kedai utk format. Pos sijil mendaki G Ledang ke Kedah dan keluarkan duit di TH. Maka boleh duduk senyap-senyap kat rumah lepas ini menghitung hari-hari yg bakal berlalu pergi.

--------

Sikit gambar utk tatapan saudara saudari sekelian.





Nota: Bulat kecil, bulat besar. Esok nak g sekolah rendah tangkap gambau